Utama > Uncategorized > Cuti Jumaat, Pemuda ucap Tahniah

Cuti Jumaat, Pemuda ucap Tahniah


image

DEWAN Pemuda PAS Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia, Sultan Johor – Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar yang telah mengembalikan semula cuti mingguan bagi negeri Johor kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014 yang telah diumumkan sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-55 di Muar.

Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Negeri Johor turut merakamkan ucapan tahniah buat rakyat Johor yang akan menikmati cuti hujung minggu pada hari jumaat. Semoga cuti hari jumaat yang di umumkan oleh kebawah Duli Tuanku Sultan ini akan memberikan keselesaan kepada umat Islam khususnya untuk menunaikan solat jumaat.

Dewan Pemuda juga mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada semua yang telah berusaha dan berjuang untuk mengembalikan semula cuti mingguan negeri Johor pada hari jumaat setelah di tukar oleh Tan Sri Muhyidin Yassin sewaktu menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 1994 yang lalu.

Semoga negeri Johor yang kita cintai ini akan terus maju dan diberkati Allah sepanjang masa.

Mohd Faizul Salleh
Ketua
Dewan Pemuda PAS Johor.

Kategori:Uncategorized Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: