Utama > Uncategorized > Prasarana macam di tahun 70an

Prasarana macam di tahun 70an


image

Dipetik drpd Facebook Mazlan Aliman

BERSAMA Ahli Parlimen Kulaijaya, YB Teo Nie Ching, melawat Kg Melayu Tan Yoke Pong Kulai(belakang bangunan Mara). Ada beberapa buah rumah yang dilanda banjir baru2 ini. 

Isu status kampung ini telah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah Kulaijaya sebelum PRU 13 lalu.

Sinar Harian pernah buat liputan khas terhadap kampung ini. Kawasan hampir 4 ekar ini berhampiran laluan keretapi.

Tetapi ada yang telah memperolehi Hak Milik. Ia mula diteroka sejak tahun 1986 lagi. Hingga kini bekalan air menggunakan telaga yang dibina sendiri oleh penduduk.

Oleh kerana jadi isu dlm piiihanraya, lepas pru kononnya pasang paip air.

Sampai hari ini hanya dilonggokkan kabel saluran air sahaja.

Kontraktor kutip duit seorang seribu ringgit dari penduduk, kini dah cabut lari…Bekalan elektrik guna generator.

Sedihnya ada rumah penduduk, generator pun kena curi. Bergelap sudahnya. 

Saya telah mencadangkan agar ditubuhkan semula Jawatankuasa bertindak oleh penduduk kampung ini.

InsyaAllah, saya dan YB Teo sedia untuk temukan penduduk dengan YAB Menteri Besar Johor.

Guna saluran Pejabat Daerah terlalu lembab tindakannya.Bayangkan Kampung ini hanya beberapa meter sahaja dari Pejabat Pentadbiran Kulaijaya; tapi api, air dan prasarana tiada. Macam tahun 70an!

P/s YB Teo sampaikan sumbangan kepada hampir 10 buah rumah yang dilawati.

Kategori:Uncategorized Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: