Utama > Uncategorized > Era baru di Felda?

Era baru di Felda?


image

MESKIPUN masih demam, saya gagahkan juga hadir ke Majlis Dialog anjuran Gen 2 dan PAS serta UMNO di Dewan Orangramai Felda Lurah Bilut petang ini.

Disebalik kebimbangan dialog tersebut dibatalkan atau berpindah tempat, Alhamdulillah, ia berjalan lancar.

Saya, Lawyer Haris, En Zulkifli Maliki(Pengerusi Gen 2) menjadi ahli Panel. Turut hadir ADUN Bilut, YB Chow Yu hui, Hj Yusof Darus, Pengerusi Lajnah Tanah Pahang, Ust Abd Hamid Bahatim dan Hasanudin Salim. 

Biarpun badan masih kebah, tapi berbaloi. Masyarakat pelbagai latarbelakang politik hadir mengajukan soalan.

Suasana yang menarik. Khabarnya, MB Pahang sendiri dimaklumkan program petang ini.

Bagi saya ia satu sejarah, kerana dalam tempoh 25 tahun memperjuangkan isu felda dan hampir 90% penempatan Felda yang saya jelajahi, boleh dibilang dengan jari; dijemput hadir dengan anjuran bersama ngo dan parti2 politik.

Kepada pihak penganjur, khususnya En Zulkifli Maliki, tahniah atas inisiatif anda.Dari zaman tangkapan, di kepong dan disekat masuk Felda, adakah ini era keterbukaan?

P/s Suasana dalam dewan, ahli PAS dan Umno bersama sama.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: