Deejay Dakwah & DUAT Buskers

PENUBUHAN grup Duat Buskers dan Deejay Dakwah sbg satu usaha melebarkan dakwah supaya tidak tertumpu hanya di masjid dan surau sahaja.

Antara lokasi pilihan ialah Pasar Lambak, Karnival, Kenduri Kahwin, kendùri kesyukuran dan lokasi yg sesuai di tapak awam.

Pakej yg ditawarkan ialah Deejay Dakwah, live band (Duat Buskers), P/a sistem dan karoake lagu ketuhanan.

Berminat? sila hubungi : 019 7946512 (Nazarudin ibn bacoks).

collage-2016-09-23-16_50_51

 

CIRI-Ciri Deejay Dakwah & Duat Buskers

1) Hiburan Mendidik Jiwa

Menyediakan hiburan yg menepati cita rasa pelanggan yg inginkan majlis yg ceria, menghiburkan, ada ruhiyyah, ada tazkirah dan keberkatan majlis jadi keutamaan.

2) Majlis Ceria & Berkat

Deejay Dakwah dan Duat Buskers berperanan besar mencorakkan sesuatu majlis. Ia dijadikan kenangan terindah krn keceriaan dan keberkatan bukan melalaikan dan mengundang dosa

3) Sistem audio yg berkualiti

Peralatan pa sistem dianggarkan ribuan ringgit. Ini mengambil kira keselesaan pelanggan yg kebanyakannya mahukan tahap bunyi yg selesa, x terlalu kuat tp.terkawal hendaknya.

4) Kearah melahirkan Grup yg Soleh

Ahli grup ini mengharap lantunan tazkirah dan lagu dakwah menyedarkan diri ke arah kebaikan sbg wasilah dakwah santai utk majlis anda.
Ia turut dilengkapi aturcara yg membolehkan majlis anda berjalan dgn lancar, teratur, ceria insya Allah.

5) Live band yg berpengalaman

Duat Buskers dilahirkan bg memenuhi tanggung jawab dakwah sbg alternatif kpd hiburan sedia ada.

Berbekalkan pengalaman banyak tahun dlm bidang muzik, insya Allah ia setanding dgn grup2 band yg berselerakan tp punya ruh, tarbiyyah dan cita2 utk mendekatkan pendengar kpd Pencipta

SYARAT dan Terma

. Tidak mengendalikan acara PERSANDINGAN
. Tidak memberi laluan kepada WANITA menyanyi
. Memberhentikan aktiviti setiap kali waktu SOLAT
. TAZKIRAH menjadi keutamaan
. Tidak melanggar SYARIAT

1) PADA penghujung tahun 2015, saya bersama beberapa  sahabat meninjau keadaan dan suasana di BAZAR KARAT Johor Bahru bagi mencari ruang DAKWAH di sana. Bagaimanapun, pandangan kami tertumpu kepada beberapa grup BUSKIN yang berjaya menarik audien menikmati persembahan mereka.

Dari situlah timbulnya idea penubuhan DUAT BUSKERS akronim daripada The Voice Of Duat untuk dijadikan platform dan alternatif kepada hiburan yang sedia ada.

20151003_005125
 

image

image

image

2) PERSEMBAHAN sulung Duat Buskers sudah tentu kami buat di tempat sendiri iaitu diakhir tahun 2015. Kami memilih BENUT untuk destinasi perkenalan kepada masyarakat. Di Kampung Pekan Tampok, Benut, Pontian, Johor kami dipelawa untuk mengadakan persembahan hiburan di hadapan khalayak yang terdiri daripada lapisan umur. Terima kasih Tuan Rumah yang telah memberi kepercayaan kpd grup ini. Sudah tentunya ia baru nak bertatih.

20151122_222938

3) FUNCTION seterusnya di adakan di BIO Cafe Pulai Sebatang, di hadapan peserta Bengkel Pemantapan DUAT peringkat negeri Johor pada bulan Mac 2016. Di situ, kami diperkenalkan kepada seluruh wakil-wakil di setiap daerah pelusuk negeri Johor.

20160213_110046

image

4) LANGKAH kami semakin panjang apabila diambang-ambang Sambutan Maulidur Rasul kami dipelawa untuk mengadakan persembahan di Taman Pontian Utama sempena majlis kebesaran ISlam itu. Walaupun nampak canggung dan luar daripada biasa, kami buat biasa-biasa aje. Seingat kami, ia berlaku sekitar penghujung bulan Mei 2016.

20160305_091044

image

image

5) SETERUSnya kami keluar daripada kepompong kedaerahan. Di tapak Karnival Matang dan Sejahtera DUN Puteri Wangsa dijemput sekali lagi mengadakan persembahan di dua lokasi yang berbeza. Peringkat pertama berhadapan dengan anak Muda dalam program Jom Ganti Minyak Hitam. Manakala lokasi kedua di padang Taman di khalayak yang pelbagai. Alhamdulillah, kami berjaya. Tarikh itu sekitar bulan Julai 2016.

20160813_145242

image

image

image

6) INILAH medan sebenar grup Buskers ini ditubuhkan. Iaitu dengan mengadakan persembahan di khalayak pelbagai bangsa pada bulan Ogos 2016 . Tapak PASAR MALAM Bandar Putra, Kulaijaya menjadi saksi kami berAKSI.

Kali ini, kami menjemput Azhan Atan untuk memperdengarkan suara emasnya. Aktiviti solat berjemaah juga dibuat dengan bantuan sahabat daripada Kulai menjadikan suasana Dakwah itu dapat direalisasikan.

20160902_205741

 

7) TANGGAL 31 Ogos 2016 sekali lagi kami beraksi sempena dengan Hari Kemerdekaan negara di Pusat Tarbiyyah Pontian. Dengan menampilkan lagu-lagu patriotik telah mewarnai majlis tersebut.