Arkib

Archive for Disember 2014

Ikhlas

Disember 8, 2014 Tinggalkan komen

DARI Amirul mu’minin Abu Hafs yaitu Umar bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul ‘Uzza bin Riah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin ‘Adi bin Ka’ab bin Luai bin Ghalib alQurasyi al-‘Adawi r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya.

Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikawininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu.”

Dipetik kitab Riadus Solihin

Advertisements
Kategori:Uncategorized

Beri peluang kami berniaga

Disember 8, 2014 Tinggalkan komen

Web Sinarharian.com

PONTIAN – “Beri peluang kepada yang mahu berniaga,” luahan penduduk di Pekan Benut yang mahu gerai di Terminal Pengangkutan Awam Benut, di sini, tidak dibiarkan kosong.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, sekurang-kurangnya terdapat 10 gerai di terminal berkenaan, namun keadaan begitu lengang dengan hanya tiga daripada gerai tersebut yang beroperasi.

Penduduk, Mohd Faizan Seng, 28, berkata, meskipun gerai berkenaan mempunyai penyewa berdasarkan kepada papan tanda nama yang diletakkan di hadapan kedai, namun ia dilihat masih tidak beroperasi.

Menurutnya, dengan kadar sewa yang begitu rendah, kewujudan gerai di kawasan terminal dapat membantu golongan peniaga yang benar-benar mahu menjalankan perniagaan.

Namun, kemudahan gerai masih tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya sekaligus dilihat tidak membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat di kawasan pekan Benut.

“Sekiranya gerai di sini dibuka, saya yakin ia mampu menarik ramai pengunjung memandangkan lokasi terminal terletak berhampiran Kampung Nelayan Benut, Pasar Ikan dan gerai makanan” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohd Faizan berkata, dia pernah mengajukan permohonan bagi menyewa sebuah gerai di kawasan terminal berkenaan, namun gagal.

Ujarnya, dia kesal kerana tidak diberikan peluang untuk menyewa sedangkan terdapat banyak gerai yang masih kosong.

“Ramai peniaga yang masih berniaga di tepi jalan termasuk saya. Bagi Sekiranya diberikan peluang menyewa gerai pasti ia dapat membantu meningkatkan imej pekan Benut.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memantau penyewa supaya mereka tidak sekadar membayar sewa tetapi menjalankan perniagaan yang sepatutnya,” katanya.

Manakala, Asmawi Lawi, 32, pula, meminta supaya penduduk yang tinggal berhampiran kawasan terminal terutama di Kampung Nelayan Benut diberikan peluang terdahulu untuk menyewa di situ.

Baginya, penduduk yang tinggal berdekatan perlu diutamakan, memandangkan mereka adalah pengunjung utama ke kawasan terminal.

“Jika semua gerai di situ dapat dihidupkan semula, saya yakin keadaan terminal akan jadi lebih baik,” katanya.

Selain itu, Asmawi turut menggesa kerajaan mengambil langkah segera membangunkan kawasan di sekitar terminal pengangkutan itu.

Menurutnya, kawasan itu berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan kerana terletak bersebelahan Sungai Benut.

“Pembinaan jeti baharu dilihat dapat menarik minat orang ramai untuk mendapatkan hasil laut segar selain barang yang dibawa dari negara jiran, Indonesia,” katanya.

Kategori:Uncategorized