Utama > Uncategorized > Wibawa Tok Guru diakui Qardhawi

Wibawa Tok Guru diakui Qardhawi


image

Dipetik dr Facebook Mazlan Aliman

HAMPIR sejam bersama YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Dato’ Hj Abu Bakar Chik, Hj Razman Zakaria dan Sdr Nasaie Ismail minum petang sebelum majlis penutupan rasmi Konvensyen Tanah&Perbandaran Kebangsaan semalam.

Mendengar pandangan Tuan Guru mengenai konflik di Mesir, Syria dan Asia Barat. Peranan tokoh2 Gerakan Islam Sedunia, kejatuhan Dr Mohamed Morsi, kedudukan Erdogan di Turki, percaturan Amerika dan kuasa besar dunia.

Saya mengikuti perkembangan Tuan Guru dan pemikirannya sejak tahun 1984 lagi.

Tidak dapat disangkal, ilmu dan pandangannya sentiasa berkembang selari dengan arus globalisasi. Di kalangan anggota Gerakan Islam, beliau sangat dihormati.

Dr Yusof Qardhawi acapkali membuat perbincangan khusus dengan Tuan Guru, dan memperakukan kewibawaan yang ada pada Tuan Guru.

Huraian Tuan Guru mengenai pergolakan di Mesir, cadangan beliau mengenai pakej pemulihan dan kembali ke meja rundingan sangat menarik.

Nasihat Tuan Guru kepada rakan2 pimpinan Ikhwan; kekalkan konsep muwajahah silmiyyah dan matang berhadapan kuasa tentera yang ganas.

Banyak bersabar meskipun ribuan rakyat telah terkorban. Memahami latarbelakang disebalik tragedi di Mesir dan dalangnya.

Pengguna IT sejak 90an, penulis berpuluh buku ilmiah sejak 30 tahun lalu, konsisten menyampaikan ilmu melalui ceramah, kuliah dan berbagai aktiviti rakyat.

Minat memancing dan berburu bila berkelapangan.Moga terus sihat buat Dato’ Seri Hj Abd Hadi Awang, Tuan Guru ku….

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: