Utama > Uncategorized > Mengharapkan Pemuda PAS yang Dinamik, Inklusif dan Peduli.

Mengharapkan Pemuda PAS yang Dinamik, Inklusif dan Peduli.


Oleh Mazlan Aliman

SEWAKTU saya menjadi calon PAS pada Pilihanraya Umum 1995, Suhaizan Kaiat adalah student di UTM Skudai.

Beliau bersama team student membantu saya meskipun secara senyap-senyap. Dari situ saya telah mula mengesan bakat kepimpinannya.

Saya tidak teragak2 melantiknya sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ketika saya menjadi Ketuanya menggantikan tempat Salahudin Ayub.

Beberapa tahun kemudian, beliau saya lantik menjadi Bendahari bersama-sama Hj Dzulkifly Ahmad, Amin Sairan dan Ishak Mohd Salleh dalam Dewan Harian Pemuda PAS Johor.

Ujian terhebat beliau sebagai Bendahari ialah ketika kami memutuskan untuk membeli Bangunan dua tingkat milik Dewan Pemuda di Simpang Renggam yang harganya sekitar RM200,000.

Saya masih ingat, bila majoriti anggota mesyuarat bersetuju; Suhaizan mengungkapkan, ‘ini keputusan gila’, walaupun dalam separuh bergurau.

Sebabnya, selaku Bendahari, kantung pemuda hanya berbaki tidak sampai seribu ringgit waktu itu.

Namun kelebihan Suhaizan yang menjadi peneraju utama mencari dana adalah fokus beliau atas tanggungjawab yang dimanahkan.

Kami hampir2 gagal melunaskan pendahuluan yang ditetapkan oleh pihak pemaju perumahan.

Alhamdulillah, kami berjaya memiliki bangunan sendiri yang dirasmikan oleh Mursyidul AM, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Berbagai idea dibentang dan dilaksana oleh Suhaizan dan team dibawah beliau untuk mendapatkan dana.

Ust Kasim Ibrahim, Khairul Faizi, Aminudin Ayub dan Abd Hamid Jamah menyertai Dewan Harian Pemuda apabila beberapa anggota Harian berundur atas faktor usia.

Suhaizan menerima ujian paling getir dipecat sebagai pensyarah UTM Skudai.

Beliau ditribunalkan atas dakwaan dan tohmahan ‘gerakan bawah tanah’ oleh student UTM yang mengaitkan beliau. Bukan calang2 orang yang mampu hadapi dugaan tersangat hebat waktu itu.

Saya bersama Hj Dzulkifly dan rakan2 bersatu menghadapi isu Suhaizan dan penangkapan lebih 100 aktivis PAS ketika Dr Mahathir mengarahkan polis menggempur ceramah PAS.

Waktu itu Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok sebagai Pesuruhjaya PAS Johor. ‘Bersilat’ kami hadapi badai perjuangan yang cukup ganas tatkala begitu ramai di lokap dan didakwa di Mahkamah.

Suhaizan dan Khairul Faizi adalah contoh anak muda yang berbakat dan menyerlah dengan cepat. Kedua2nya sentiasa bersaing untuk menjadi pemimpin muda yang punya karisma dan masa.depan.

Khairul Faizi menjadi Setiausaha Dewan Pemuda beberapa ketika sebelum saya berundur.

Sejak saya menyertai Dewan Pemuda di zaman arwah Hj Ismail Ibrahim dan diganti Salahudin, memilih pemimpin utama adalah menerusi syura.

Saya agak bingung dan acapkali berbincang dengan kawan2 dalam Badan Perhubungan PAS Negeri Johor untuk memutuskan siapa dikalangan Faizi, Ust Kasim Ibrahim dan Aminudin Ayub yang harus diketengahkan sebagai Ketua Pemuda yang baru.

Waktu itu dalam konteks negeri Johor, pertandingan jawatan utama memang dielakkan.

Khairul Faizi menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS selama dua penggal sebelum diganti oleh Suhaizan.

Saya coretkan pengalaman bersama Suhaizan kerana beliau adalah contoh insan yang telah teruji. Berniaga komputer dan buka kedai dobi untuk survive. Pahit maung dilalui dengan penuh tabah.

Dari seorang pensyarah Universiti yang memiliki pendapatan agak selesa, sanggup berkorban demi perjuangan. Kini, ke sana ke mari menaiki bas….!

Tidak perlu saya ceritakan saat yang mengguris perasaan, waktu beliau mengharungi kepayahan selepas dipecat.

Ukhuwwah kami kian utuh, bantu membantu antara satu sama lain. Bukan mengutuk dan mengeji apatah lagi memfitnah seperti segelintir ‘budak baru belajar’ hari ini.

Tentulah saya tumpang gembira atas kejayaannya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Saya minum bersamanya sekitar jam 1.30 pagi di malam kemenangannya.

Saya mengingatkan beliau agar belajar dari Dato’ Mahfuz Omar, yang berjaya menyatukan pemuda PAS yang dilanda krisis kepimpinan dan berpuak2 sewaktu ambilalih jawatan Ketua Pemuda.

Saya dapat menyaksikannya secara dekat kerana seharian saya menjadi Wakil PAS Pusat dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS yang baru lalu.

Dari laporan tahunan hingga ke ucapan pembahas negeri2, terdapat konflik antara kelompok anak muda ini. Pemuda negeri2 pun tidak seimbang dan bercelaru. Ia harus ditangani segera dengan memahami latar belakang mereka dan keserasian gandingan Ulama’, profesional dan aktivis.

Saya penuh yakin berdasarkan pengalaman masa lalu, Suhaizan mampu menggalas amanah.

Hentikan prasangka dan amalan membina kelompok sendiri. Bentuk kombinasi yang mantap dan tunaikan ikrar dan janji yang dilaung2kan.

Jawatan telah berada dalam genggaman. Ayuh, kemudi anak muda sepertimana yang kamu ikrarkan.

Doa ku untukmu, Suhaizan Kaiat…..

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: