Arkib

Archive for Julai 2013

Pengerang perlu dipantau

Julai 31, 2013 Tinggalkan komen

PENGERANG – Pekan Sungai Rengit yang terletak di Parlimen ini kini mula mengalami perubahan budaya dan ia harus dipantau pihak berkuasa agar tidak mengundang peningkatan gejala sosial.

Hal ini kerana, dakwa Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, pekan kecil tersebut sudahpun dicambahi dengan aktiviti sosial akibat kewujudan Pusat Hiburan seperti Karaoke dan snoker.

Ekoran dari itu, apa yang menjadi kebimbangan penduduk ialah proses perubahan ini dikhuatiri wujudnya kegiatan tidak bermoral yang berselindung disebalik Pusat Urut Tradisional dan Refleksologi.

“Saya berkesempatan bermalam di Pekan Sg. Rengit, Pengerang semalam memperlihatkan pekan ini sedang melalui proses perubahan budaya.

“Kini sudah ada Pusat Hiburan seperti Karaoke, snoker dan yang menjadi kebimbangan penduduk ujudnya kegiatan tidak bermoral berselindung di sebalik Pusat Urut Tradisional dan Refleksologi.

“Pengerang yang mutakhir ini sedang menjadi tumpuan orang luar tidak terkecuali akan terperangkap dalam arus pembangunan negara. Kebanjiran orang luar juga mengundang kepada kenaikan kos kehidupan.

“Jika dari awal gagal dipantau dan dibenteras, pasti akan mengundang peningkatan gejala sosial di sini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tag:

FAIZI atur sumbangan ibu tunggal dan saudara baru

Julai 29, 2013 Tinggalkan komen

image

KLUANG -“Sumbangan Ramadhan & Majlis Berbuka Puasa berpuasa bersama saudara baru & ibu tunggal PR Kluang,” kata Khairul Faizi Ahmad Kamil, Yang Dipertua PAS Kluang merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam satu kenyataan.

image

Kategori:Uncategorized Tag:

Perlu capai redha Allah untuk raih kemenangan

Julai 29, 2013 Tinggalkan komen

image

SIMPANG RENGGAM – Para pemuda PAS diingatkan agar mencari redha Allah swt disamping usaha berterusan untuk mendampingi rakyat, demikian tegas Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Johor.

Katanya lagi, pelajaran yang boleh diambil daripada Pilihan raya Umum (PRU) 13 lalu memperlihatkan tumpuan diberikan hanya untuk memenangi hati pengundi.

“Walaupun bagi (sumbangan) puluhan ribu, kebajikan tip top. Kena ingat yang boleh ubah (hati para pengundi) bukan kita tapi Allah,” tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Iftar Jamaie dan Badar Kubra peringkat Pemuda PAS Johor di Markas PAS Kawasan Simpang Renggam, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Dr Raja Ahmad Iskandar Al- Hiss, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Setiausaha Dewan Pemuda Malaysia dan Mohd Faizul Mohd Salleh, Naib Ketua Pemuda Johor.

Ibn Bacoks dimaklumkan, program ini turut meraikan kalangan pimpinan pemuda pusat dalam jaulahnya ke seluruh negara menerusi program Kembara Tarbawi Pemuda Pusat.

Terdahulu, majlis diserikan dengan sesi dialog bersama para peserta dengan soalan yang diajukan pelbagai rupa.

image

image

image

image

Kategori:Uncategorized Tag:

Sumbangan dihulur tanda sokongan kepada rakyat Palestin

Julai 26, 2013 Tinggalkan komen

image

BATU PAHAT – Sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap nasib dan perjuangan rakyat Palestin, suatu majlis Tazkirah telah disampaikan oleh Imam muda Gaza, Bilal bin Abdul Aziz al Hafiz.

Selain itu, sumbangan turut disampaikan oleh YB Aminolhuda Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Parit Yaani di Musolla Taman Bandar Putra Indah, dekat sini.

“Menyampaikan ucapan aluan dalam majlis penerangan isu Gaza Palestine oleh Imam Muda Gaza Al-fadhil Bilal bin Abdul Aziz al-hafiz di Musolla Taman Bandar Putra Indah, Tongkang Pecah, BP malam tadi.

“Sumbangan utk rakyat Palestine turut dihulurkan sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestine yang tertindas oleh rejim haram Israel,” Aminolhuda lagi dalam satu kenyataan.

image

Kategori:Uncategorized Tag:

Doa perlu diiringi dengan pengorbanan – Dr Mahmud Syiam

Julai 25, 2013 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Para pendokong Parti Islam Malaysia (PAS) disarankan agar menterjemahkan erti pengorbanan dan iltizam dalam menggerakkan dakwah disamping berdoa, kata Dr Muhammad Mahmood Syiam, bekas Imam Masjid Al Aqsa, Palestin.

“Berdoa tak cukup, kena beramal. Kita hendaklah teruskan kerja dakwah dengan menyediakan masyarakat dengan abdikan diri kepada Allah. Ini peranan yang (perlu) berterusan tak terhenti dan tak kenal penat lelah.

“Tak cukup berdoa tapi pengorbanan. Iltizam, komitmen, mujahadah yang tinggi sesuai dengan doa dan usaha memenangkan Islam. ini perlu dilaksanakan sebagai pendokong PAS,” katanya dalam satu kenyataan yang diterjemah oleh Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Dewan Ulamak PAS Johor.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Tazkirah Ramadannya di Markas PAS Cawangan Parit Markom, dekat sini, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, rakyat Palestin turut menyambut kehadiran Ramadan sepertimana di negara ini bagaimanapun suasananya amat sederhana.

“Saudara se Islam di Palestin sambut Ramadan dengan keadan tak selesa seperti kamu. (mereka) Sambut dalam suasana terancam dan kekurangan. Tapi ada juga makanan yang sekadarnya tapi tak mewah.

“Mereka beriltizam dengan Firman Allah swt yang mafhumnya : Wahai orang beriman bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati selain dalam keadaan Islam,” katanya lagi.

Justeru itu, beliau turut menyarankan agar melipatgandakan kesabaran apabila berdepan dengan musuh-musuh Allah.

Kategori:Uncategorized Tag:

Undi untuk prinsip atau kebendaan?

Julai 24, 2013 Tinggalkan komen

PARA Pengundi di Kuala Besut bakal menentukan pilihan yang sukar kerana berdepan dengan pelbagai sogokan wang yang boleh mempengaruhi undi mereka, dakwa Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

Katanya lagi, adalah terlalu sukar untuk PAS mencipta sejarah memandangkan pengerahan seluruh jentera kerajaan akan dieksploitasi semaksimumnya di sana.

“Esok, 24 julai, 17,679 pengundi berdaftar di N.01 Kuala Besut akan menentukan Wakil Rakyat mereka yang baru. Sama ada mengekalkan BN atau memilih PAS.

“Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan saya di sana, adalah terlalu sukar untuk PAS mencipta sejarah 16:16 kerana PAS bertanding menentang Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Terengganu!

“Seluruh jentera Pusat dan Negeri di eksploit secara luarbiasa, dengan peruntukan yg tiada had.

“Meskipun pengakuan penduduk tempatan sendiri, bahwa mereka jauh lebih mengenali calon PAS, Che Long, tetapi umpan benda dan sogokan wang; dijangka akan mempengaruhi keinginan pengundi untuk berubah.

“Apapun, sama-sama kita tunggu keputusannya malam esok (malam ini). Adakah pengundi punya keberanian sepertimana PRU ’99 yang memberi kemenangan kepada calon PAS Ust Nik Zawawi?” katanya dalam satu kenyataan.

Kemenangan PAS tentunya menurut Mazlan lagi, akan membuka lembaran baru dalam konteks pemerintahan di Terengganu apabila keadaannya menjadi 16:16.

Hal ini kerana dunia akan memerhati dan bagaimana pula perhitungan perlembagaannya, sudah tentu ia sangat menarik.

“Faedah kepada rakyat, demandnya semakin tinggi.

“Bagi pengundi Dun Kuala Besut, anda sedang di uji. Keberanian membuat perubahan berasaskan keimanan dan keyakinan kepada Allah; akan mengangkat martabat diri.

“Jangan nilaikan maruah diri dengan benda semata2, meskipun ia penting untuk survive dlm kehidupan.

“Mengundi dengan prinsip untuk memilih Wakil Rakyat yg membawa aspirasi perjuangan berteraskan Islam; kepimpinan yang kuat hubungannya dengan Allah, rapat dengan rakyat; bersama arus perubahan nasional yang menolak korupsi serta jaminan hidup terbaik di dunia dan akhirat,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Gambar sekitar Tazkirah Dr Muhammad Mahmud Syiam

Julai 23, 2013 Tinggalkan komen

image

PADA Ahad jam 7.00 malam 22 Julai lepas, satu Ceramah Perdana & Iftar bersama Sheikh Dr Mohamad Mahmud Siyam (Bekas Imam Masjid Al Aqsa, Palestine) di Markas PAS Parit Ismail, Benut,  Pontian, Johor.

image

image

image

image

image

image

Kategori:Uncategorized Tag:

Demo bantahan penggulingan di Mesir : Ia tindakan zalim – Ust. Abdullah

Julai 20, 2013 Tinggalkan komen

image

BATU PAHAT – Tindakan menggulingkan Dr Mohammad Mursi, mantan presiden Mesir oleh pihak tentera merupakan satu perbuatan yang sangat zalim, kata YB Ustaz Abdullah Hussin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa.

“Sebab itu kita tak boleh berdiam diri. Apa yg berlaku di Tunisia, Algeria kini berlaku di Mesir. Ini mesti ditentang habis habisan.

“Dengan tarbiah Ramadhan dan silaturrahim yang tak kenal batas geografi, kita terjemahkan pada petang ini dan terus menerus kepada mana-mana yang tertindas termasuk yang berlaku di Mesir,” katanya lagi yang juga ketua Dewan Ulamak PAS Johor.

Beliau berkata demikian di hadapan ratusan para peserta dalam satu perhimpunan Solidariti kembalikan presiden rakyat Mesir yang sah di pekarangan Masjid Jamek Sultan Ismail, dekat sini, semalam.

Perhimpunan aman yang dimulakan selepas solat Jumaat itu diserikan dengan pelbagai ucapan daripada pimpinan PAS negeri.

Antara yang berucap seperti Zulkefli Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Johor dan Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat.

Majlis berakhir sekitar 2.35 petang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Kategori:Uncategorized Tag:

Pemuda cawangan imarahkan malam Ramadhan

Julai 19, 2013 Tinggalkan komen

image

image

PARA Pemuda daripada PAS Cawangan Sungai Besar Pontian bersama Ahli Jawatankuasanya memanfaatkan kesempatan dalam bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti kerohanian.

Menurut ketuanya, Mohd Rizal Akmar, program tahunannya itu merupakan antara pendekatan untuk menarik anak muda menghayati maksud sebenar bulan tersebut.

“Memang ini (program) adalah acara rutin setiap tahun bagi mengumpulkan anak-anak muda di sekitar kampung ini selain beramah mesra, kami juga berbuka puasa dengan mereka,” katanya lagi.

Rizal berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Teraweh di Dataran Pasti al Hirak dekat sini semalam.

Hadir sama, Bachok Welang, Naib Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Pemuda PAS Pontian dan Zainu zabha Baharom, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pontian.

Dalam majlis yang sama turut diserikan dengan penyampaian Tazkirah Ramadhan daripada Ustaz Muhammad Nazar.

Seramai lapan ketua keluarga dikalangan berpendapatan rendah diraikan disamping penyampaian sumbangan kebajikan telah disempurnakan oleh Bachok Welang.

Majlis selesai setelah menikmati jamuan ‘moreh’ yang disediakan penganjur.

image

image

image

Kategori:Uncategorized

Sekitar Demo bantah guling Morsi

Julai 17, 2013 Tinggalkan komen

SUHAIZAN Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor bersama para demontrans dalam satu perhimpunan membantah tindakan khianat tentera dan puak sekular yang menggulingkan kerajaan demokratik presiden Mesir, Dr Mohammad Morsi.

Hasil sentuhan lensa Admin Facebook Pas Johor Bahru merakamkan peristiwa yang diambil daripada pekarangan Masjid Jamek Dato` Onn, Jalan Langkasuka, Larkin, Johor Bahru pada 21 Julai lalu.

Ratusan peserta mengambil bahagian ini seusai menunaikan solat Jumaat.

Kategori:Uncategorized Tag: