Utama > Uncategorized > Ulama’ adalah pewaris Nabi

Ulama’ adalah pewaris Nabi


Dipetik drpd Facebook Mazlan Aliman’s photo.

DATO’ Dr Mahfodz Mohamed adalah Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat, Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor. Dilahirkan pada 16 oktober 1944 di Muar Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Kundang Ulu dan kemudiannya melanjutkan pengajian ke Maahad Johor Bharu.

Beroleh Sarjana Syariah di Universiti Al Azhar Mesir dan PHD Pengajian Islam di Universiti Glassgow Scotland. Berkhidmat selama lebih 20 tahun di Universiti Malaya sebagai Pensyarah Pengajian Islam, Ketua Jabatan, Profesor Pengajian Islam dan Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

YB Ust Abdullah Husin pula adalah AJK Dewan Ulama’ PAS Pusat, Ketua Dewan Ulama’ PAS Johor dan juga ADUN Putriwangsa.

Kedua2nya adalah tokoh Ulama’ yang dihormati dan mempunyai Institusi Pendidikan sendiri. Samada Maahad Tahfiz AlMuhammadi di Kundang Ulu maupun Madrasah AlMasriah di Simpang Renggam. Ia gambaran kesungguhan mereka dalam melahirkan lebih ramai para ilmuan yang bermanfaat kepada masyarakat.

Gandingan mereka berdua begitu mantap. Dr Mahfodz sendiri memberi kepercayaan kepada Ust Abdullah Husin bertanding di Dun Putriwangsa yang mana 47% terdiri dari pengundi Cina dan terbukti beliau diterima oleh masyarakat berbagai kaum. Menang dengan majoriti hampir 4,000 undi.

Semoga mereka berdua terus sihat dan menyalurkan ilmu buat rakyat yang dahagakan maklumat. Alhamdulillah, kesedaran rakyat Johor terhadap Islam dan beramal dengan ajaran Islam kian meningkat.

Ucapan Dr Mahfodz dalam Konvensyen PAS Johor tempohari ibarat ‘ wasiat’ kata Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Abd Hadi Awang. Terkesan di hati ini atas nasihatnya.

P/s Ust Abdullah dan Dr Mahfodz, gandingan ulama’ yang menjadi sandaran masyarakat Johor.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: