Arkib

Archive for Februari 2012

Didakwa Tolak Islam, Tapi Mahu Allah Bersama?

Februari 29, 2012 Tinggalkan komen

PASIR GUDANG – Di sepanjang jalan ke arah sebuah Taman perumahan di Plentong, Pasir Gudang dekat sini terdapat bunting yang berbunyi ‘Allah Bersama UMNO’ mengundang pelbagai reaksi dan tanda tanya.

Menurut sumber, bunting dalam gambar itu turut memaparkan logo Barisan Nasional tertera tulisan ‘BN Hak Milik Semua, Pemuda BN Pasir Gudang’ menjadi buah mulut orang bagaimana sebuah parti yang didakwa cukup liat bila diajak mendaulatkan hudud tapi memiliki harapan agar Pencipta Hudud itu bersama dengan mereka.

“Di sepanjang jalan ke arah Taman perumahan saya d plentong masai,Pasir Gudang…terdapat bunting Ini dipasang di setiap tiang …cuba baca Apa yg puak2 Ummo Ini tulis!.Apa komen anda tentang tulisan Kat banner ini?Adakah anda bersetuju?..tapi hairan d hati Ini sebuah parti yg menolak Islam tapi masih mahu Allah bersama mereka?,” ujar pemilik akaun rasmi facebook Abusiraj Almuner.

Malah, ada juga komen mempertikaikan kredibiliti UMNO dalam menyentuh perilaku yang kurang enak didengar namun realtinya ‘kebusukan’ itu tidak boleh disembunyikan lagi.

“ALLAH BERSAMA UMNO…SEOLAH2 MEMAKSA ALLAH UNTUK BERSAMA UMNO…. SEPATUTNYA UMNO BERSAMA ALLAH…. (MELAKSANAKAN HUDUD…MELAKSANAKAN HUKUM2 ALLAH…HAPUSKAN RIBA’ …. HAPUSKAN JUDI…. HAPUSKAN KELAB2 MALAM… SENANG CITER BUAT YANG BAIK… CEGAH YANG MUNKAR….) INI X… UMNO DAH TENTU JAHIL…DAH TENTU TERANG2 MELAWAN HUKUM2 ALLAH… TIBE2 NK ALLAH BERSAMA UMNO ….. X MALU KER?” komen pemilik facebook Abd Haffizd Abd Karim pula.

Dalam pada itu, persepsi masyarakat melihat UMNO begitu ‘tertarik’ dalam soal-soal agama hanya disifatkan ‘bermusim’ dan tidak lebih menuturkan kalimah Allah di mulut bukan dihati.

“Yg tepatnya umno bersama ALLAH bersempena serta bermusim saja…tak lebih dari itu.Islam ke msia ni kalau arak,judi,zina berleluasa…tak malu ke nak pakai kalimah suci ALLAH kalau kalimah tu hanya di mulut bukan dihati…perhatilah disekeliling kita apakah islam tu memerintah atau diperintah,” dakwa Roslan Lan.

Kategori:Uncategorized

Pantau Projek Sebagai Langkah Awal

Februari 29, 2012 Tinggalkan komen

image

JOHOR BAHRU – Masalah yang dihadapi kira-kira 100 pengadu yang juga merupakan pembeli rumah di Taman Desa Kempas di sini, beransur-ansur menunjukkan perubahan positif apabila Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Kempas akan membuat pemantauan di lokasi pembinaan setiap dua minggu sebagai tindakan diperingkat awal.

Menurut Penyelianya, Suhaizan Kaiat, usaha ini dibuat bersama Jawatankuasa Bertindak perumahan berkenaan adalah bagi memastikan pemaju berjaya menyiapkan projek yang dijanjikan.

Difahamkan, para pengadu mendesak pemaju menyiapkan kediaman mereka kerana mendakwa sehingga 12 tahun menunggu keadaannya tetap sama tanpa sebarang perubahan.

Penantian ini sudah pasti membosankan meskipun rumah yang hampir 90 peratus siap itu kini melalui proses kerja akhir, namun tempoh sebulan yang diberikan oleh pemaju bukan satu jaminan.

Dalam pada itu, para pengadu bercadang untuk membawa masalah mereka ke persidangan parlimen untuk bertemu dengan menteri yang bertanggungjawab jika pihak pemaju gagal menunaikan janjinya.

Kategori:Uncategorized Tag:

PAR Permas Terima 12 ADUAN

Februari 28, 2012 Tinggalkan komen

image

PASIR GUDANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas telah menerima 12 aduan daripada penduduk yang menjadi mangsa jenayah pecah rumah di Jalan Teratai 14, Taman Johor Jaya, di sini.

Menurut Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah, penduduk sepatutnya tidak serik membuat laporan polis walaupun melibatkan kes jenayah kecil.

Difahamkan, para penduduk di situ diancam ragut dan jenayah pecah rumah ekoran kawasan semak berhampiran rumah kosong sejak tiga tahun lalu dipercayai menjadi tempat persembunyian penjenayah yang ingin meragut dan merompak.

Selain menyarankan kepada mereka supaya laporan polis dibuat, pihak bertanggung jawab turut digesa menebang pokok berhampiran kediaman supaya tidak lagi menghalang cahaya kampu jalan pada sebelah malam.

”Kita minta penduduk beri kerjasama kepada pihak polis agar segera membuat laporan polis sekiranya berlaku kes pecah rumah agar data yang diperolehi dapat diambil tindakan tegas.

”Kita juga minta polis meningkatkan kawalan dan rondaan di kawasan terbabit,” ujar ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Johor itu dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tag:

PAR Simpang Renggam Bantu Murid Tamil

Februari 28, 2012 Tinggalkan komen

image

SIMPANG RENGGAM – Dalam usaha menangani masalah rakyat, Pusat Aduan Rakyat (PAR) Simpang Renggam tidak memilih bulu atau kaum apabila bersedia mendengar keluhan kaum India terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka.

Terbaru, kegelisahan ibu bapa kepada 15 murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, Ladang Tun Dr Ismail, dekat sini barangkali sedikit terubat kerana kesukaran mendapatkan pengangkutan untuk anak mereka diadukan kepada Penyelianya, Sdr. Suhaizan Kaiat.

Difahamkan, kemelut untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan itu timbul sejak empat bulan lalu adalah disebabkan ramai pengusaha bas atau van sekolah tidak sanggup menghantar.

Manakala jarak antara rumah dan sekolah kira-kira 15 kilometer itu dianggap terlalu jauh malah jalannya tidak berturap. 

Disamping itu, faktor masa turut menyulitkan keadaan bilamana ibu bapa murid terpaksa keluar awal untuk mencari nafkah sehingga tiada kelapangan untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai rasa keprihatinan diminta bagi sama-sama membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Kategori:Uncategorized Tag:

Wakil Rakyat PR Prihatin Masalah Rakyat

Februari 27, 2012 Tinggalkan komen

MUAR – Maharani yang baru sahaja dinobatkan sebagai Bandar Diraja oleh Sultan Johor baru-baru ini nyata menjadi semakin terkenal selain ia terletak di Parlimen Muar, ia juga bersebelahan dengan Parlimen Bakri.

Untuk rekod, Muar yang mempunyai dua kawasan parlimen merupakan kubu kuat pembangkang setelah wakil rakyatnya berjaya menjadi penyandang di kerusi Bakri, Bentayan, Maharani dan Sungai Abong.

Malah, Datuk Razali Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dipercayai amat bimbang dengan fenomena ini selain ditambah dengan kemenangan tipis yang diraihnya di parlimen Muar.

Dalam pada itu, program-program bersama rakyat, turun padang dan sebagainya kerap diadakan walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti parti.

Terbaru, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa turun padang setelah menerima aduan daripada pengguna jalan raya berhubung kekeliruan tempat meletakkan kenderan di Jalan Maharani ini akibat kerap disaman pihak berkuasa.

Menurutnya, pihak berkuasa tidak seharusnya meletakkan garis kuning itu di lot parkir kenderaan awam termasuk di sepanjang beberapa kedai yang dikhaskan untuk tempat meletakkan kenderaan.

Walaupun dakwa beliau lagi, para pemandu dan pemilik kedai telah membuat aduan kepada polis dan Majlis Perbandaran Muar (MPM) namun masalah ini tetap berpanjangan.

Katanya lagi, bagi mengelakkan kekeliruan dan pengguna rasa tertekan, pihak berkuasa harus mengenal pasti kawasan letak kenderaan di bandar ini dengan meletakkan tanda yang betul bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna.

”Sepanjang Jalan Maharani sentiasa sibuk kerana berhadapan dengan perhentian bas dan teksi serta mempunyai beberapa kedai makan,” ujar beliau lagi dalam satu kenyataan setelah meluangkan masa sejam bertemu para peniaga di sepanjang jalan terbabit.

Sehubungan itu, pihak berkuasa digesa untuk memadamkan garisan kuning yang didakwa menjadi sasaran mereka untuk meninggalkan saman kepada pengguna kenderaan di situ.

Kategori:Uncategorized Tag:

Kerajaan BN Digesa Selesaikan Kekeliruan Agihan Tanah

Februari 27, 2012 Tinggalkan komen

image

LEDANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Bukit Gambir menggesa kerajaan UMNO-BN campur tangan berhubung pengagihan tanah kurnia di Rizab Tadahan Ulu Sungai Ring, Sengkang Batu 32, Bukit Gambir, dekat sini setelah menerima aduan daripada pemohon-pemohon tanah terbabit.

Penyelianya, Dato’ Dr Mahfodz Mohammed berkata walaupun tanah tersebut sudah diwartakan sebagai tanah kerajaan, tetapi pencerobohan masih lagi berlaku demikian.

”Tanah milik kerajaan 400 hektar itu sudah diceroboh sebanyak dua kali sejak tiga tahun lalu dan terbaru pada Jun 2011.

”Pencerobohan dilakukan sekumpulan individu dan mereka mengenakan bayaran deposit sebanyak RM200 kepada 350 penduduk yang menyertai ‘Skim’ itu.

”Walaupun pihak berkuasa meletakkan papan tanda larangan tetapi kumpulan ini tetap berdegil sehingga empat jentera berat yang mereka gunakan untuk membersihkan hutan itu disita.

”Saya difahamkan, minggu lalu kumpulan terbabit masih lagi menjalankan kegiatan pencerobohan dengan membakar hutan paya ini untuk tujuan pembersihan,” ujar Dr Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, masalah ini terus membimbangkan banyak pihak kerana didakwa berlaku pertindihan dan kekeliruan dalam pengagihan kawasan tanah kurnia terbabit.

Disamping itu, tanah tersebut dipercayai boleh terlepas kepada pihak yang tidak sepatutnya dan hal ini kerana keutamaan yang layak mendapatkan tanah ini ialah mereka yang tinggal berhampiran dan tidak mempunyai tanah.

Kategori:Uncategorized Tag:

PR Berjaya Desak MB Berkaitan Kadar Tol EDL

Februari 27, 2012 Tinggalkan komen

JOHOR BAHRU – Pengumuman Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor berhubung Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) yang akan dibuka kepada pengguna secara percuma bermula 1 Mac ini dipercayai adalah disebabkan desakan Pakatan Rakyat (PR) supaya kadar caj tol yang dikatakan membebankan itu dikaji semua.

Ibn bacoks dalam laporannya sebelum ini menyiarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersama 9 badan bukan kerajaan (NGO) lain telah menggerakkan kempen Tolak EDL dengan diketuai oleh PKR Johor.

Spekulasi mengenai cadangan kadar tol EDL itu telah menarik perhatian umum untuk mengadakan bantahan.

Antara yang terlibat termasuklah Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Persatuan Penjaja Bergerak Johor Jaya, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Persatuan Anak Bangsa Malaysia dan lain-lain lagi.

EDL dipercayai menimbulkan kegelisahan banyak pihak kerana sebelum ini pengguna hanya perlu membayar RM2,90 untuk pergi ke tempat kerja mereka di Singapura.

Namun desas-desus kenaikan itu bertiup kencang apabila kadar itu dikatakan sehingga mencecah RM6,20 menyebabkan pengguna perlu bayar kira-kira RM12,40 sehari bagi laluan EDL sahaja dan ini belum termasuk bayaran tol lain.

Bagaimanapun, Ghani dalam kenyataan pada media semalam menyatakan kadar caj tol berkenaan belum muktamad dan akan diumumkan beberapa minggu lagi.

Manakala pengguna yang melalui lebuh raya tersebut boleh menggunakannya secara percuma sehingga tempoh yang akan ditetapkan kelak.

Difahamkan, pembukaan lebuh raya itu nanti akan mengurangkan kesesakan jalan di Jalan Tebrau serta memendekkan masa perjalanan dari kawasan Plentong ke Kota Iskandar kepada kurang dari 30 minit.

Kategori:Uncategorized Tag:

PR Tolak Politik Adu Domba

Februari 26, 2012 Tinggalkan komen

JOHOR BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) menolak politik secara adu domba dan menggesa pengamal politik agar bertarung dengan fakta dan berilmiah bagi menangkis hujah serangan lawan.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ketua PKR Cabang Pengerang, Zulkifli Daud apabila dakwanya lebih 10,000 keping risalah yang memburukkan nama baik parti pembangkang di sekitar kawasan Parlimen Pengerang, 22 Februari lalu.

”Kalau benar mereka mahu berpolitik, biarlah secara ilmiah. Kami menolak politik secara adu domba. Fakta biarlah lawan dengan fakta atau hujahan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, kejadian jam kira-kira 3.40 pagi itu menyaksikan dua individu ditangkap (AMK) Angkatan Muda Keadilan Cabang tersebut seterusnya dibawa ke Balai Polis Sungai Rengit.

Sementara itu, Ketua Penerangannya, Syed Abdullah Syed Mutalib berkata, sewaktu menangkap dua individu terbabit dipercayai sedang leka meninggalkan risalah fitnah itu di Kampung Teluk Ramunia.

”Saya bersama dua rakan sedang minum di sebuah warung selepas kerja memasang kain rentang mengenai aktiviti Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ketika itu, kelihatan sebuah kereta berlegar-legar beberapa kali di hadapan warung sebelum kenderaan itu berhenti di lokasi yang mana tempat kami memasang kain rentang.

”Kami nampak individu dalam kereta terbabit seperti meletakkan sesuatu di bawah pokok seterusnya beredar. Kami segera ke lokasi berkenaan seterusnya menemui risalah fitnah antaranya mengatakan PAS sebagai Parti Penipu,” ujarnya lagi yang dipetik Sinar Harian Semalam.

Difahamkan, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Suhaizan Kaiat, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan Naib Ketua PKR Cabang Pengerang Yahya Maspiie turut hadir dalam sidang media tersebut.

Sehubungan itu, PR negeri ini memohon pihak berkuasa agar menyiasat secara terperinci dan mengharap insiden seperti ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

Kategori:Uncategorized Tag:

UMNO Gerun Pada Isu Kepulangan SALAHUDDIN

Februari 26, 2012 Tinggalkan komen

image

JOHOR BAHRU – UMNO – Barisan Nasional Johor cukup gerun dengan ura-ura kepulangan Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian atas hasrat ingin bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini pada Pilihan raya Umum ke 13 (PRU) nanti.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri  Johor (DPPNJ), Sdr. Suhaizan Kaiat kerana ini dibuktikan dengan tindakan UMNO Johor dipercayai telah mengadakan ‘retreat’ bagi mencari jalan mendepani isu kepulangan Naib Presiden PAS itu.

Malah, pihaknya turut mengalu-alukan kedatangannya untuk bertanding dan DPPNJ dikatakan sudah lama menantikan kepimpinan beliau untuk bersama pemimpin Pakatan Rakyat (PR) negeri ini.

Sekaligus, ujarnya ia dapat menyuntik semangat petugas-petugas parti di semua peringkat di dalam PAS mahupun PR.

”Tidak benar dakwaan mengatakan Salahuddin ditolak di Kelantan lalu pulang ke negeri Johor. Dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali kerana Pemuda Johor antara pendesak utama beliau untuk kembali.

”Desakan ini dibuat kerana iklim politik di Johor telah berubah dengan begitu ketara selepas pilihan raya ke 12 lalu terutamanya di bandar besar seperti Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kluang dan Segamat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tag:

Laluan PR Ke Nusajaya Makin Mudah Dengan Adanya Highway Baru

Februari 25, 2012 Tinggalkan komen

NUSAJAYA – Pakatan Rakyat (PR) dilihat kian hampir menjejakkan kaki ke Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad di Nusajaya yang menempatkan Pejabat Menteri Besar Johor bagi menerajui negeri berjolokan ‘kubu kuat Umno’ itu.

Hal ini, kerana banyak petanda dan alamat yang dahulunya berlaku di bahagian Utara dan Pantai Timur semenanjung pada sekitar 80an, kini terjadi di negeri ini.

Terbaru, insiden kekecohan pada ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di Sembrong ahad lalu nyata menguatkan lagi ramalan tersebut.

Disamping itu, UMNO dipercayai semakin tertekan ekoran kemunculan ‘orang Besar’ yang didakwa akan berpaling tadah sebelum PRU nanti seperti laporan Ibn bacoks semalam.

Dalam pada itu, semangat untuk menawan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri turut dirasakan berikutan ura-ura laluan Lebuh raya Pesisir Pantai yang menghubungkan bandar raya Johor Bahru-Nusajaya bakal beroperasi sepenuhnya April ini.

Difahamkan, laluan tanpa tol sepanjang 14.6 kilometer akan dimanfaatkan lebih 60,000 hingga 120,000 pengguna pada satu-satu masa dan mempunyai tujuh susur keluarnya.

Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang bertanggungjawab menyelenggarakan lebuh raya baru ini, sedang menunggu kelulusan pembukaan lebuh raya itu daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kategori:Uncategorized Tag: