Utama > Uncategorized > Melor rindu ahli keluarga

Melor rindu ahli keluarga


image

Web sinarharian.com.my

PONTIAN – “Kami sekeluarga begitu sedih setiap kali Melor beritahu dia rindukan ibu, kakak dan abangnya,” luah Roha Mangil, 44, ibu saudara kepada Melor Ayuni Jamaludin, 6.

Isnin lalu, ibu Melor, Roslina Manggil, 29, bersama abangnya, Mohd Sufi Jamaludin, 11, dan kakaknya, Melati Ayu, 9, maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Pontian Besar, Parit Sikom, dekat Pekan Nenas.

Menurut Roha, Melor yang merupakan anak bongsu dari tiga beradik telah kehilangan ayah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, lima tahun lalu.

“Dalam usia Melor yang masih kecil, dia hanya mampu menangis setiap kali teringatkan ahli keluarganya.

“Saya akan akan memeluk dan memujuknya supaya tidak menangis setiap kali teringatkan arwah ibunya,” katanya ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng di Kampung Maju Jaya Pekan Nenas, di sini, semalam.

Turut serta Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah, Azizah Jantan, Pembantu Hal Ehwal Majlis Agama Islam daerah, Mohd Syahizam Hashim dan Ketua Kampung, Md Noor Ahmad.

Menurutnya, kesedihan kehilangan itu tidak dapat digambarkan menerusi kata-kata kerana hanya mereka yang dapat merasai betapa pedihnya kehilangan semua ahli keluarga serentak.

“Saya sudah menjaga Melor sejak dia berusia empat tahun dan berharap agar dapat menjaganya sehingga dewasa,” katanya.

Beliau turut berterima kasih di atas keprihatinan pelbagai pihak yang hadir menghulurkan sumbangan dan memberikan kata-kata motivasi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng melahirkan rasa simpati dan berharap ahli keluarga yang lain tabah untuk membesarkan Melor.

“Selain dari bantuan kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga  Melor, kata-kata motivasi juga perlu diberikan untuk memulihkan semangat anak kecil itu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah, Azizah Jantan berkata pihaknya akan membantu keluarga untuk mendapatkan melakukan proses pendaftaran anak angkat.

“Bantuan persekolahan akan diberikan selain pemantauan ke atas perkembangan ke atas kanak-kanak tersebut yang dilakukan secara berkala,” katanya.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: