Utama > Uncategorized > MPJBT terburu-buru melarang ambil penumpang

MPJBT terburu-buru melarang ambil penumpang


image

SKUDAI – Tindakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Baru Tengah (MPJBT) mengeluarkan arahan supaya perkhidmatan bas ekspres dilarang untuk mengambil dan menurunkan penumpang di hentian Taman Sri Putri disifatkan sebagai terburu-buru dan tidak mengambil pandangan orang awam.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Gelang Patah, Mohd Taufik Rizal, hentian Taman Sri Putri adalah satu hentian yang sangat penting terutamanya kepada mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia, penduduk Skudai dan kawasan sekitarnya.

” Hentian ini adalah hentian yang paling hampir dan dekat untuk mahasiswa dan mahasiswi UTM untuk mengambil bas ke mana-mana destinasi. Tindakan menutup hentian ini sudah tentu akan mengundang masalah kepada mereka”

” Pemuda PAS juga merasakan bahawa hentian Larkin Sentral adalah sangat jauh kepada mereka. Keselamatan mereka juga tidak terjamin untuk pergi kesana”, ujar beliau lagi.

Beliau juga menyeru pihak berkuasa agar mengkaji semula arahan ini supaya menguntung semua pihak.

” Sekiranya pihak berkuasa berkeras untuk menutup hentian ini, mereka seharusnya memikirkan alternatif terbaik kepada mahasiswa dan mahasiswi UTM sama ada memohon kepada pihak UTM agar bas ekspress dibenarkan masuk ke dalan UTM untuk mengambil penumpang”

” Kami cadangkan agar terminal bas bersebelahan Pasar Taman Universiti dijadikan terminal bas ekspress untuk mengantikan hentian Taman Sri Putri. Ini penting agar penguna lebih mudah untuk mendapatkan perkhidmatan bas”, jelas beliau lagi

Kategori:Uncategorized Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: