Utama > Uncategorized > Siapa Bughah sebenar?

Siapa Bughah sebenar?


image

Fb Mazlan Aliman

LAPORAN Polis ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, mengenai dakwaan menerima sogokan dalam isu tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Puteh semalam, adalah salah satu contoh bagaimana pengkhianatan dan penderhakaan tokoh kanan negara kepada negara.

Meskipun ia suatu dakwaan, namun, keberanian seorang bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, melalui Akuan Bersumpahnya wajar dipuji.

Ada yang membuat spekulasi, ia suatu komplot untuk menjatuhkan Ghani Patail.

Tetapi apa yang sangat penting, ianya soal intergriti yang pastinya mencemarkan nama baik beliau sebagai seorang Peguam Negara.

Ghani Patail mesti membersihkan imejnya yang tercalar dengan teruk. Sekadar memberi respon kepada YB Rafizi Ramli untuk disiasat akaunnya yang didakwa menerima amaun yang besar, tentu tidak dapat membersihkan reputasinya sebagai pegawai kepercayaan Perdana Menteri.

Seharusnya, beliau mengambil tindakan saman kepada Datuk Mat Zain dan pihak2 yang menyebar fitnah dan menjatuhkan nama baiknya.

Saya telah acapkali mendedahkan kes salah laku dan pengkhianatan seperti ini.

Antaranya, sewaktu Muhyiddin Yasin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah memajakkan tanah seluas 21,600 hektar(53,374 ekar) kepada Singapura pada tahun 1988. Ia digunakan untuk membina Empangan Linggiu bagi membekalkan air kepada Singapura.

Siap pada tahun 1994, jadi wilayah ‘autonomi’ yang dikawal ketat. Kalau empangan setinggi 193 meter itu pecah, daerah Kota Tinggi akan tenggelam.

Saya dimaklumlan, Singapura membayar pampasan kepada Johor atas tanah tersebut bernilai RM320 juta selama 60 tahun. Status cukai tahunan atas tanah dan hasil jualan kayu balak yang dikatakan bernilai bilion ringgit tidak diketahui apa ceritanya.

Apa perlunya Johor anugerahkan tanah yang begitu luas kepada Singapura, walhal loji Public Utilities Board Singapura(PUB) telah wujud puluhan tahun di Skudai, Tebrau, Ulu Choh dan Gunung Pulai?

Bagaimana kedudukan tanah PUB di belakang Kem Pulada dan Kg Sungai Telor di Kota Tinggi?

InsyaAllah, siri2 pendedahan mengenai petualang dan penderhaka sebenar negara akan dibongkar dari masa ke semasa. Mereka inilah Bughah yang seharusnya diperangi.

Mereka jual negara, tali barut asing dan bertanggungjawab menjahanamkan negara sendiri!

P/s Sidang Media selepas laporan polis semalam. 

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: