Arkib

Archive for Oktober 1, 2017

Aqidah : Syahadah panduan hidup (bhg 3)

Oktober 1, 2017 Tinggalkan komen

​SESUNGGUHNYA “masyarakat jahiliyah” itu ialah setiap masyarakat yang bukan masyarakat Islam!  

Dan kalau kita hendak membuat definisi  atau takrifnya yang tepat maka kita katakan: “bahawa masyarakat jahiliyah itu ialah masyarakat yang tidak tulen pengabdiannya kepada Allah SWT pengabdian yang menjelma di dalam  kepercayaan dan keyakinan di dalam  syiar dan lambang peribadatan, juga di dalam  peraturan dan undangundang.” 

Dengan definisi dan takrif yang terang dan tepat ini maka termasuklah di dalam  golongan “Masyarakat jahiliyah” itu semua bentuk masyarakat yang ada sekarang di permukaan bumi ini. 

Termasukdi dalamnya masyarakat KOMUNIS. 

Pertama: Kerana Ilhad dan engkarnya akan zat Allah S~IT dan kerana ia tidak percaya dan mengakui wujudnya zat Allah SWT sama  sekali, juga kerana ia berpandukan “benda’  dan “alam”. 

Pun kerana ia merujuk dan meletakkan wujudnya alam  ini kepada “benda” dan “alam  semesta”.

 Juga kerana ia merujukkan aktiviti kehidupan  manusia dan sejarahnya kepada ekonomi dan alat produksi semata-mata. 

Kedua: Kerana ia mendirikan suatu sistem  pengabdian  diri kepada parti, dengan menganggap bahawa pimpinan kolektif itu adalah suatu hakikat  sebenarnya yang menguasai parti komunis, dan bahawa pimpinan dan pengabdian itu bukanlah  sama  sekali kepunyaan ALLAH. 

Kemudian segala aspek dan segi yang berkaitan dengan konsep sistem  tadi, yang sebenarnya merupakan penghinaan kepada murtabat dan kehormatan “manusia” dengan menganggap bahawa “keperluan asasi” bagi manusia itu same sahaja dengan keperluan asasi bagi haiwan, iaitu makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal  dan perhubungan jenis (sex) sahaja! dengan tidak membenarkannya mendapatkan keperluan-keperluan rohani yang membezakannya dan haiwan. 

Keperluan rohani itu pertamanya ialah iktikad akan kebesaran Tuhan dan kebebasan memilih keparcayaan hidup, juga kebebasan bersuara yang merupakan aspek penting dan sifat “kemanusian’, yang tergambar di dalam  bentuk kebebasan hak milik individu, kebebasan dalam  lapangan seni, dan hal-hal mengena soal individu, dan seterusnya semata-mata menjadi “alat” kerana sebenarnya di dalam  konsep kepercayaan sistem  komunis adalah menurunkan tarat dan darjat manusia menjadi  lebih rendah dan haiwan, malah tidak lebih daripada menjadi alat sahaja! 

Termasuk juga dalam  kategori masyarakat jahiliyah ini ialah masyarakat penyembah berhala yang masih banyak kedapatan di India, Jepun, Filipina dan juga di Afrika kerana: 

Pertama: Konsep dan iktikadnya yang mempertuhankan  benda-benda yang lain daripada ALLAH SWT, baik sebagai sekutu Allah atau berdiri sendiri dalam  bentuk persembahan lambanglambang dan syiar-syiar persembahan kepada  dewa-dewa, tukang-tukang tilik dan mahagurumahaguru dan apa jua selain daripada Allah  yang dianggap mempunyai sifat ketuhanan juga termasuk di dalamnya sistem-sistem  peraturan dan undang-undang yang lain daripada peraturan dan undang-undang Allah, sama  ada  peraturan dan undang-undang itu diambil dan kuil-kuil, pendeta-pendeta, sami-sami, bomoh-bomoh, tukang-tukang tilik dan mahagurumahaguru, atau diambil daripada lembaga-lembaga dan badan-badan perundangan sekular yang mempunyai kuasa perundangan tanpa berpandu kepada syariat Allah dengan pengertian bahawa lembaga-lembaga dan badan-badan itu  mempunyai kuasa parundangan tertinggi atas nama rakyat atau atas nama parti atau apa jua nama pun yang demikian 

justeru kerana kekuasaan dan pemerintahan itu adalah kepunyaan dan hak milik mutlak Allah SWT yang tidak akan boleh didapati melainkan melalui panduan dan jalan yang telah digariskan oleh rasul-rasul-Nya. 

Bersambung ….

Oleh Sayyid Qutb

Kategori:Uncategorized

Feqah : Najis yg mengotori air

Oktober 1, 2017 Tinggalkan komen

APABILA benda najis jatuh ke dalam air lalu rasa, warna atau bau air itu berubah, maka air tersebut menjadi najis, baik air ini banyak maupun sedikit, baik air itu mengalir maupun menggenang. 

 Para ulama telah sepakat bahwa jika rasa, atau warna atau bau air berubah oleh karena ada benda najis yang jatuh ke dalamnya, maka air ini menjadi najis. 

Sedang bila ketiga sifat air itu tidak berubah maka hendaklah diperhatikan : 

Andai ternyata air itu kurang dari dua kulah maka iar tersebut menjadi najis. 

Akan tetapi andai terbukti air ini sebanyak dua kulah atau lebih maka air tersebut tetap bersih ( suci ). 

Sabda Rasulullah saw:

“Bilamana terbukti air mencapai dua kulah, maka air tersebut tidak membawa najis”. 

Air dua kulah ukurannya sebanyak dua tempayan air, sama dengan dua belas jirgen air. Inipun dengan catatan, bila ternyata air tersebut tidak tampak terlhat oleh mata telanjang, seperti najis yang melekat pada serangga yang hinggap pada najis, lalu serangga itu jatuh ke air. 

 Dengan demikian, maka air itu tidak menjadi najis karenanya sebab hal ini dimaafkan. Kes ini sama halnya seperti baju yang terkena najis yang tidak tampak, maka najis inipun dimaafkan.

Bersambung ….

Oleh Ali Raghib

Kategori:Uncategorized

Personaliti : Abu  Hurairah   disebat  

Oktober 1, 2017 Tinggalkan komen

SEKALI lagi,  nama  Abu  Hurairah  tidak  disebutkan  dalam  peristiwa  semasa  pemerintahan  khalifahkhalifah  pertama  dan  kedua, kecuali  pada  tahun  21H  ketika  khalifah  kedua,  ‘Umar  ibn  alKhattab melantiknya  sebagai  gabenor  Bahrain  tetapi  pada  tahun  23H,  ‘Umar telah  memecatnya  dan  melantik  ‘Uthman  bin  Abi  al‘As  Thaqafi  pula untuk  menggantikannya.

Khalifah  bukan  setakat  memecat  Abu Hurairah,  bahkan  juga  memerintahkannya  mengembalikan  sejumlah 10  000  dirham  ke  Bait  alMal  yang  telah  disalahgunakan  olehnya.

Katakata  ‘Umar  kepada  Abu  Hurairah  dalam  perkara  ini  memang wajar  dinyatakan di sini. Ibn  ‘Abd  alRabbih  telah  mencatatkan  peristiwa  itu  dalam kitabnya,  ‘Iqd  alFarid,  bahawa  ‘Umar  ibn  alKhattab  telah  menghantar utusan  kepada  Abu  Hurairah  dengan  katakatanya:

“  Aku  mendapat tahu  semasa  aku  melantikmu  sebagai  gabenor  Bahrain,  kamu  tidak mempunyai  sepasang  kasut  pun,  tetapi  telah  sampai  kepada pengetahuanku  bahawa  kamu  telah  membeli  kuda  dengan  harga  1  600 dinar.”

Abu  Hurairah  memjawab:  “  Aku  memperolehi  kuda  yang cepat  membiak,  yang  aku  terima  sebahagiannya  sebagai  hadiah.”

Kemudian  ‘Umar  berkata:  “  Aku  akan  berikan  apa  yang  cukup  bagimu. Ini  sudah  melampaui  batas. Berikan  balik.”

Dia  menjawab:  “  Ini  bukan hakmu.”  Lalu  ‘Umar  berkata:  “ Demi  Allah,  aku  akan  menyebat belakangmu.”

Sambil  mengatakannya,  ‘Umar  berjalan  menuju  ke  arah Abu  Hurairah  dengan  tali  sebatnya  dan  menyebatnya  sehingga berdarah.

Kemudian  ‘Umar  berkata:  “ Kembalikan.”  Abu  Hurairah menjawab:  “  Aku  akan  membuat  tuntutan  di  hadapan  Allah.”

‘Umar berkata:  “  Perkara  tersebut  hanya  akan  berlaku  sekiranya  engkau mengambilnya  dengan  cara  yang  halal  dan  membayarnya  dengan  baik. Aku   akan mengembalikanmu  kepada  ibumu  (Umaimah) seumpama  pemelihara  kaldai.”
Bersambung …

Oleh AlSayyid ‘Abd alHusain Syarafuddin alMusawi al‘Amili

Kategori:Uncategorized Tag:

Duat Buskers di Sg. Besar

Oktober 1, 2017 Tinggalkan komen


Berminat? Boleh whatsapp 019 7946512 (ibn bacoks)

Kategori:Uncategorized