Utama > Uncategorized > Ke mana tokoh yang boleh kritik pemimpin korup?

Ke mana tokoh yang boleh kritik pemimpin korup?


image

Oleh Mazlan Aliman

PANGKAT, harta dan wanita adalah ujian yang selalu melalaikan manusia kepada Jalan Allah.

Pemimpin yang berkuasa dan dibuai kemewahan tidak akan merasa bersalah mendera rakyatnya dengan segala bebanan hidup.

Janji manis sebelum menang pilihanraya, adalah lakonan semata.

Naikkan harga minyak, tarif elektrik, tol, tambang bas, mansuhkan subsidi gula, perkenal GST dan berbagai kenaikan; menambah derita rakyat.

Mandat yang diberi dikhianati.Pemimpin guna alasan sama. Kenaikan tidak dapat dielakkan. Masih rendah jika dibandingkan negara lain.

Rakyat kena berjimat cermat dan bekerja lebih keras untuk majukan diri.Le ni muncul pakar motivasi dan tokoh berpengaruh.

Selalu keluar di kaca tv atau artikelnya di media. Guna Firman Allah dan Hadis Nabi.

Semuanya sudah ditentukan Allah. Jangan lawan pemerintah, derhaka…Kita kena positif, positif, positif…..Tiada keberanian untuk menegur sang pemerintah, bimbang terjejas pulusnya!

Hakikatnya, bila dunia kita berubah, kerap hilang pertimbangan.

Keselesaan hidup boleh merosakkan pemikiran dan persepsi kita terhadap masyarakat. Maklumlah, pendapatan puluhan ribu setiap bulan.

Rumah bak istana, lengkap segala2nya. Apa nak dipandangnya orang kebanyakkan tanpa harta.Seronok dipuji dan disanjung manusia.

Slot di kaca tv, jutaan manusia yang menontonnya. Persetan dengan pesawah padi, penoreh getah dan pemandu teksi….Berapa kerat pemimpin dan tokoh berpengaruh menerobos kehidupan marhaen?

Hatta, sewaktu banjir besar baru2 ini turun padang tanda kebersamaan dengan sengsara rakyat?

Berapa ringgit wang mereka dibelanjakan untuk disumbang kepada mangsa banjir?Inilah tembok besar yang memisahkan kita dengan masyarakat.

Kedaifan nelayan atau buruh binaan yang masih termenung memikir kos anak yang mula bersekolah 1 Jan ini; jauh bezanya dgn si kaya yang berbelanja sakan di Pusat membeli belah dengan pakaian berjenama. 

Saya semakin bimbang dengan trend masyarakat hari ini. Jurang semakin melebar.

Hidup mementingkan diri sendiri. Tahap kepedulian luntur. Golongan elit terpisah jauh. Bicaranya menyakitkan hati rakyat yang duka dan terseksa dek hidup yang sukar. Isteri pemimpin luar biasa seleranya.

Anak menteri membeli kondo ratusan juta. Duit PPRT di sapu, projek lembu masuk tembolok anak beranak menteri…

Bila rakyat amarah, oooh, nak guling kerajaan!Di tangkapnya anak muda yang bangkit.Dinyahkan kritikan rakyat.

Mana perginya tokoh berpengaruh dan pakar motivasi yang sedia mengkritik pemimpin korup?

Kita ketandusan tokoh berprinsip dan bersama denyut nadi rakyat.

Lebih ramai yang jadi pengampu dan pembodek.

Komennya merapu, terasa pedih hati rakyat mendengarnya.

P/s Sukarelawan AMAL, berAMAL kerana Allah.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: