Utama > Uncategorized > Sidang DUN : Berapa bajet bersih longkang?

Sidang DUN : Berapa bajet bersih longkang?


FB Aminolhuda Bin Hassan

SEBAHAGIAN dari soalan lisan di sidang DUN bulan Jun 2014

YB Dato’ Timbalan Speaker : Lain. Ini bagi chance ini… YB Parit Yaani.

YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’Timbalan Speaker. Soalan saya soalan nombor 2.Berapa peruntukan tahunan untuk senggara pembersihan longkang atau parit bagi DUN Parit Yaani dan berapakah kekerapan pembersihan dilakukan?

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Bismillahir rahmannir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebanyak RM169,000.00 diperuntukkan setiap tahun bagi kerja-kerja pembersihan parit yang pihak JPS memberikan kerja- kerja tersebut dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di kawasan Parit Yaani.

Kerja pembersihan ini dibuat 4 pusingan setahun. Selain itu, kerja-kerja penggalian juga dibuat dengan kos RM300,000.00 setahun.

YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) : Soalan tambahan Dato’ Timbalan Speaker.
Pertama sekali, apabila berlaku akhir tahun biasanya, kita dapati bahawa akhir-akhir tahun hujan, yang memang menjadi lumrah di negara kita.

Di mana apabila akhir tahun ini hujan, ada beberapa tempat di kawasan ataupun DUN Parit Yaani, khususnya satu Perumahan Peladang, Batu 7.

Majoritinya rumah yang berkenaan adalah rumah kakitangan Kerajaan. Setiap kali hujan, tak sampai masa musim hujan pun dah banjir.

Persoalan saya, apakah bila akhir tahun ini selalu dah habis peruntukan dan untuk membersihkannya jadi masalah.

Persoalannya, apakah langkah yang perlu diambil oleh JPS ataupun JKR, yang memang saya tahun JPS dan JKR ini satu agensi yang boleh dibahagikan tabik, hebat. Bila kita adu, dia akan turun pegawainya, ambik gambar bersama.

Memang Alhamdulillah, tahniah pada JPS dan JKR. Tapi dia akan menjawab dia kata, YB peruntukan dah habis.

Jadi apa yang boleh dilakukan sekiranya peruntukan habis. Tapi masalah rakyat kita nak bantu. Sekian, persoalan. Terima kasih.

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar :

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, terima kasih kepada Parit Yaani kerana satu-satunya Wakil Rakyat yang ucap tahniahlah secara terus kepada JPS.

Jadi kita oleh kerana dah beri tahniah tu insya-Allah kita akan beri tumpuan tentang isu yang dibangkitkan oleh Parit Yaani. Insya-Allah kita akan beri peruntukan khas kepada Parit Yaani. Terima kasih.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: