Utama > Uncategorized > Memorandum penduduk akan dipanjangkan

Memorandum penduduk akan dipanjangkan


PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang akan bersama Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Rumah Pangsa sedang menyiapkan memorandum untuk diserahkan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin  setelah pelbagai tuntutan mereka selama ini tidak di layan.

Penyelianya, Dr Ungku.Mohd Noor Ungku Mahmood berkata, sepanjang penggal yang lalu ‘muka’ wakil rakyat Barisan Nasional tiada kelihatan.

“Kami akan arahkan warga Tionghua di Pt. Sikom lakukan yg sama terutama ketiadaan kawasan khas pelupusan sampah di samping pekan Pt.Sikom yg gagal di selenggara .

“Biasalah sikap BN, dah berlaku sesuatu kejadian atau wabak penyakit, baru nak bertindak . Ini bukan ciri-ciri negara maju .

Sementara itu, Dr Ungku berkata, pihaknya turut bercadang mebubuhkan Majlis Tindakan Penduduk DUN Pulai Sebatang yang akan dianggotai oleh wakil setiap lokasi melibatkan semua kaum.

“Tujuan bersama memantau perkembangan dan masalah penduduk setempat yang gagal di beri perhatian oleh YB Datuk Tee Siew Kiong,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:
  1. sheva sama
    Mei 18, 2013 at 7:27 am

    “Biasalah sikap BN, dah berlaku sesuatu kejadian atau wabak penyakit, baru nak bertindak . Ini bukan ciri-ciri negara maju .”

    haha

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen