Utama > Uncategorized > Di mana Suhaizan?

Di mana Suhaizan?


TERASA janggal dan pelik sejak akhir akhir ini apabila semakin hampir menghadapi pemilihan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) semakin banyak pula suara-suara sinis yang cuba menafikan kebolehan dan keterlibatan Suhaizan Kaiat dalam gerak kerja pemuda.

Malah tidak kurang juga yang sukarela menjadi ‘AJK semakkan kehadiran tidak berbayar’ Suhaizan dalam DPPM.

Bahkan beliau bergambar dengan orang yang tidak digemari oleh sesetengah pihak pun dijadikan modal hentaman.  

Walhal 2 tahun lebih saya bersama Suhaizan selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dari 2011 sehingga 2013, banyak pengalaman yang mengajar saya erti sebenar amal jamai’e yang komprehensif untuk maslahat dakwah dan politik di Johor.

Terlebih dahulu, mohon maaf kepada mantan bos (suhaizan) kalau beliau kurang selesa dengan penulisan saya ini.

Sepanjang kami bersama, Gerak kerja 6 bulan pertama yang kami fokuskan ialah membantu beliau dalam menangani pengundi ragu yang sebelum ini sering menjadi bualan namun tidak dapat dibuktikan.

Melalui lujnah yang diterajui Suhaizan iaitu Lujnah Mobilasi & Pemulihan Demokrasi, beliau telah berjaya failkan ribuan bukti pengundi ragu dan yang paling sensasi ialah ‘isu Mismah’.  

Impak isu ini sehingga kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhempas-pulas ingin membuktikan bahawa Mismah itu ‘wujud’.

Menariknya kes ini mendapat liputan yang luar biasa oleh media-media alternatif dan blog-blog politik dan menyuntik kesedaran awam untuk bangkit mempersoalkan keabsahan daftar pengundi.

Lihatlah dalam Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu, betapa prihatinnya warganegara terhadap kehadiran pengundi ragu. Kalau ditanya pada saya, itulah kesan tidak langsung daripada usaha batang tubuh si pemimpin ini.  

Pendedahan itu tidak dibuat dengan percuma. Suhaizan telah bayar dengan harga yang cukup mahal.

Ekoran pendedahan itu, beliau telah diugut oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati.

Bahkan pernah diekori dan dipantau pergerakannya oleh individu-individu yang tidak dikenali sehingga ke rumah beliau, langsung merisikokan keselamatan keluarga beliau sendiri. Sehinggakan kita pemimpin pemuda ketika itu meminta bantuan amal johor memantau beliau.

Itu pun,  beliau masih lagi tenang berulang-alik seperti biasa Johor Bahru – Kuala Lumpur menaiki bas, malah kadang-kala berseorangan.

Mungkin padanya cukuplah Allah sebagai penjaga atas usaha juang yang beliau lakukan untuk membela kebenaran.

Selepas berjaya memaksa pihak SPR untuk  mengemaskini peraturan, pihak DPPNJ memutuskan perlunya beliau memberikan fokus kepada  negeri Johor untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU-13).

Beliau sebagai ‘abang Long’ di Johor perlu memberi sentuhan secara langsung kepada Negeri Johor.

Keputusan itu dibuat sebagai menyahut harapan di peringkat PAS Pusat untuk memastikan tempat lahirnya UMNO ini beralih ke tangan Pakatan Rakyat.

Dengan kepulangan bekas Ketua DPPNJ, Tn Hj. Salahuddin Ayub di Johor, kita telah menetapkan 4 gerak kerja uatam DPPNJ iaitu penyelidikan (R&D), aktiviti anak muda, media baru dan K10.  

Pada tahun itu, harus di ingat seramai tujuh belas daripada dua puluh enam pemuda PAS kawasan adalah mempunyai ketua pemuda PAS yang baru dan tidak mahir dalam pilihanraya.

Saya masih ingin jika melaksanakan pertemuan dengan pemuda PAS kawasan, beliau sentiasa meminta kami harian pesan kepada pemuda-pemuda kawasan terhadap agenda 4 perkara di atas. Dia benar-benar fokus dan optimis untuk menguasai Nusajaya.

Dalam melaksanakan pemerkasan tarbiyah bagi mengerakkan jentera, beliau telah mengarahkan semua perbelanjaan pemuda-pemuda kawasan untuk menggerakkan program-program tarbiyah ini ditanggung sepenuhnya oleh DPPNJ.

Malah beliau berusaha memikirkan satu pengurusan usrah yang sistematik. Pada masa yang sama, faktor murabbi dan manhaj yang menjadi teras penting untuk tarbiyah yang mapan sentiasa dan acapkali ditekankan oleh sosok pemimpin ini.  

Dan hasilnya, alhamdulillah, DPPNJ berjaya membina ketumbukan pemuda untuk bergerak kerja dalam pilihanraya secara berfokus.

Lebih manis, PAS Johor berjaya meningkatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi sebanyak 100%, sekaligus memberikan signal yang lebih jelas agar parti pemerintah agar tidak sewenang-wenangnya menyalahgunakan amanah rakyat.

Bahkan kerusi yang ditandingi oleh beliau sendiri iaitu DUN Kempas dan Parlimen Simpang Renggam telah menyaksikan kenaikan undi yang hampir-hampir memposisikan beliau sebagai wakil rakyat.

Selain itu, antara perkara besar yang beliau gerakkan dan berjaya di peringkat negeri ialah Himpunan TANAH.

Himpunan ini bertujuan untuk menghimpunkan rakyat Johor yang ditindas pemilikan tanahnya selama ini.

Himpunan yang diadakan di Plaza Angsana ini telah berhasil memaksa pentadbiran negeri Johor menyelesaikan puluhan kes dan masalah-masalah tanah yang melibatkan kepentingan rakyat di negeri ini.     

Kerja pilihanraya di Johor berbeza dengan negeri-negeri hebat seperti Kelantan dan Terengganu. Sebagai calon di Kempas dan Simpang Renggam beliau juga adalah jentera pilihanraya.

Tanpa beliau jentera tidak bergerak. Beliau terpaksa menghadiri menyuarat jentera untuk mempastikan jentera pilihanraya yang lemah dapat di pulihkan.

Pusat Aduan Rakyat Kempas dan Simpang Renggam yang ditubuhkan atas ideanya di Johor cukup menghambat masa Suhaizan.

Masalah tanah, kemiskinan, parit, longkang, air, elektrik, jalan berlubang, kenduri, kematian, perkahwinan dan lain-lain ditanggani setiap hari.

Sehingga pernah suatu ketika seekor anjing mati dalam longkang depan rumah, seorang pengundi berbangsa Cina menaliponya meminta bantuan.

Selama tempoh satu tahun sebelum PRU padatnya masa Suhaizan bagaikan seorang ADUN atau Ahli Parlimen.

Itulah puncanya Suhaizan jarang kelihatan di Kuala Lumpur.

Seterusnya adalah perkara yang saya suka untuk berkongsi, namun saya maklum jika Suhaizan sendiri tidak selesa.

Namun saya ingin juga berkongsi kerana pada pengamatan saya ianya mampu diteladani oleh anak-anak muda dalam gerakan Islam ini.

Secara peribadi saya biasa berkelana bersama Suhaizan. Setakat naik bas jam 12 malam dan tidur di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hanya beralaskan tangan sambil menahan kesejukkan malam, itu adalah perkara biasa.

Satu lagi peristiwa, pernah satu ketika beliau bergerak ke satu program di Johor untuk bertemu masyarakat.

Malangnya kereta yang dinaiki kami ketika itu meletup kerana kerosakan kotak gear (gear box). Dengan tenang beliau berkata, “Takpe, ujian untuk orang yang berjuang.” Tugas saya senang jer, sms kepada sahabat-sahabat, mohon bantuan dan sumbangan, Mujurlah ketika itu ramai sahabat-sahabat membantu dan tidak lupa dilupa juga Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (kini Yang Berhormat) turut menghulur sumbangan tanda ukhwah.

Saya pun bukan maksum dan suhaizan pun bukanlah pemuda suci yang tidak pernah buat silap, tapi salah satu keistimewaan kami di harian pemuda johor kami bebas mengkritik satu sama lain, mencadangkan idea yang terbaik untuk parti dan masyarakat johor.

Begitulah terasa ukhwahnya bila bersama. Oleh itu, Saya rasa tidak wajar menghukum Suhaizan kerana kurang keterlibatannya di Pusat di musim pilihanraya kerana tenaganya diperlukan oleh kami di Johor memandangkan beliau adalah ketua pemuda negeri kami.

Kami yang meminta beliau fokus di Johor. Dalam tempoh 5 tahun, hanya satu tahun sahaja Suhaizan fokus di Johor sementara baki 4 tahun lagi beliau fokus di pusat dan berjaya membangkitkan isu-isu besar yang segar dalam ingatan rakyat Malaysia.

Saya berharap kita semua harus berlaku adil terhadap Suhaizan.

Mahadzir Mat Zili
Setiausaha DPPNJ Zaman Suhaizan Kaiat (2011 – 2013) 0192110107

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: