Arkib

Archive for November 2012

‘Bodoh boikot produk Israel’, kenyataan hilang akal

November 30, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Kenyataan yang dikeluarkan oleh Idris Sulaiman, ahli Majlis Syura Ulama Muda UMNO (ILMU) dikatakan mirip dan meniru ucapan yang pernah dikeluarkan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA, demikian kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang.

“Tiru ucapan Soi Lek, dah hilang akal puak-puak ni,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Engku berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Idris yang banyak tersebar di laman sosial Facebook berhubung tentang jihad memboikot produk Israel sebagai ‘kebodohan’.

Mengulas lanjut, Dr Ungku berkata, insiden seumpama ini pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad Saw ketika berhadapan dengan musuh utama iaitu Abu Lahab kerana menganggap apa yang dilakukan mereka adalah benar mengikut hawa nafsu masing-masing.

“Teringat kisah Abu Lahab ketika dia rasa ragu apabila sokongan terhadap Nabi meningkat, lalu para rahib mengatakan bahawa beliau yang betul bukan Muhammad, lalu Abu Lahab makin mengganas menentang Nabi .

“Begitu lah juga puak-puak ni akan menyebabkan umno merasakan apa yg di lakukan selama ini betul belaka,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Janji bina zon Kediaman tapi ditukarnya Industri

November 28, 2012 Tinggalkan komen

PASIR GUDANG – Hasrat penduduk untuk menikmati kehidupan yang kondusif seakan tidak kesampaian apabila difahamkan mereka akan berkongsi dengan pembinaan industri di taman perumahan mereka.

Ketua Biro Guaman PKR Johor, Jimmy Puah mendakwa para penduduk di sekitar Taman Pasir Puteh dekat sini seolah ditipu oleh pihak tertentu berhubung pembinaan kilang yang begitu hampir dengan kediaman penduduk tanpa pengetahuan mereka.

Menurutnya, kira-kira 370 pemilik rumah terlibat sedangkan rumah yang dibeli sekitar tahun 2004 telah dijanjikan dengan pelbagai kemudahan dan prasarana lain bagaimanapun pihak terbabit dikatakan gagal mengotakan janjinya.

“Anggaran 370 lebih rumah terlibat akibat tindakan ini. Semasa beli rumah pada tahun 2004, adalah dijanjikan dalam perjanjian tempat lapang akan dibina rumah, sekolah dan masjid. Sekarang yang akan dibina kilang-kilang,” katanya yang dipetik menerusi Facebook rasminya beberapa hari lepas.

Terdahulu, satu pertemuan dengan penduduk yang dijadualkan sebelumnya telah diadakan bagi mengumpulkan maklumat dan memberi khidmat nasihat agar kemelut yang dihadapi selama ini bakal dirungkai.

“Dijemput oleh penduduk-penduduk Taman Pasir Puteh, untuk memberi sikit nasihat dan pandangan berkenaan dengan isu MPPG dan pihak pemaju secara diam-diam menukar zoning kediaman dan sekolah kepada industri tanpa pengetahuan penduduk-penduduk,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized

Bandar Diraja : Momentum sokongan PR bertambah?

November 28, 2012 Tinggalkan komen

Bandar Diraja : Momentum sokongan PR bertambah?

MUAR – Pemilihan bandar Maharani sebagai Bandar DiRaja Johor oleh Sultannya merupakan suatu yang unik, seni yang tersirat, kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang.

Dalam pada itu, sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) diharap boleh bertambah ekoran pemikiran rakyat di situ dikatakan ‘bijak’ membuat pilihan memandangkan dalam pilihan raya yang lalu, PAS dinobatkan sebagai penyandang bagi kerusi Maharani.

”Syabas dan Tahniah ! Bandar Maharani rasmi di istihar Bandar Di Raja . Pemilihan yang sangat tepat , sesuatu yang unik dan seni yang tersirat pasti di miliki olih Baginda Sultan Johor yang menyebabkan Baginda memilih Bandar Maharani yang terletak di Daerah Muar .

”Tahniah kepada rakyat di sekitar yang bijak memilih PAS dan DAP mewakili mereka . Semoga pemikiran rakyat yang bijak menyokong PR di Daerah Muar dan Bakri akan bertambah semarak BANDAR DI RAJA MAHARANI . DAULAT TUANKU ! . TAHNIAH ,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ibn bacoks sebelum ini pernah melaporkan, pada Pilihan raya Umum 2008 lalu, PAS Johor telah mencatatkan satu lagi kejutan apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Maharani berada didalam genggaman parti Islam itu.

Kemenangan Dr Mohammad Taslim jelas telah menguburkan keangkuhan UMNO BN setelah habis-habisan mempertahankan kononnya kubu kuat mereka.

Namun takdir Allah SWT menentukan bahawa Parlimen Muar telah terlepas ditangan pembangkang, sekaligus menepis dakwaan songsang bahawa pembangkang tidak mungkin boleh bersuara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Darul Takzim ini.

Muar atau sinonim dengan Maharani, sebuah pekan tua. Walaupun setengah orang menggelar bandar Muar sebagai bandar “pencen’ (bandar untuk menikmati persaraan), ia sebenarnya sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan.

Hal ini diakui sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sewaktu mengisytiharkan Bandar Maharani di sini sebagai Bandar Diraja Johor.

Sultan Johor membuat pengisytiharan tersebut pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Bagi rakyat jelata pula, pengisytiharan itu merupakan penghormatan buat mereka dan disifatkan sebagai mercu tanda bandar Muar.

Justeru, disebalik kebanggaan rakyat Muar menerima gelaran baru itu, sudah pastinya UMNO BN berasa tersentak kerana PAS sebagai saingan terdekat mereka terlebih dahulu mencipta mercu tanda yang selama ini tidak termimpi bahawa Maharani boleh terlepas dari tangan.

Kategori:Uncategorized Tag:

Cubaan berpolitik dalam surau dikesan

November 27, 2012 Tinggalkan komen

JOHOR BAHRU – Satu kumpulan yang digelar Geng Usrah Pemuda JB mendakwa terdapat sebuah surau di daerah ini telah dijadikan bilik gerakan UMNO-BN dipercayai digunakan bagi persediaan parti itu menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.

Jurucakapnya, Abd Hafizd Abd Karim berkata, pihaknya terkejut dengan penemuan ini dan ia dianggap satu penyalahgunaan kuasa terhadap rumah ibadah seperti itu.

Tambahan pula, surau yang dianggap ‘hidup segan mati tak mahu’ itu merupakan tempat kumpulannya mengadakan sesi perbincangan agama.

“Apakah yang anda semua nampak? Bilik Gerakan UMNO BN! Di mana? Di tanah Surau tu! Jalan Harimau Kumbang. Berhadapan dengan KSL City. Dekat dengan Holiday Plaza,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, pihaknya membantah tindakan pihak yang tidak bertanggung jawab itu dan mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan kerana ia mencemarkan kesucian agama.

“Minta Jabatan Agama Islam siasat segera!. Ini penyalahgunaan surau. Jika surau diimarahkan tak kisah. Tapi kini surau mati dan sunyi. Bilik gerakan di sebalik surau boleh dihidupkan.

“Kami geng Usrah Pemuda JB membantah kezaliman ini,” jelasnya lagi.

Kategori:Uncategorized

Lintas Langsung : EKSPO MAIK di Istana Negeri Kubang Kerian

November 26, 2012 Tinggalkan komen

image

KOTA BHARU – Ibn Bacoks kini berada di pekarangan Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu bagi mengunjungi Ekspo Maik hari ini. Pelbagai acara dan program menarik yang akan dibawakan nantin insya Allah.

image

Dari muka pintu depan pameran

image

Berada di ruang legar dewan di mana tapak pameran diadakan

image

Hanya di ruang ini sahaja dibenarkan mengambil gambar. Di dalamnya dilarang.

image

Berada di gerai pameran Perbadanan Muzium negeri Kelantan

image

Di bahagian pameran Jabatan Hal ehwal Agam Islam Kelantan, Bahagian Pendidikan

image

Berada di bahagian Persatuan Seni Khat Kebangsaan cawangan Kelantan

Kategori:Uncategorized Tag:

Peristiwa JOHOR sana-sini (Today)

November 26, 2012 Tinggalkan komen

SRI GADING – Pemilik Facebook Ahmad Tejari Othman melaporkan satu bantahan ‘Tutup Tapak Pembuangan Sampah’ oleh penduduk Kampung Mohd. Noor, di DUN Parit Yaani, petang semalam.

KULAIJAYA – Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor melaporkan dalam Facebooknya program Hitea bersama penduduk India sempena Deepavali di Bandarputra, Kulaijaya.

Rakan2 Pakatan Rakyat dan penduduk India setempat hadir dan menjamu selera.

PAS Kulaijaya menyampaikan sumbangan kpd 20 penduduk India yang susah.

PONTIAN – Pemilik Facebook Kucing Reformasi melaporkan pembinaan benteng untuk menghalang kenaikan air telah mengakibatkan banjir semalam. Hal ini amat mendukacitakan, umpama melepaskan batuk ditangga.

KULAIJAYA – Mazlan Aliman bersama kanak-kanak yang bakal dikhatankan pagi ini di Klinik Ar Raudah, Kulaijaya anjuran Dewan Pemuda PAS.

Katanya, Alhamdulillah, ada kanak-kanak hanya berusia 6 tahun; namun sedia bersunat.

“Syabas kepada kanak2 ini!” katanya lagi.

SEMBRONG – Syed Othman Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor bersama Khairul Faizi Ahmad Kamil, Yang Dipertua PAS Kluang menyantuni mangsa-mangsa dikalangan penduduk Kahang Barat yang mana rumahnya telah dirobohkan.

Kategori:Uncategorized

Petanda kerajaan Abd Ghani akan tumbang?

November 25, 2012 Tinggalkan komen

LEDANG – “Alhamdulillah, petanda awal PAS akan menang di Dun Serom,” kata pemilik Facebook Rosli Daud berhubung insiden sabotaj papan tanda dan banner milik PAS di kawasan Ledang.

Untuk rekod, salah satu Dewan Undangan Negeri (DUN) di Ledang adalah DUN Serom milik YAB Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor selain Gambir dan Tangkak.

Terdahulu, dalam Jelajah Merdeka Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu, provokasi seperti ini turut berlaku ketika bas yang dinaiki rombongannya di letakkan di bahu jalan bagi memberi laluan untuk menunaikan solat Jumaat.

Adakah ini petanda kerajaan Ghani akan tumbang? hanya gambar yang boleh berbicara mengenainya.

Gambar : Tekno Ledang

Kategori:Uncategorized

PAR Syaki ada tangan ghaib ambil kesempatan

November 24, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang mengesyaki ada unsur-unsur penipuan terhadap mangsa Fatimah Hashim, 75, yang mendakwa telah diperdayakan oleh orang tengah sehingga terlepas rumah serta tanah pusaka miliknya dengan dijanjikan imbuhan yang tidak setimpal.

Menurut Penyelianya, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Fatimah yang kini menumpang di rumah jiran, pada mulanya dijanjikan penempatan selama-lamanya bagaimanapun, kesal kerana ada tangan ghaib yang mengambil kesempatan di atas kesempitan insan lemah sehingga mangsa menurut segala arahan orang tengah tersebut.

“Surat perjanjian jual beli tanah tersebut tidak terdapat sebarang pengesahan dari pihak berkuasa dan tiada duty stamp. Maklumat awal mendapati tanah tersebut telah dipindah milik di Pejabat Tanah Daerah Pontian.

“Kejadian berlaku pada 18 Januari 2012. Tertangguh begitu lama kerana tiada tempat mengadu serta tiada yang sanggup bertindak sehingga sampai ke pengetahuan kami pada minggu lalu. Kami akan rujuk kepada peguam PAS untuk tindakan lanjut. Disamping menunggu siasatan pihak Polis,” katanya lagi.

Kata Dr Ungku lagi, rumah yang terletak di pinggir jalan besar Ayer Baloi dengan keluasan tanah 0e.1r.357p merupakan lokasi strategik hanya di nilai RM20,000, malangnya orang tengah tersebut hanya masukkan RM10,000 ke akaun ASB yang dimiliki mangsa

“Baki RM 10,000 di simpan olih orang tengah dengan alasan perbelanjaan sara hidup pemilik . Yang aneh nya hanya selang sebulan mereka bawa pemilik untuk keluarkan RM2,000 , kata nya untuk tujuan sara hidup , di lakukan berkali – kali sehingga pada 28/10/2011 catatan berbaki RM101.65.

“Rekod ASB pemilik menunjukkan simpanan lama yg masih berbaki RM4,101.13 sebelum menerima RM10,000 itu turut di keluarkan dan pemilik tidak tahu wang sebanyak itu di keluarkan untuk tujuan apa .

“Apabila pemilik sedar dia di perdaya dan mengadu kepada pembeli , pembeli mencabar nya supaya ke mahkamah. Dengar Mahkamah, senyap lah mak cik ini,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, satu laporan Polis dibuat di Balai Polis Ayer Baloi untuk siasatan selanjutnya.

Kategori:Uncategorized

Bantah judi internet

November 23, 2012 Tinggalkan komen

SEGAMAT – Bantahan kegiatan judi internet yang semakin berleluasa di daerah ini oleh Gabungan Pakatan Rakyat Parlimen Sekijang dan DAP DUN Jementah telah dilakukan baru baru ini.

Bantahan yang diketuai oleh Ketua Wanita Keadilan Johor telah menyerah memorandum kepada Timbalan Ketua Pegawai Daerah Segamat dan Wakil Yang DiPertua Majlis Daerah Segamat.

”Memorandum mengenai bantahan wujudnya kegiatan judi internet perlu dihantar kepada pihak yang berkenaan memandangkan kegiatan yang tidak sihat serta haram ini telah berleluasa sehingga wujudnya banyak premis perniagaan telah bertukar kepada premis yang menjalankan judi internet.

”Kos operasi murah, keuntungan lumayan!’ – antara kata-kata yang kedengaran di kalangan mereka yg menjalankan judi ini.

”Berita dan gambar selanjutnya boleh dibaca dari akhbar Oriental Daily dan lain-lain akhbar Bahasa Mandrin.

”Media arus perdana (msm) Bahasa Melayu tak sudi nak memapar suatu realiti hidup yang melanda segolongan masyarakat dalam daerah Segamat ni.

”Takut menjejas sensitiviti sesetengah individu, kot?.” lapor facebook Keadilan Sekijang dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Ibn Bacoks baru-baru ini.

Kategori:Uncategorized Tag:

Isu ‘DOA’ bukan kepada ahli UMNO

November 22, 2012 1 komen

image

MERSING – Isu ‘doa’ yang dimainkan media arus perdana hanya ditujukan kepada parti UMNO bukan buat ahlinya. Demikian tegas Ustaz Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Bagaimanapun Azam mempersoalkan tindakan sesetengah pemimpin UMNO yang bimbang dengan ‘doa’ berkenaan sedangkan selama ini mereka dikatakan melemparkan pelbagai tuduhan buruk kepada PAS.

”Kawan-kawan UMNO marah apabila Ust Nik Razi Nik Mat mendoakan Kehancuran UMNO BN semasa Solat hajat sempena Himpunan Rakyat di Stadium Muhammad yg lalu, kebetulan saya turut bersama di sana mlm itu.

”Rupa-rupanya UMNO ni takut juga doa Ulama-ulama orang-orang PAS. Bagi saya, Kalau pemimpin UMNO tak buat zalim, tak rasuah, tak seleweng wang rakyat, tak buat mungkar, tak hina dan tolak Hukum Islam. Apa yang nak dibimbangkan dan ditakuti kepada doa Ulama-ulamak dan Ahli PAS.

”Selama ni apa yang pimimpin-pemimpin UMNO dan bloggers-bloggers UMNO tak tuduh, tak fitnah, tak sesatkan PAS?

”Kenapa dok takut sangat? ke UMNO dok takut amaran Rasulullah. Sabda Rasul yang bermaksud:” Takutlah kamu doa orang-orang yang dizalimi, sekalipun orang yang dizalimi itu orang-orang kafir, kerana tidak ada hijab antara mereka dengan Allah.

”Ingatlah dan fahamilah wahai sahabat-sahabat ku ahli-ahli UMNO. Kami hanya mendoakan KEHANCURAN UMNO BN sajer,,,,, BUKANNYA KEHANCURAN AHLI2 UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tag: