Arkib

Archive for November 2013

Siapa yang bersalah? – AminolHuda

November 27, 2013 Tinggalkan komen

image

image

Oleh Aminolhuda Bin Hassan

(SAYA) Meninjau kawasan sekitar taman Maju dan Tmn Puteri yang longkangnya tidak dibersihkan.

Akibatnya berlaku banjir kilat, bau yang tidak menyenangkan serta jadi tempat pembiakan nyamuk.

Siapakah yang sepatutnya melakukan kerja pembersihan di kawasan tersebut?

Kategori:Uncategorized Tag:

Nelayan rayu pemimpin turun padang

November 27, 2013 Tinggalkan komen

image

image

image

Oleh Ungku Mohd Noor Mahmood

TIADA seorang pun pemimpin atau pihak berkuasa datang bertanya khabar sejak berlaku kejadian tersebut .

Seorang nelayan Tionghua berkata, ” jika tak dapat tolong, datang tengok pun ok lah, ini langsung tak peduli “.

Pelbagai cerita di sampaikan,termasuk dakwaan terhadap pihak berkuasa yang mengawasi perairan negara, sekadar memerhatikan sahaja .

Pihak berkuasa perlu tampil menjelaskan perkara sebenar, terutama bagi membersih kan imej mereka .

Kategori:Uncategorized

Yb minta penjelasan pemaju

November 27, 2013 Tinggalkan komen

image

Oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat N21 Dun Parit Yaani

YB Hj Cikgu Aminolhuda bin Hj Hassan ADUN Pt. Yaani dan YB Gan Peck Cheng ADUN Penggaram melawat syarikat pemaju LBS Bandar Putera Indah.

Tujuan dibuat bagi mengetahui berkenaan sistem kumbahan yang mendapat rungutan penduduk kampung berhampiran (pt jorak senawi),

Pihak pemaju menjelaskan bahawa sistem kumbahan sedang dibaikpulih oleh kontrak yang dilantik kerajaan (Water Indah).

Pihak pemaju menjelaskan taman perumahan tersebut belum mendapat CF dan sekarang hanya menggunakan TCF.

Kerosakan Sistem kumbahan yang menyebabkan CF belum diluluskan.

Berkenaan dengan perubahan harga kos Rumah Murah RM25K yang telah ditempah oleh orang ramai menjadi harganya lebih tinggi iaitu RM150K ditukar kepada skim Rumah Mampu Milik dengan keluasan 20’x 65′.

Kepada orang ramai yang telah membut tempahan pada tawaran asal (kos rumah murah) adalah diberi keutamaan membeli rumah berkenaan dengan penambahan wang dengan syarat masih belum membeli mana-mana rumah, dengan pendapatan kurang RM5K.

Kategori:Uncategorized Tag:

Muar anjur program Berkhatan

November 27, 2013 Tinggalkan komen

image

image

Oleh Mohammad Taslim

PROGRAM Berkhatan Anjuran Lujnah Kebajikan Pas Kawasan Muar. 7hb Dis. Di markas parit pecah. .Rm 30 se orang.

Jika anda ada anak2 atau cucu berminat sila berhubung dgn Alif Baharum 017-441 4177 atau Ayub Suleiman 0137226475.

Kategori:Uncategorized Tag:

Yb lawat kematian mangsa rompak

November 27, 2013 Tinggalkan komen

image

Catatan Pusat Khidmat Wakil Rakyat N21 Dun Parit Yaani

YB Cikgu Aminolhuda, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani bersama YB Gan Peak Cheng melawat kematian seorang wanita cina berumur 75 tahun (Lau Pow Ling).

Mendiang yang mati akibat dipukul kepalanya dgn kayu baseball oleh perompak yang menceroboh rumah kedainya di Taman Banang, Batu Pahat.

Kategori:Uncategorized Tag:

Guru PASTI buat rombongan ke Sabah

November 27, 2013 Tinggalkan komen

image

Oleh Mazlan Aliman

PAGI ini meraikan rombongan Guru Pasti Negeri Johor seramai 41 orang ke Sabah.

Diketuai isteri saya Hatijah bersama Puan Kamsiah, MGP Negeri Johor.

Lawatan kerja hingga 29 Nov ini akan diselenggarakan oleh Jabatan Pasti Negeri Sabah yang dipengerusikan sdr Lahirul Latigu.

Khabarnya, tahun depan ke Sarawak pula. MGP Johor juga merancang pakej menunaikan umrah utk Guru Pasti.

Saya telah cadangkan pada MGP, wujudkan tabungan awal untuk mereka menyimpan n dptkan sponsor berbagai pihak agar kos mereka yg mahu pergi dapat dikurangkan.

Ini salah satu cara menghargai sumbangan Guru2 Pasti. Kebajikan para guru mesti di jaga.Apapun ini suatu permulaan yang baik.

Alhamdulillah, setakat ini berjalan lancar.Moga selamat pergi dan balik, InsyaAllah.

Kategori:Uncategorized Tag:

Cg Mala dan Kumutha

November 27, 2013 Tinggalkan komen

image

image

image

Oleh Normala Sudirman 

KENANGAN bersama Cik Kumutha Rahman(Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS)Pn.,Norhayati Bachok(Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor),Pn.Norwani Ahmat dan Dr.Asiah Ali di malam Perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali ke 53..

Alangkah indahnya perjuangan..

Kategori:Uncategorized Tag: