Utama > Uncategorized > Muslimat buat laporan Polis

Muslimat buat laporan Polis


image

image

Oleh Mazlan Aliman 

SAYA bersama YB Tuan Hj Aminolhuda Hassan, Pesuruhjaya PAS Johor, Hj Dzulkefly Ahmad, Onn Jaafar dan Syed Othman; mengiringi pimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor membuat laporan Polis di Balai Polis Central Johor Bahru jam 10.30 pagi tadi.

Dewan Muslimat di ketuai Naibnya, Cik Anis Afida Azli dan beberapa orang exco dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan2.

Turut hadir, Puan Normala Sudirman, Exco Dewan Muslimat PAS Pusat.

Laporan Polis dibuat terhadap Abu Amru Radhi Othman, Setiausaha Ulama Muda Umno yang begitu biadap memuat turun kenyataannya melalui Fb; muslimah bertudung labuh yang ikut serta dalam Himpunan menentang GST pada 1 Mei lalu seperti pelacur kelas atasan.

Dewan Muslimat PAS Johor menggesa beliau menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka menerusi media dalam tempoh 3 hari dari laporan polis ini dilakukan.

Jika beliau gagal berbuat demikian, tindakan susulan termasuk perundangan akan dipertimbangkan.

Polis juga di desak membuka siasatan segera terhadap beliau dan mendakwanya di bawah peruntukkan Undang2, kerana kenyataannya bukan sahaja mengguris perasaan wanita bertudung labuh, tapi juga kaum wanita lain.

Analogi yang digunakan tidak masuk akal dan merendahkan martabat kaum wanita. Berbeza pandangan bukan bermakna secara sesuka hati mencemuh pihak lain, apatah lagi kehidupan beliau sendiri yang dikelilingi golongan wanita seperti ibu, isteri, adik beradik, saudara mara dan lain2.

Sebagai seorang yang didakwa memegang jawatan dalam Ulama’ Muda Umno, adakah YB Khairy Jamaludin atau Ust Fathul Bari, mahu mempertahankan orang seperti ini???

Kenyataan balasnya yang enggan memohon maaf, bahkan menyamakan tindakannya seperti Tuan Guru Nik Aziz bukan sahaja tidak relevan tetapi angkuh.

P/s di hadapan Balai Polis Cenral JB.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: