Utama > Uncategorized > EGM KPF penentu masa depan

EGM KPF penentu masa depan


image

Dipetik dr Facebook Mazlan Aliman

KOPERASI Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) akan mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas pada ahad, 27 Okt ini, 10 pagi di Dewan Bankuet, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur.

Agenda Mesyuarat ialah cadangan penjualan 51% ekuiti milik KPF di dalam Felda Holdings Berhad kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad serta perkara2 lain yang berkaitan dengannya.

KPF merupakan pemegang saham utama(ultimate shareholder) dalam syarikat Kumpulan FHB dengan kadar pemilikan ekuiti seperti berikut:-

1. Felda Holdings 112,200(unit) 166,582(juta pelaburan) 51%(ekuiti)

2. Felda Transport Services 14,700 6,770 49%3. Felda Marketing Services 8,330 3,565 49%4. Felda Engineering Services 4,900 2,450 49%5. Felda Security Services 1,411 353 49%6. Felda Vegetable Oil Products 25,000 34,500 33.3%7. Felda Rubber Industries 12,000 6,000 28.6%8. Felda Palm Industries 56,557 58,052 28.0%9. Felda Agricultural Services 15,000 55,500 23.1%10.Felda Prodata Systems 2,500 16,825 20.0%11.Felda Kernel Products 4,000 3,000 16.7%Jumlah 256,598 353,597Sehingga tahun 2010, KPF mempunyai keahlian seramai 207,913 dengan modal syer anggota sebanyak RM1.46 bilion. 87.81 peratus keahlian datangnya daripada anggota kumpulan peneroka.

Pelaburan dalam Syarikat Kumpulan FHB adalah merupakan asas kepada penubuhan KPF.

Perolehan dividen daripada pelaburan tersebut merupakan penyumbang utama kepada keseluruhan perolehan KPF, membolehkan KPF mengekalkan prestasi bayaran dividen dan bonus yang baik semenjak lebih 30 tahun penubuhannya.

Usul yang akan dikemukakanialah menjual keseluruhan 112,199,99 unit saham milik KPF di dalam FHB bersamaan 51% modal berbayar dan diterbitkannya kepada FGVH pada nilai RM2.20 bilion ataupun RM19.61 sesaham.

EGM ini akan menentukan masadepan KPF. Ia bergantung sepenuhnya kepada pendirian perwakilan. Saya telah mengulasnya beberapa kali sebelum ini.

Jika lulus, risikonya terlalu amat besar. Ingat, perolehan tahunan dari FHB adalah 15 bilion. Ia bakal menjadi milik FGVH. 

Membina KPF dalam tempoh 30 tahun, tiba2 nak diserah kepentingannya kepada FGVH, syarikat yang hidup atas ehsan peneroka, pajak tanah Felda Plantation, pinjam duit KWSP, rugi pelaburan di luar negara dan sahamnya merudum rudum jatuh….!

Prestasi semasa FGVH yang tidak stabil, kini ia mahu merampas ekuiti milik KPF pula.

Di cadang pula 10% dari pemilikan KPF diguna untuk melanggan saham FGVH!Ini suatu pertaruhan yang saya anggap hidup mati KPF.

Bukan itu sahaja, kebun peneroka yang diurus oleh Felda Techno Plant juga berada dalam kawalan FGVH.

Apa apa risiko yang melanda FGVH, syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia ini, akan mengorbankan sepenuhnya kehidupan 112,635 orang peneroka. 95% adalah orang melayu!.

Hakikatnya, perwakilan yang mengundi menyokong usul ini pada 27 oktober adalah PENGKHIANAT yang mahu membunuh Koperasi terbaik di Malaysia…

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: