Utama > Uncategorized > TRAGEDI Felda Lembah Klau Catatan ku

TRAGEDI Felda Lembah Klau Catatan ku


Dipetik drpd Facebook Mazlan Aliman

ADALAH amat penting pengalaman yang dilalui dibukukan sebagai khazanah ilmu. Ia sangat berguna sebagai rujukan di masadepan.

Saya mula menulis untuk buku ini sebaik sahaja Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Dato’ Akhtar Tahir, mengisytiharkan saya menang atas saman yang saya kemukakan terhadap Polis dan Kerajaan Malaysia.

Kenapa saya memilih Muktamar Tahunan PAS yang sedang berlangsung ketika ini untuk melancarkan buku ini?

Tidak lain dan tidak bukan, ia perhimpunan terbesar parti untuk memudahkan orangramai memiliki buku tersebut.

Kalau di lancar diwaktu lain, jumlah pembeli tentulah rendah dan saya mesti bekerja keras mempromosikannya.

Banyak kos yg terpaksa dibelanjakan. Pengajaran penting dari kisah Felda Lembah Klau ialah soal kebebasan bersuara, berhimpun dan bergerak bebas seperti yang dinyatakan oleh Yang Arif Hakim. Jangan salah guna Akta GSA 1960 untuk menyekat hak asasi seseorang.

Kefahaman kepada pasal 10 perlembagaan persekutuan sangat penting. Jangan bertindak semberono semata2 mengikut arahan pihak atasan.

Inspektor Azran yang menahan saya tanpa mengikut prosedur telah menerima padahnya sebab ikut arahan pihak atasan.

Saya membuat catatan dan lampiran dokumen sebagai bukti, agar semua pihak menghormati hak asasi seseorang.

Apabila ianya dicabuli, sebagai warganegara, saya berhak menuntutnya berdasarkan kaedah perundangan.

Ia antara ikhtiar bagi membersihkan nama baik saya yang telah diaib dan dimalukan.InsyaAllah, selepas muktamar ini, saya akan memfailkan suatu saman terhadap seorang pengurus Felda yang telah memalukan saya.

Saya telah buat laporan polis hingga ke Polis Bukit Aman, tetapi beliau tiada tanda2 mahu mengakui kesalahannya. Malah semakin angkuh, gara2 mengikut telunjuk pihak atasan.

Barangkali bahasa undang2 sahaja yang boleh mengajarnya.Dapatkan buku saya di pameran Harakah no 23 atau pameran Ngo Pengerang no 51 sempena muktamar di Stadium Melawati, Shah Alam.

Baca dan boleh komen. Ia buku ke 4 saya. Harganya cuma RM10 sahaja. InsyaAllah, buku ke 5, ‘ Pengerang menangis’ akan menyusul….

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: