Arkib

Archive for September 2017

Jaga Sunnah

September 30, 2017 Tinggalkan komen

​DARIPADA Abu Hurairah r.a. dan dari Nabi  s.a.w. bersabda: 

“Tinggalkanlah apa yang saya  tinggalkan untukmu semua -maksudnya: Jangan ditanyakan  apa  yang tidak  saya terangkan kepadamu semua, 

karena hanyasanya  yang menyebabkan kerosakan orang-orang – ummat – yang sebelumnya itu ialah sebab  banyaknya mereka bertanya-tanya – yang tidak berfaedah – lagi pula mereka suka menyalahi kepada Nabi-nabi mereka. 

Oleh sebab itu jikalau saya melarang padamu akan sesuatu hal, maka jauhilah itu dan jikalau saya memerintah padamu semua akan sesuatu perkara, maka lakukanlah itu sekuat usahamu.” (Muttafaq ‘alaih) 

Kategori:Uncategorized Tag:

​Aqidah : Syahadah sbg panduan hidup (bhg 2)

September 30, 2017 Tinggalkan komen

PENGAKUAN yang ringkas dan mutlak itu memberikan panduan kepada kita untuk membuat kata pemutus mengenai beberapa persoalan pokok mengenai hakikat agama ini dan mengenal gerakannya di dalam kenyataan. Pengakuan ini memberi panduan kepada kita dalam membuat garis pemisah mengenai: 

Pertama :Bentuk dan tabiat masyarakat Islam. 

Kedua  :Program pertumbuhan dan perkembangan masyarakat Islam. Ketiga  :Program Islam dalam menghadapi masyarakat-masyarakat jahiliyah.  Keempat :Program Islam dalam menghadapi kenyataan hidup umat manusia seluruhnya yang seruannya ini merupakan masalah pokok dalam program gerakan Islam, dulu dan sekarang.  

Sesungguhnya ciri pertama yang menentukan bentuk dan tabiat ‘Masyarakat Islam” itu ialah bahawasanya masyarakat itu berdiri dan tegak di atas asas mengabdikan diri kepada Allah SWT di dalam semua urusannya. Mengabdikan diri yang dijelma dan dibentuk oleh pengakuan dan ikrar bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu ialah utusan Allah 

Pengabdian diri itu hendaklah terjelma di dalam bentuk keparcayaan seperti juga di dalam semua syiar-syiar dan simbol-simbol peribadatan, seperti mana juga ianya menjelma di dalam peraturan-peraturan dan undang-undang. 

Sebab bukanlah menjadi hamba Allah seseorang yang tidak menyakini kessaan dan ketunggalan Allah.  

Firman Allah swt yg Maksudnya: Dan Allah berkata: 

Janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana sesunggunnya Tuhan itu Esa, dan kepadaKulah hendaknya kamu takut. 

Dan bagi-Nyalah apa yang ada di langit dan di bumi, dan bagi-Nyalah ketaatan  tetap, apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti? [An NahI: 51-52].  

Dan bukanlah hamba Allah SWT orang yang mempersembahkan atau pun melakukan syiar dan lambang pengabdian kepada yang lain daripada Allah, same ada bersama-sama dengan Allah atau pun secara bersendirian dan tidak bersama-sama dengan Allah. 

Firman Allah swt yg  Maksudnya: Katakanlan: “sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidup dan matiku, adalah kerana Allah Tuhan seru sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya, dan begitulan aku diperintah, dan adalah aku orang Islam yang pertama [Al An ‘am: 162-163].  

Dan bukanlah hamba Allah SWT orang yang menerima peraturan dan undan~undang dan yang lain daripada Allah SWT. Melainkan melalui jalan yang Allah telah sampaikan kepada kita, iaitu jalan Rasulullah SAW.  

Firman Allah yg Maksudnya:Atau adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mengatur untuk mereka sebagai agama, sesuatu yang Allah tidak izinkan? [Asysyura: 21].  

dan firman Allah SWT lagi yg   Maksudnya: Dan apa-ana yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah, dan apa-apa yang ia larang kamu, maka jauhilah [Al Hasyr: 7]  

Inilah dia masyarakat Islam, masyarakat yang menjelma di dalamnya pengabdian diri kepada Allah SWT di dalam kepercayaan anggota-anggotanya dan juga di dalam konsep dan gambaran fikiran mereka, seperti juga ia menjelma di dalam lambang-lambang hidup dan peribadatan mereka dan malah ia menjelma di dalam sistem dan peraturan kemasyarakatan mereka, dan peraturan serta undang-undang mereka. 

Bila mana sahaja sesuatu faktor dan faktor-faktor yang disebutkan di atas tadi menyimpang dan tidak menjelma dalam kenyataan, maka dengan itu bererti bahawa Islam itu sendiri pun sudah menyimpang dan tidak menjelma lagi, kerana menyimpang dan tidak menjelmanya rukun Islam yang pertama, iailu pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah Dan telah pun kita katakan: bahawa pengabdian  diri kepada Allah itu menjelma di dalam konsep dan gambaran kepercayaan, 

make eloklah kita perkatakan apakan dia konsep dan gambaran kepercayaan cara Islam  itu. Ianya  adalah gambaran yang terjadi di dalam pemikiran manusia sebagai hasil dan penerimaannya akan akidah itu dan sumbernya yang sejati, iaitu sunber ILAHI; dan yang dengannya manusia itu dapat mengerti dan memahami apakah dia hakikat Tuhannya, dan hakikat alam  yang dia hidup di dalamnya, baik yang nampak dilihat atau pun yang tak nampak dan  hakikat dirinya dan hakikat zat manusia itu sendiri, yang ia rasakan itu, baik yang nampak  atau yang tak nampak; dan di samping segala sesuatu ialah hakikat dirinya sendiri, iaitu hakikat manusia itu sendiri, kemudian ia sesuaikan semuanya di atas itu dengan perhubungannya  dengan hakikat ini; 

perhubungannya dengan Tuhannya yang menjelmakan pengabdian dirinya kepada Allah SWT dan perhubunganya dengan alam  semesta dan peraturan seluruh  benda yang hidup di dunia ini, serta setiap peribadi umat manusia, perhubungan yang mengambil sumber (atau yang bersumber) dari agama Allah, seperti yang disampaikan oleh  Rasulullah SAW.  

Dengan demikian dia melaksanaan pengabdian diri kepada Allah  SWT dalam  bentuk yang meliputi seluruh sendi kehidupannya. Maka kalaulah telah menjadi ketetapan bahawa inilah dia 

“Masyarakat Islam”  itu, maka bagaimanakah pula masyarakat itu boleh tumbuh dan bagaimanakah pula program pertumbuhannya? 

Sesungguhnya masyarakat itu tidak akan dapat tegak kecuali bila timbul satu perkumpulan (jamaah) manusia yang mengakui pengabdian diri mereka sepenuhnya kepada Allah SWT, dan bahawa mereka tidak tunduk dan merendahkan diri mereka ke peringkat yang sejajar dengan pengabdian itu kepada sesuatu apa pun  yang lain daripada Allah SWT di dalam perkara iktikad, gambaran hidup dan lambang-lambang keagamaan, tidak tunduk dan merendahkan diri kepada yang lain daripada  Allah di dalam  urusan peraturan hidup dan 

perundangan kemudian mereka bertindak  untuk menyusun hidup mereka dengan dasar dan asas pengabdian diri dan ketundukan yang sejati, dengan cara membersihkan hati dan nadi mereka dari sebarang keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan yang lain daripada Allah SWT, baik bersama-sama  dengan Allah sebagai rakan sekutunya mahupun bersendirian sebagai lawan Allah; di samping membersihkan segala lambangnya daripada bertumpu kepada yang lain daripada Allah serta membersih dan membebaskan peraturan dan undangundang hidup mereka daripada sebarang sumber pengambilan yang lain daripada Allah. 

Di ketika itulah, ya, di ketika itulah sahaja, perkumpulan atau jamaah itu menjadi perkumpulan Islam  dan masyarakat yang mereka bentuk itu baru sah menjadi masyarakat Islam  (Muslim). 

Ada pun sebelum  satu kelompok manusia mengaku akan kebersihan dan keikhlasan pengabdian diri mereka kepada  Allah semata-mata, mengikut cara yang telah disebutkan tadi, maka ketika itu mereka masih  belum  lagi menjadi orang-orang Islam,  dan sebelum  mereka mengatur perkumpulan mereka di atas dasar itu maka perkumpulan mereka pun bukanlah suatu perkumpulan Islam.  

Ini ialah kerana kaedah dan dasar pertama yang menjadi landasan Islam  itu ialah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah dan kedua-dua seginya. 

Dengan demikian, maka sebelum  daripada difikirkan soal mewujudkan sistem  masyarakat Islam,  dan sebelum  daripada mewujudkan masyarakat Islam  di atas landasan sistem  itu perlu 

an sayugialah dititik beratkan dahulu kepada kebersihan setiap hati nurani Si Muslim  itu dan mengabdikan diri kepada yang lain daripada  Allah, 
dalam  sebarang bentuk dan rupa yang telah kita kemukakan tadi, dan hendaklah individu yang hati nuraninya itu bersih dan dan suci dan sebarang pengabdian diri kepada yang lain daripada Allah itu berkumpul dalam suatu Jamaah lslamiyah dan 

Jemaah yang hati nurani anggota-anggotanya suci bersih dan pengabdian diri kepada yang lain daripada Allah di segi iktikad, ibadat dan perundangan, dan merekalah akan dapat tumbuh masyarakat Islam,  dan akan disertai oleh setiap orang yang mahu hidup di dalam  masyarakat itu dengan  akidahnya sendiri ibadatnya sendiri dan syariatnya sendiri yang menjelma dalam  bentuk pengabdian diri dan ketundukan kepada Allah SWT semata-mata atau dengan perkataan lain menjelma dalamnya pengakuan:  bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah utusan Allah

Begitulah tumbuhnya Jemaah lslamiyah yang ulung dahulu dan telah dapat mempangunkan masyarakat Islam  yang pertama dan demikian  pulalah kaedahnya pertumbuhan setiap Jemaah lslamiyah di setiap ketika dan tempat dan demikian pulalah tumbuhnya setiap masyarakat muslim  bila mana dan di mana sahaja pun. 

Sesungguhnya masyarakat Islam  itu tumbuh daripada berpindahnya beberapa individu dan perkumpulan manusia dan mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah, baik bersamasama  dengan Allah atau pun tanpa Allah, kepada mengabdikan diri kepada Allah sematamata tanpa sebarang kongsi dan sekutu bagi-Nya; kemudian daripada pengakuan dan penegasan perkumpulan ini hendak menegakkan sistem  hidupnya sendiri di atas asas pengabdian itu ya, ketika itulah baru sempurna  lahirnya sesuatu yang baru untuk masyarakat yang baru, sebagal pecahan daripada masyarakat jahiliyah yang telah sedia ada, yang berhadapan dengannya dengan memakai akidah yang baru, sistem  hidup yang baru, berdasarkan akidah ini, yang menjelma di  dalamnya dasar Islam  yang pertama dengan dua rangkaiannya iaitu pangakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu ialah utusan Allah 

Ada kemungkinan masyarakat jahiliyah itu seluruhnya akan menyertai masyarakat Islam  dan boleh jadi juga tidak, seperti juga masyarakat jahiliyah itu boleh berkompromi dengannya seperti mana ia pun boleh memusuhinya,  walaupun telah menjadi kebiasaan bahawa masyarakat jahiliyah selalu memerangi masyarakat Islam.  

Kebiasaan itu berlaku di peringkat pertumbuhannya (iaitu terhadap individu  pada pendakwahnya dan juga terhadap perkumpulan dan organisasinya mahu pun terhadap masyarakat itu seluruhnya sesudah masyarakat itu tumbuh). 

Inilah yang telah berlaku di sepanjang dakwah Islamiyah sejak dan zaman Nab Nuh hinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW  tanpa kecualinya. 

Memanglah masyarakat Islam  itu tidak akan  tumbuh dan tak akan lancar pertumbuhannya kecuali apabila ianya mempunyai kekuatan yang boleh menghadapi dan melawan cabaran dari tekanan dari masyarakat jahiliyah baik kekuatan itu berupa kekuatan akidah dan keyakinan, kekuatan peribadi dan pertahanan jiwa, kekuatan daya mengatur dan membina masyarakat, dan segala jenis kekuatan yang mampu menghadapi tekanan masyarakat jahiliyyah atau mengalahkannya, atau pun sekurang-kurangnya dapat mengimbanginya. 

Tapi apakah dia ‘masyarakat jahiliyah” itu dan bagaimanakah pula jalan program  Islam menghadapinya? 

Bersambung …

Oleh Sayyid Qutb

Kategori:Uncategorized Tag:

Feqah : Benda suci bercampur dgn air

September 29, 2017 Tinggalkan komen

​BENDA Suci Bercampur  dengan  Air Bilamana   suatu   benda   suci   bercampur   dengan   air   namun  karena kadarnya  hanya  sedikit  sehingga  air  itupun  tidak  berubah  karenanya,  maka bersuci  dengan  air  tersebut  diperbolehkan.    

Sebab  pada  dasarnya  air  ini  masih tetap  utuh  sebagai  air  mutlak.    Jika  air  tersebut  tidak  berubah  karenanya  dengan alasan  ,  sebaba  air  itu  tidak  berubah,  baik  rasa,  warna,  maupun  baunya—seperti air  bunga  jatuh  ke  dalamnya—maka  hendaknya  diperhatikan:  

Andai  air  bunga itu  kadarnya  banya  sehingga  mendominasi  air  mutlak,  maka  bersuci  dengannya tidak   diperbolehkan,   dan   seandainya   tidak   mendominasi,   maka   bersuci dengannya  diperbolehkan.    

Bilamana  suatu  benda  suci  bercampur  dengan  air dan  karenanya  salah  satu  sifat  air  tersebut  berubah,  yakni  rasa,  atau  warna,  atau baunya,  hendaklah  diperhatikan:  Sekiranya  air  itu  tidak  mungkin  teratasi  untuk tidak  terkena  benda  suci  tersebut  seperti  ditumbuhi  oleh  lumut  (rumput  air)  dan sejenisnya,  yang  memang  benda  itu  hidup  dan  tumbuh  di  air,  maka  air  tersebut boleh  dipergunakan  untuk  bersuci.    Kasus  seperti  ini  dimaafkan  sebab  hal tersebut  tak  mungkin  diatasi.    

Sedang  jika  air    ini  memungkinkan  terpelihara dari  benda  suci  maka  perhatikanlah  :  Seandainya  merupakan  suatu  benda  yang tidak   menghilangkan   nama   air   seperti   tanah   dan   obat,   maka   air   itu diperbolehkan  untuk  bersuci  karena  benda  tersebut  tidak  menghilangkan  status air   sebagai  air  mutlak.    

Sedang  bila  benda  itu  selain  daripadanya,  seperti minyak  za’faran,  buah  kurma,  tepung,  dan  sebagainya  –  merupakan  benda  yang dapat  dihindarkan  agar  tidak  jatuh  ke  dalam  air  –  maka  berwudlu  dengan  air ini   tidak  dibenarkannya,  sebab  dengan  masuknya  benda  seperti  itu  dapat menghilangkan  status  air  sebagai  air  mutlak.

Bersambung ….

Oleh Ali Raghib

Kategori:Uncategorized

Personaliti : Abu Hurairah pd hidup Nabi saw

September 29, 2017 Tinggalkan komen

​SELEPAS  memeluk  Islam,  Abu  Hurairah membawa  dirinya  tinggal bersamasama  dengan  orangorang  miskin  di  Suffah,  yang  bersumber kan  catatan  Abu  alFida’  dalam  kitab  sejarahnya,  alMukhtasar  terdiri daripada  orangorang  faqir  yang  tidak  mempunyai  kediaman  dan perlindungan,  dan  tidur  di  serambi  masjid  Nabi  (s.‘a.w).  

Oleh  kerana mereka  menghabiskan  masa  di  serambi  masjid,  akhirnya  mereka dikenali  sebagai  Ahl  alSuffah  (penghuni  serambi  masjid).  

Apabila  Nabi (s.‘a.w)  makan  malam,  baginda  akan  mengajak  sekumpulan  daripada mereka  makan  bersamasamanya  dan  meminta  para  sahabat  yang  lain membenarkan  kumpulankumpulan  lain  pula  berkongsi  makanan dengan  mereka.  

Abu  Hurairah  merupakan  seorang  yang  dikenali umum  di  antara  mereka,  dan  tetap  berada  di  situ  sehingga  akhir hayat  Nabi  (s.‘a.w).

Berdasarkan  hadith  yang  dicatatkan  dalam  Sahih  alBukhari, Abu  Hurairah  sendiri  telah  menceritakan,  biasanya  dia  berada bersamasama  Nabi  (s.‘a.w)  bertujuan  untuk  mendapatkan    makanan. Terdapat  beberapa  kenyataan  oleh  Abu  Hurairah  dalam  kitabkitab hadith  menunjukkan  kemiskinan  yang  begitu  berat  memaksanya hidup  dengan  apa  sahaja  yang  diperolehinya  sebagai  salah  seorang Ahl  alSuffah,  dan dengan  cara  itu  dia  menerima  kebajikan  dan sedekah yang  diberikan oleh orang  ramai. 

Ja‘far  bin  Abi  Talib  merupakan  orang  yang  paling  murah  hati bersedekah  kepada  orangorang  miskin.  

Oleh  kerana  Abu  Hurairah mendapat  banyak  kelebihan  daripada  sifat  murah  hati  Ja‘far,  dia menganggap  Ja‘far  sebagai  orang  yang  terbaik  daripada  yang  lain selain  daripada  Nabi  (s.‘a.w).    

Hal  ini  diceritakan  bahawa  Ja‘far  bin Abi  Talib  suka  membantu  orangorang  miskin,  duduk  bersamasama dan berbualbual  dengan  mereka  hinggakan  Nabi  (s.‘a.w) menggelarkannya  ‘Abd  alMasakin  (hamba  orangorang  miskin).  

Abu Hurairah  tetap  berada  di  Suffah,  siang  dan  malam,  dan  tidak  pernah pergi  ke  tempattempat  lain  kerana  bimbang  akan kelaparan. 

Itulah sebabnya  dia  tidak  disebutkan  dalam  manamana peperangan,  atau  bahkan  juga  dalam  sebarang  peristiwa  perdamaian, kecuali  ada  disebutkan  bahawa  dia  melarikan  diri  daripada  sariyyah (ekspedisi)  Mu‘tah,  dan  dalam  peperangan tersebut,  pelindungnya  yang utama  iaitu  Ja‘far  bin  Abi  Talib  telah  mati  syahid  selepas  keduadua tangannya  cedera  parah. 
Bersambung ….

Oleh AlSayyid ‘Abd alHusain Syarafuddin alMusawi al‘Amili 

Kategori:Uncategorized Tag:

Tonton “Assalamulaikum – Duat Buskers” di YouTube

September 29, 2017 Tinggalkan komen

Berminat? Boleh whatsapp 019 7946512 (Ibn bacoks)

Kategori:Uncategorized

Pelihara amalan

September 29, 2017 Tinggalkan komen

​Daripada Umar al-Khaththab r.a., katanya:  Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Barangsiapa yang tertidur sehingga kelupaan membacakan hizibnya di waktu malam atau sebagian dari hizibnya itu, kemudian ia  membacanya antara waktu shalat fajar dengan zuhur, 

maka dicatatlah untuknya seolah-olah  ia membacanya itu di waktu malam harinya.” (Riwayat Muslim) 

Kategori:Uncategorized Tag:

Syahadah : Panduan Hidup

September 28, 2017 Tinggalkan komen

PENGABDIAN diri kepada Allah adalah merupakan akar tunjang dan rukun pertama dalam akidah Islamiyah yang dijelmakan di dalam pengakuan: Tiada Tuhan Melainkan Allah (LA ILAHA ILLALLAH).
• Manakala menerima pengajaran dan Rasulullah SAW mengenal cara menjalan dan melaksanakan pengabdian itu adalah merupakan bahagian yang kedua daripadanya,  yang dijelmakan di dalam pengakuan: Muhammad itu ialah Utusan Allah (MUHAMMADUR-RASULULLAH).

Hati Muslim yang beriman dan menyerahkan dirinya kepada Allah itu adalah hati yang menjelma di dalamnya kedua-dua dasar yang disebutkan di atas tadi.

Semua perkara selain daripada kedua-duanya baik yang berbentuk asas-asas keimanan dan rukun Islam, adalah merupakan pelengkap bagi kedua-dua tadi; kerana keimanan kepada malaikat-malaikat Allah, kitab-kitabNya, Rasul-rasul-Nya, hari kiamat, qada dan qadar, juga sembahyang, zakat, puasa dan haji, hukum halal dan haram,

kemudian hukum hudud dan ta’zir, serta peraturan-peraturan mengenai muamalah, perundangan dan arahan-arahan keislaman semuanya itu adalah tegak di atas dasar pengabdian diri kepada Allah.

Begitu juga sumber-sumber itu semuanya adalah ajaran~ajaran yang telah disampaikan kepada kita oleh Rasulullah SAW daripada Tuhannya.

Dan masyarakat Islam itu ialah masyarakat yang menghayati sepenuhnya kaedah-kaedah Islam dan hal-hal yang berkaitan dengannya di dalam kenyataan hidupnya; sebab masyarakat tanpa pelaksanaan dan penjelmaan kaedah-kaedah ini tidak boleh dipandang sebagai MASYARAKAT ISLAM.

Selanjutnya pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah (LA ILAAHA ILLALLAH) dan Muhammad itu ialah utusan Allah (MUHAMMADU RASULULLAH) adalah kaedah bagi suatu program yang lengkap yang menjadi tapak kepada kehidupan umat Islam seluruhnya.

Kehidupan secara Islam ini tidak akan dapat ditegakkan sebelum kaedah ini ditegakkan terlebih dahulu; seperti juga kehidupan secara Islam tidak akan menjadi kehidupan secara Islam dengan sebenarnya sekiranya ia ditegakkan di atas kaedah yang lain daripada kaedah ini atau pun ia ditegakkan secara tempelan di samping kaedah-kaedah yang lain atau pun di samping beberapa kaedah lain yang asing darinya.

Firman Allah yg  Maksudnya.:
Tidak ada kekuasaan memerintah itu melainkan kepunyaan Allah sahala, Ia perintah supaya kamu langan sembah dan mengabdikan diri melainkan Dia, kerana yang demikian itu ialah agama yang lurus (Yusof: 40)
Firman Allah yg Maksudnya:

Sesiapa yang taat dan patuhkan Rasul, maka sesungguhnya dia telah taat dan patuhkan Allah [An Nisaa: 80].

Bersambung ….
Oleh : As Syahid Sayyid Qutb

Kategori:Uncategorized Tag: