Arkib

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Gazebo

Disember 24, 2016 Tinggalkan komen


PUCUK dicita ulam mendatang, lain yg dinanti, lain pula yg datang. Inilah namanya rezeki. Gazebo atau pondok yg diidamkan penduduk yg x kunjung tiba, namun ada juga pihak yg bermurah hati mendirikannya.
Saya cukup terharu apabila diberitahu bahawa pondok serba guna ini dibuat oleh En. Ambok Tuo yg tinggal di lorong 6 Taman Benut Utama.
Atas ehsannyalah, ia digunakan tempat berteduh buat team ronda menghilangkan lelah disamping lokasi santai utk kaum Ibu sepanjang petang.
#muafakatdanberkebajikan

Kategori:Uncategorized

Yasinan Beroda

Disember 24, 2016 Tinggalkan komen

IDEA pembikinan ‘tempat Yasinan beroda’ ini diambil drpd bahan terpakai bg elakkan pembaziran diilhamkan oleh En. Halim dan En. Fadlyirwan.

Ia Dibentuk lagi dgn rekaan design stiker oleh En. Shahril menjadikan ia lebih nampak menarik.
Ada aje idea yg x melibatkan kos yg tinggi boleh dimanfaatkan. Org tua kata, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul byk memberi kebaikan kpd ramai pihak. 
Penggunaannya amat mesra pengguna hanya menggerakkannya shj tanpa perlu diangkat2 seperti sebelumnya. Pertama kali digunakan pada program Yassinan mingguan di Pasti al Hilmi Taman Benut Utama.
#muafakatdanberkebajikan

Kategori:Uncategorized

Nilai PAHALA sama ketika keuzuran

September 26, 2016 Tinggalkan komen

DARIPADA Abu Abdillah yaitu Jabir bin Abdullah al-Anshari radhiallahu’anhuma, berkata:

Kita berada beserta Nabi s.a.w. dalam suatu peperangan – yaitu perang Tabuk – kemudian beliau s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya di Madinah itu ada beberapa orang lelaki yang engkau semua tidak menempuh suatu perjalanan dan tidak pula menyeberangi suatu lembah, melainkan orang-orang tadi ada besertamu – yakni sama-sama memperoleh pahala – mereka itu terhalang oleh sakit – maksudnya andaikata tidak sakit pasti ikut berperang.

” Dalam suatu riwayat dijelaskan: “Melainkan mereka – yang tertinggal itu – berserikat denganmu dalam hal pahalanya.” (Riwayat Muslim)

Hadis sebagaimana di atas, juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Kita kembali dari perang Tabuk beserta Nabi s.a.w., lalu beliau bersabda:

“Sesungguhnya ada beberapa kaum yang kita tinggalkan di Madinah, tiada menempuh kita sekalian akan sesuatu lereng ataupun lembah, melainkan mereka itu bersama-sama dengan kita jua -jadi memperoleh pahala seperti yang berangkat untuk berperang itu – mereka itu terhalang oleh sesuatu keuzuran.”

Kategori:Uncategorized

Tiada HIJRAH kecuali Mujahadah

September 24, 2016 Tinggalkan komen

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, berkata: Nabi s.a.w. bersabda:

“Tidak ada hijrah setelah pembebasan – Makkah – , tetapi yang ada ialah jihad dan niat.

Maka dari itu, apabila engkau semua diminta untuk keluar – oleh imam untuk berjihad, – maka keluarlah – yakni berangkatlah.” (Muttafaq ‘alaih)

Maknanya: Tiada hijrah lagi dari Makkah, sebab saat itu Makkah telah  menjadi perumahan atau Negara Islam.

Kategori:Uncategorized

Akan dibangkit sesuai dengan niat

September 22, 2016 Tinggalkan komen

DARIPADA Ummul mu’minin yaitu ibunya – sebenarnya adalah bibinya – Abdullah yakni Aisyah radhiallahu ‘anha, berkata:

Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada sepasukan tentera yang hendak memerangi – menghancurkan – Ka’bah, kemudian setelah mereka berada di suatu padang dari tanah lapang lalu dibenamkan-dalam 9 tanah tadi -dengan yang pertama sampai yang terakhir dari mereka semuanya.”

Aisyah bertanya: “Saya berkata, wahai Rasulullah, bagaimanakah semuanya dibenamkan dari yang pertama sampai yang terakhir, sedang di antara mereka itu ada yang ahli pasaran – maksudnya para pedagang – serta ada pula orang yang tidak termasuk golongan mereka tadi – yakni tidak berniat ikut menggempur Ka’bah?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Ya, semuanya dibenamkan dari yang pertama sampai yang terakhir, kemudian nantinya mereka itu akan diba’ats – dibangkitkan dari masingmasing kuburnya – sesuai  niat-niatnya sendiri – untuk diterapi dosa atau tidaknya.

(Muttafaq ‘alaih)

Sumber : Riadus Solihin

Kategori:Uncategorized

Ibn bacoks berwajah baru

September 21, 2016 Tinggalkan komen

KEPADA peminat blog ibn bacoks. Kini kami kembali lagi dengan berwajah baru. Berkonsepkan Dakwah bil Makruf, Nahyu anil Mungkar diharap ruang ini mewujudkan satu fenomena baru hendaknya.

Insya Allah, penulisan ini akan didominasikan berkaitan dengan dakwah Islamiah, khasnya di bumi Johor Darul Takzim. Maaf atas segala ketelanjuran kata-kata dan bicara sebelum ini. Sokongan anda amat kami hargai.

Kategori:Uncategorized

Kelebihan 10 hari awal Zulhijjah

September 13, 2015 Tinggalkan komen

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN

TIDAK berapa hari lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Zulhijjah, insya-Allah. Bulan yang juga dikenali sebagai bulan haji dan sinonim dengan ibadat korban.

Bagi jemaah haji, apabila tiba bulan ini semakin hampir mereka dengan kemuncak ibadat itu iaitu wukuf di Arafah.

Bagi kita yang tidak berkesempatan menjadi tetamu Allah kali ini, mari kita rebut peluang 10 hari pertama Zulhijjah dengan melakukan pelbagai ibadat sunat.

Ada beberapa dalil al-Quran dan hadis yang menyebut tentang kelebihannya.

Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud: (Demi fajar dan malam yang sepuluh). (al-Fajr: 1-2)

Menurut Ibnu Kathir: Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama bulan Zulhijjah.

Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya.

(Hadis riwayat Bukhari)Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid”. (Riwayat Ahmad)

Sementara itu, menurut al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijjah ialah terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu solat, puasa, sedekah dan haji.

Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.

Oleh itu, marilah kita melipat-gandakan amalan pada bulan ini terutamanya solat.

Disunatkan kita keluar awal ke tempat solat fardu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ia sebaik-baik amalan.

Thauban r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.(Riwayat Muslim).

Ini umum untuk semua waktu.• Puasa. Daripada Hunaidah bin Khalid, daripada isterinya, daripada sebilangan isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharam) dan tiga hari pada setiap bulan”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)• Takbir, tahlil dan tahmid.

Ini berdasarkan hadis Ibnu Umar di atas yang mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil(mengucapkan La-ilaha-illallah), bertakbir(mengucapkan Allahu Akbar) dan bertahmid(mengucapkan Alhamdulillah)”.

Kata Imam Bukhari: “Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.a menuju ke pasar pada hari-hari 10 dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut sama bertakbir”.

• Puasa pada hari Arafah.

Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini sabit dari Rasulullah SAW. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. (Riwayat Muslim) Bagaimanapun, amalan ini hanya disunatkan untuk orang yang tidak menunaikan haji.

• Kelebihan Hari Raya Aidiladha (Yaum an-Nahr) pada 10 Zulhijjah.Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini.

Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelosok dunia.

Sesetengah ulama berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdal di dalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.

Kategori:Uncategorized