Utama > Uncategorized > Jawatankuasa Khas susuli resolusi Konvensyen Tanah

Jawatankuasa Khas susuli resolusi Konvensyen Tanah


Facebook Mazlan Aliman

Mesyuarat Post Mortem Konvensyen Tanah dan Perbandaran Kebangsaan malam tadi telah memutuskan penubuhan beberapa Jawatankuasa Khas sebagai tindakan susulan dari Konvensyen yang diadakan pada 20 Oktober lalu di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK Selangor.

Antaranya:

1. Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Felda yang dipengerusikan oleh Sdr Hairul Nizam.
Jawatankuasa ini akan mengumpul dan mengemukakan Plan Cadangan penambahbaikan terhadap Felda
sejajar dengan perkembangan semasa dan keperluan mendesak Generasi Baru Feldal

2. Jawatankuasa Khas Kembalikan Hak Peneroka yang dipengerusikan oleh Dr Rosli Yaakop dan dianggotai oleh
Panel Guaman serta Bekas Pegawai Kanan Felda untuk membuat semakan terhadap status KPF, Felda Holding
dan FGVH. Antara cadangan yang akan diteliti ialah kemungkinan mengheret KPF ke Mahkamah atas tindakan
tidak berperaturan menjual ekuiti kepada FGVH.

3. Jawatankuasa Khas cadangan penambahbaikan Dasar Tanah Negara yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Saarin
Osman dan turut dianggotai pakar dan consultant hartanah, bekas2 Pentadbir Tanah dan pihak berkuasa
tanah.

4. Jawatankuasa Khas mengenai Hak Orang Asal yang dipengerusikan oleh Sdr Hassanudin Salim. Peringkat awal
tugasan jawatankuasa ini ialah membina hubungan dengan Ngo Jaringan Orang Asal Se Malaysia, Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli(JHEOA) dan lawatan ke Perkampungan Orang Asal.

Suatu mekanisme baru akan dilaksanakan untuk mewujudkan Bank Data bagi memproses dan menyimpan semua maklumat berkaitan Tanah yang membabitkan Tanah Rezab Melayu, Akta2 berkaitan Tanah seperti Kanun Tanah Negara, Tanah Waqaf, Orang Asal dll.

Bagi mewujudkan persefahaman dengan Kerajaan Negeri secara berterusan, Lajnah Tanah akan membuat kunjung hormat kepada YAB Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 13 November ini.

P/s Majlis Kenduri Kesyukuran bersama penduduk Kg Teluk Panglima Garang di kediaman Hj Razman Zakaria.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: