Utama > Uncategorized > Memperkasakan Langkah perjuangan

Memperkasakan Langkah perjuangan


image

Oleh Mazlan Aliman

YB Hj Aminolhuda Hassan, Pesuruhjaya PAS Johor yang baru, telah mengumumkan barisan pimpinan beliau bagi sesi 2013-2015 dalam Mesyuarat pertama pada hari semalam.

Selain berlaku beberapa rombakan penting, kombinasi golongan profesional, Ulama’ dan aktivis memperkukuhkan lagi kepimpinan yang di bina oleh Pesuruhjaya lalu.

Penyertaan kembali bekas Jurutera Daerah, Tuan Hj Khairudin Abd Rahim yang pernah menjadi SU Dewan Pemuda PAS Johor amat di alu2kan.

Beliau dilantik sebagai SU Badan Perhubungan PAS Negeri yang baru dengan misi besar iaitu perpindahan Pejabat PAS Johor di Batu Pahat pada waktu ini ke Johor Bharu.

Ianya adalah resolusi Konvensyen PAS Johor pada 3 nov 2013 lalu. Hj Khairudin adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Pt Sulong dan Calon PAS Parlimen Pt Sulong dalam Pru 13.

Bagi merealisasikan impian untuk mempastikan Pejabat Pentadbiran PAS Johor di Johor Bharu atas bangunan sendiri, Tuan Hj Dzulkifli Ahmad, TPJ 1 dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bangunan berkenaan. Adalah dianggarkan kos yang diperlukan termasuk renovation sekitar sejuta ringgit.

InsyaAllah, dalam tempoh tidak lebih dua tahun, proses perpindahan akan dapat disempurnakan.

Selaras dengan Johor Bharu sebagai Ibu negeri dan berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di Nusajaya; langkah memindahkan Pusat Pentadbiran PAS Johor dari Batu Pahat ke JB adalah sangat tepat dan kena pada masanya.

Satu lagi komitmen terpenting sepertimana di putuskan oleh PAS Johor di penghujung pimpinan Dato’ Dr Mahfodz Mohamed ialah mewujudkan Kompleks Pendidikan PAS Johor.

Waktu itu Hj Aminolnuda diberi tugasan tersebut. Memandangkan beliau telah menjadi PJ dan terdapat beberapa jawatan utama yang automatik disandangnya; maka, saya selaku TPJ 2, di beri amanah yang sangat besar ini.

Tanah sebagai tapak kompleks telah pun ada. Modelnya seperti Muassasah Darul Ulum Kedah akan diguna pakai, selain beberapa sample institusi pendidikan lain.

Perlantikan Hj Pirdaus Mas’od, Lawyer muda, yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Segamat, sebagai TPJ 3, bakal mengisi ruang pelapis pemimpin masadepan.

Hj Pirdaus, Faisol Salleh (Ketua Dewan Pemuda), Anis Afida Azli, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Cikgu Normala Sudirman dan Ust Kherol Muntanazar, adalah antara barisan pemimpin muda PAS Johor yang berpotensi mengisi vakum yang bakal ditinggalkan pemimpin senior hari ini.

Alhamdulillah, PAS Johor semakin berkembang dan melahirkan pimpinan hingga ke peringkat nasional.

Kalau dulu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan UMNO Johor, kini jurangnya semakin kecil.

Moga2 aspirasi menuju ke Nusajaya bukan fantasi lagi.

RAHMAT UNTUK SEMUA

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: