Utama > Uncategorized > PAS di hati rakyat

PAS di hati rakyat


image

Oleh Mazlan Aliman

SEPANJANG lawatan dan ziarah yang saya lakukan di Mersing, Kuantan, Jengka, Jerantut, Temerloh, Paya Besar dan Kemaman; adalah jelas, Sukarelawan PAS yang menguasai medan.

Anggota AMAL dari seluruh negara yang dipecahkan kepada daerah2 yang dilanda banjir dengan uniform resmi berwarna merah sekali lagi mengulangi kecemerlangan mereka sebagaimana banjir besar di Johor tahun 2006/2007.

Bezanya kali ini jumlah anggota AMAL jauh lebih ramai dan peralatan yang dibawa lebih lengkap. Apa jua tugasan mampu dilakukan.

Mangsa banjir memuji2 peranan anggota AMAL. Masyarakat seluruh negara juga begitu mempercayai untuk menyalurkan sumbangan melalui PAS.

Buktinya, banyak Ngo dan badan2 Amal serta institusi Masjid Surau yang datang ke Markaz Operasi seliaan PAS untuk menyumbang bantuan.

Mereka yakin PAS dapat menyalurkan sumbangan dengan amanah dan sampai ke semua mangsa banjir tanpa mengira idealogi politik.

Semalam dan hari ini sahaja dianggarkan hampir seribu lima ratus sukarelawan tempatan dan luar sedang melaksanakan operasi besar2an di daerah Kuantan, Temerloh dan Kemaman yang paling teruk dilanda banjir.

Kerja utama ialah pembersihan rumah ibadah, kawasan rekreasi dan rumah2.

Sukarelawan tidur di masjid surau manakala muslimat di rumah ahli PAS. Bermula seawal jam 8 pagi bertungkus lumus bekerja hingga berhenti rehat untuk makan dan solat Zohor.

Di Surau Sg Isap dan Masjid AlFatah sahaja menempatkan sukarelawan dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan yang jumlahnya hampir 400 orang.

Memandangkan masa depan mangsa banjir yang menyedihkan ekoran kemusnahan harta benda, apatah lagi berdepan penggal baru persekolahan 2014; saya telah mencadangkan kepada kepimpinan PAS Kawasan yang terlibat, pimpinan negeri dan badan Ngo seperti Yayasan Amal, Muslim Care dll, menggerakkan satu lagi usaha mengumpul dana dan peralatan sekolah untuk pelajar2.

Sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban ibubapa yang berdepan kesukaran yang amat sangat menghadapi hari2 mendatang.

Sudah sampai masanya Gerakan Kebajikan seperti ini dipertingkatkanhingga kepada suatu tahap; jika Kerajaan yang memerintah gagal menangani keperluan mangsa banjir secara efisien, secara automatik, PAS sedia ambilalih.

InsyaAllah, penubuhan suatu badan seperti Pusat Bencana PAS Malaysia atau apa nama sekalipun yang bersifat kekal, terancang dan diurus secara profesional, akan merealisasikan hasrat meletakkan sepenuhnya kerja2 kebajikan bagi membantu rakyat jelata.

BerAMAL kerana Allah.

RAHMAT UNTUK SEMUA

P/s menyerahkan sumbangan PAS Kawasan Kulaijaya kepada YDP PAS Kawasan Kemaman, Ust Alias Abd Hamid. Turut bersama Sdr Aziz Jaafar dan sukarelawan PAS Kulaijaya dan Sdr Jamulidin Elias, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Msia.

Kategori:Uncategorized Tags:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: