Utama > Uncategorized > AMAL hargai bekas JLUnya

AMAL hargai bekas JLUnya


image

FB Mazlan Aliman 

ALHAMDULILLAH, pagi ini saya bersama Pengarah Jabatan AMAL Pusat, Sdr Juhari Osman dapat menyaksikan kerja2 menaik taraf rumah Allahyarham Pak Hamid Abd Kadir di Peserai, Batu Pahat.

Arwah adalah Jurulatih Kawad AMAL yang berkhidmat selama 10 tahun secara sukarela.

Beliau meninggal dunia beberapa bulan lalu ketika menyampaikan kursus kepada Sukarelawan AMAL di Sg Pelek, Sepang.

Bagi menghargai jasa dan pengorbanannya yang begitu tinggi dalam Jabatan AMAL, Badan Perhubungan PAS Johor melalui PAS Kawasan Pt Sulong telah membuat permohonan kepada Tabung Kemiskinan Harakah untuk kerja2 naik taraf di rumahnya.

Syukur Alhamdulillah, Tabung Kemiskinan Harakah telah luluskan RM8,000 dan di tambah pula peruntukan dari PAS Pt Sulong untuk kerja2 memplaster dinding, pasang syiling, melantai dan wyring.

Menggunakan khidmat 4 orang tenaga mahir dan gotong royong ahli2 PAS tempatan. Ia akan siap sepenuhnya dalam tempuh seminggu, Insyaallah.

Inilah antara perkara yang membahagiakan dalam hidup bila dapat membantu insan yang memerlukan.

Kata balu arwah, Puan Sharifah Satari,’ terimakasih banyak2 dari saya sekeluarga.

Saya tak tau nak ungkap bagaimana kegembiraan kami sekeluarga, Syukur pada Allah’.Terimakasih buat Dr Rosli Yaakop, Pengarah Urusan Harakah, Habib, Pegawai Khas Tabung Kemiskinan Harakah, Tuan Hj Khairuddin Abd Rahim, YDP PAS Pt Sulong dan semua yang terlibat dalam menjayakan projek menaik taraf rumah arwah Pak Hamid.

Moga Allah merahmati hidup kita…..BERAMAL KERANA ALLAH

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: