Arkib

Archive for Ogos 2012

Beri ‘Kata Dua’ Kepada BN

image

JOHOR BAHRU – Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor menyarankan kepada penduduk yang terlibat dengan masalah ‘tuntut janji’ memberi ‘kata dua’ kepada kerajaan negeri berhubung pemberian geran hak milik tanah yang masih di awangan.

Hal ini berikutan kegagalan UMNO menyelesaikan masalah ‘tuntutan’ para penduduk di Parlimen Pasir Gudang yang sudah ‘memakan tahun’ membelenggu mereka selama ini.

”Masalah tanah ini perlu selesai, ia akan memberi impak seperti yang diluahkan penduduk di situ, iaitu kemungkinan kepercayaan yang selama ini diberikan kepada kepimpinan UMNO goyah sekiranya geran hak milik tanah tidak diperolehi sebelum Pilihanraya Umum (PRU) 13.

”Saya kira penduduk sudah faham tentang hak mengundi. Elok sangatlah mereka memberi kata dua, kerana selama ini mereka mengundi BN, tetapi hal pemilikan tanah masih belum selesai,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mahfodz berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar sebelum ini menyiarkan rayuan penduduk kepada kerajaan negeri agar memandang serius dan menyegerakan proses pemberian hak milik tanah yang dipohon penduduk di sepuluh perkampungan setinggan sekitar Parlimen ini.

Kira-kira 10,000 penduduk terbabit terpaksa menahan sabar untuk mendapatkan hak masing-masing ke atas tanah yang mereka terokai sejak 20 hingga 100 tahun dahulu.

Antara kampung terbabit iaitu Kampung Sepakat 1 dan 2, Kampung Senibong, Kampung Plentong Tengah, Kampung Melayu Pandan, Kampung Rumah 10, Kampung Plentong Baru, Kampung Seri Bahagia dan Kampung Jalan Jasa, Plentong.

Kategori:Uncategorized Tag:

Peristiwa JOHOR Sana-sini (Today)

JOHOR BAHRU – Facebooker Zabidie Abas membangkitkan isu pengambilan tanah penduduk Pengerang.

“Umno buat bodoh jer… Malah lebih menekan lagi. Keadilan mengambil tanggungjawab atas dasar keperihatinan untuk membela golongan tertindas.

“2.00pm tadi peguam keadilan hassan karim dan jimmy phua memohon injuksi di mahkamah tinggi johor bahru. Esok jam 9.00am keputusan akan dibacakan oleh mahkamah. Semua dijemput hadir berikan sokongan,” katanya.

 

 

KULAIJAYA – Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor memberitahu pihaknya mewakili Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), menjemput rakyat Malaysia, khususnya Warga Felda dan Rakan Facebooknya untuk hadir ke Rumah Terbuka ANAK pada 7 Sept seperti tertera dalam banner di atas.

“Tetamu khas, YB Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS. Tolong Sebarkan- Mazlan Aliman,” katanya lagi.

 

 

PASIR GUDANG – Sekalipun sibuk dengan persediaan menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) 13, ahli-ahli PAS tetap mengadakan rutin programnya iaitu Usrah.

“Usrah bersama PAS Kawasan Taman Mawar,Pasir Gudang,” lapor Facebook Pas Cawangan Permas Jaya.

JOHOR BAHRU –  Pemilik Akaun laman sosial Keadilan Johor melaporkan akhbar Sin Chew Daily menyiarkan berita berhubung para Penjaja membuat banner dan poster bagi merakamkan penghargaan kepada pihak berkenaan kerana menyelesaikan masalah mereka.

“Menunjukkan ribuan terima kasih kepada YDP MBJBT serta Keadilan Johor terutamanya Ketua Biro Guaman Johor Sdr Jimmy Puah dan Timbalan Setiausaha Agong merangkap Pengarah JPRN Johor SdrSteven Choong kerana membantu mereka mendapatkan tapak perniagaan baru Pasar Pagi di tempat letak kereta lapang Dedap 15, Johor Jaya,” katanya lagi.

JOHOR BAHRUN – Lapor Keadilan Johor menerusi Facebook rasminya walaupun Pengerusi Jabatan Pilihan raya Negeri Johor, Ravinthran JB menerima pelbagai ancaman kerana kegiatannya yang dilakukan mengundang rasa kurang senang pihak tertentu namun beliau tetap meneruskan aktivitinya.

“PKR Penyelaras JPRN Johor Sdr Ravinthran Jb turut menyertai “Program Jelajah Seluruh Johor” walaupun dapat ugutan bunuh,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized

Sebarkan Informasi : Steven Chong

JOHOR BAHRU – Para pemilih yang bakal membuang undi dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 akan datang disaran agar mendapatkan maklumat yang tepat sebelum membuat pilihan, kata Steven Chong, Timbalan Setiausaha Agong PKR.

Beliau dilaporkan berkata sebagaimana yang dipetik akhbar Sin Chew Daily melalui laman sosial rasmi Facebook Keadilan Johor.

”Timbalan Setiausaha Agong PKR, Steven Chong berkata, sebelum pengundi buat pilihan yang baik, mereka mesti dapat informasi yang baik dullu, barulah mampu buat keputusan yang baik,” jelasnya lagi pada program Jelajah Seluruh Johor.

Sementara itu, beliau turut dilaporkan berkata, tujuan utama program sedemikian adalah untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada orang ramai.

”Oleh itu, mereka mencetak pelbagai risalah yang mengandungi isu-isu berbeza untuk disebarkan.

”Program ini juga merupakan satu peluang baik demi menyatupadukan ahli-ahli PKR dan berkhidmat demi rakyat,” katanya lagi.

Tambah Steven Chong lagi, selain mengenengahkan bakal calon tempatan, pihaknya turut menyarankan calon lain memberikan kerjasama yang sewajarnya.

”Calon tempat lain datang tolong kerana mereka tidak harap calon-calon cuma aktif di tempat masing-masing,” katanya lagi.

Turut hadir, Ketua Cabang Johor Bahru, Poh Lai Ran, Penyelaras Tanjung Puteri, Timbalan Ketua Cabang Johor Bahru, Salleh, Ketua Ranting Johor Jaya, Jimmy Puah, Ketua Cabang Pulai, Liew Voon Chew, Ketua Cabang Pengerusi PKR, Dr. Ahmad Faidhi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Peristiwa Johor Sana-sini (Today)

PONTIAN – Pemilik Akaun Facebook Pas Cawangan Permas Jaya melaporkan Adminnya berkesempatan bersama dalam Program Marhaban anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Benut bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian.

“bersama masyarakat cina di benut pontian…. sempat juga bergambar dgn masyarakat cina dan ahli PAS benut…” katanya.

 

SRI GADING – Penyelia Pusat Aduan Rarkyat (PAR) Parit Yaani Hj. Aminolhuda Hassan menyantuni seorang pengundi di kawasannya yang baru sahaja menjalani pembedahan di Hospital Daerah Batu Pahat.

“Ziarah raya bersama Dr. Khairul Salleh ke rumah Pak Naib Pancor Tn. Hj. Adnan ptg 28 ogos. Beliau baru menjalani pembedahan perut di hospital BP dalam bulan ramadhan yang lalu,” katanya.

 

 

MUAR – “MALAM JASAMU DIKENANG, Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Selasa 28 Ogos 2012.

“Selamat Datang Pegawai Daerah Muar, Tn Hj Abd Rahman dan Selamat bertugas Pegawai Daerah Johor Bahru, Tn Hj Amran.,” kata Dr Mohamad Taslim, Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Maharani.

 

 

PONTIAN – Pemilik Facebook Naz Nazario mendakwa Khemah milik seorang penduduk di kawasan ini yang dijadikan tempat berteduh bagi keluarganya.

Dakwanya lagi, ada pemimpin tertentu cuba bertindak ingin menyembunyikan rintihan keluarga malang terbabit daripada umum.

“Atas sbb apa keluarga yg tinggal diteratak begini tidak boleh di’highlight’kan pd media? adakah janji tinggal janji? tertanya2 aku,” soalnya lagi.

 

 

JOHOR BAHRU – “Memberi ucapan di “Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri” Anjuran PKR Cabang Johor Bahru Sdri Tan Poh Lai,” kata penama laman sosial DAP  Taman Nesa.

 

 

JOHOR BAHRU – Akhbar Sin Chew Daily dalam tajuk beritanya,  Jimmy Puah Bertanding di Johor Jaya? Steven Choong : Tentu ada Kerusi.

Bagaimanapun, mengenai kedudukan  Jimmy Puah dicalonkan bertanding di DUN Johor Jaya,  Steven Choong dilaporkan berkata ini akan ditetapkan oleh pimpinan pusat.

“Saya yakin dia tentu ada kerusi-lah!!” kata Steven Choong. Bagi Steven Choong sendiri, beliau jangka dia akan tanding salah satu kerusi parlimen di Johor Selatan.

“Populariti Jimmy Puah memang ada, dia boleh tanding di mana-mana. Saya rasa, ahli-ahli yang harap menjadi calon, mereka mesti lebih rajin kerja. Orang yang rajin tentu akan dapat bertanding.” katanya yang dipetik daripada  Facebook Keadilan Johor.

JOHOR BAHRU – Akhbar Sin Chew Daily melaporkan “Program Jelajah Seluruh Johor” yang dianjurkan oleh JPRN Keadilan Johor kali ini sampai Johor Bahru.
“Lebih kurang 20 ahli PKR menyertai program ini termasuk 10 bakal calon.
Mereka pergi ke pasar awam bagi risalah dan Suara Keadilan serta bersembang dengan orang ramai.

“Sebelum Program bermula, ahli-ahli berhimpun di stesen minyak dekat pasar dulu, nyanyi lagu parti dan mengibarkan bendera. Mereka berjaya menarik tumpuan daripada kenderaan lalu-lintas. Terdapat pemandu buka tingkap dan beri sokongan ataupun secara initiatif minta risalah daripada ahli-ahli PKR,” lapornya lagi yang dipetik daripada Facebook Keadilan Johor.
Kategori:Uncategorized

UMNO Johor Hantar Pegawai Ke Mesir Untuk Berpolitik?

JOHOR BAHRU – Kepimpinan UMNO Johor dibawah Datuk Abd Ghani Othman dipersoalkan berhubung tindakan penghantaran pegawainya ke Mesir untuk menguruskan kebajikan para pelajar di situ didakwa mempunyai agenda tertentu.

Menurut sumber, penghantaran Pegawai Khas Menteri Besar yang dikenali sebagai Maulan turut didakwa dilihat berada dalam satu program anjuran Kelab UMNO di bumi Firaun itu.

Malahan, status Maulan sebagai pegawai khas kerajaan dipertikai kerana dikatakan memegang jawatan sebagai penasihat bagi sebuah ‘badan khas’ di sana.

“Gambar ini menunjukkan En.Maulan, Pegawai Khas Menteri Besar Johor telah hadir ke program Kelab UMNO Mesir. Bahkan status facebook En.Khairi Jalalluddin mengatakan En.Maulan sebagai Penasihat KUM (Johor). Apakah KUM ? Kelab UMNO Mesir atau lain-lain ? Minta penjelasan.

“Jika En.Maulan adalah salah seorang penggerak UMNO Mesir, maka En.Maulan akan menggerakkan gerak kerja UMNO. Dan gerak kerja UMNO mempunyai matlamat. Sedia maklum bahawa matlamat UMNO tidak sepertimana matlamat-matlamat yang terkandung dalam buku ‘Ahdafuna Akhtar Qadayal Muslimin’.

“Pihak Pegawai tidak meluluskan penggunaan dewan untuk program pendidikan, campak borang permohonan mahasiswa, arah kosongkan pejabat rasmi BKPJM, elak diri dari perbincangan, tidak serius dengan isu hisbah, rancang buat pintu sukahati, tidak menitik beratkan kebajikan anak-anak Johor seperti tidak membantu mangsa pecah rumah dan mangsa kemalangan.

“Adakah perkara-perkara ini diantara gerak kerja UMNO?,” soal pemilik akaun Facebook Muhammad Yahya Samsul.

Kategori:Uncategorized

Khalim : Calon Anak Muda Yang Bakal ‘menyengat’?

SRI GADING – Noor Khalim Sakib, bekas EXCO Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPNJ) Johor disebut-sebut bakal dicalonkan dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke 13  nanti bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja antara individu yang mewakili suara anak muda negara ini.

Difahamkan, Sri Gading yang sinonim dengan pekan ilmu kerana mempunyai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagaimanapun penyandangnya YB Aziz Kaprawi  akan menghadapi saingan sengit kerana sokongan anak muda mampu ‘menggoncang’  sesuai dengan kalangan pengundinya yang sudah celik IT.

Billboard yang berdiri gagah dibina salah satu Unit Peti Undi (UPU) iaitu Parit Kampung Baru pastinya membuatkan ada pihak yang kurang selesa dengan perkembangan pakatan pembangkang yang telah diterima oleh masyarakat setempat.

Menariknya, tag line yang berbunyi Johor Maju dan Berkebajikan beserta tawaran seperti mampu menterjemahkan kesungguhan PR untuk menawan Putrajaya.

Soalnya, adakah DUN Parit Raja bakal melakarkan kejutan dalam PRU nanti?

Kategori:Uncategorized

Hari Lebaran : Ucapan Pimpinan Pemuda PR (Siri 3)

Mohd Faizul Mohd Salleh, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Johor

Mahadzir Mat Zili, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Johor

Shamsul Bakri, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Amni Jagat, Sasterawan Muda Pakatan Rakyat

Kategori:Uncategorized

Ledang Bakal Bagi Kejutan

 

LEDANG – Pakatan Rakyat (PR) Johor menaruh keyakinan bahawa Parlimen Ledang bakal memberikan kejutan dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 kelak.

Hal ini kerana, potensi kerusi tersebut memperlihatkan kedudukan pengundi dikategorikan sebagai kawasan campuran nyata berpihak kepada pakatan pembangkang.

Menurut laporan yang dikeluarkan Facebook Keadilan Johor, akhbar Sin Chew Daily memberitahu struktur pengundi Parlimen Ledang adalah seperti Melayu 52%, Cina 42%, India 5%, dan lain-lain 1%.

“Hassan Karim berkata, struktur pengundi Parlimen Ledang adalah Melayu 52%, Cina 42%, India 5%, dan lain-lain 1%. Beliau percaya PKR akan dapat sokongan daripada pengundi,” demikian ulasannya kepada “Program Jelajah Seluruh Johor” yang dianjurkan oleh Jabatan Pilihan raya Negeri (JPRN) Keadilan Johor bersama DAP dan PAS kali kelima dijalankan di kawasan Parlimen tersebut.

Turut bersama Sdr Steven Choong, Naib Pengerusi Johor, Peguam Hassan Karim, Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali, Ketua Cabang Ledang, En. Teh, Timbalan Ketua Cabang Ledang, En. Lim.

Walaupun cuaca pada hari itu tidak menyebelahi mereka katanya,ini tidak mematahkan semangat kepada lebih 40 anggota yang diteraju oleh Timbalan Setiausaha Agong PKR Sdr Steven Choong. Aktiviti seperti penyebaran risalah dan akhbar Suara Keadilan kepada orang ramai turut dilakukan.

Sementara itu, akhbar berbahasa Cina turut melaporkan, Steven Choong berkata, Johor dianggap sebagai “Front Line State” oleh pimpinan pusat.

“Mereka percaya boleh menang lebih kerusi berserta DAP dan PAS, Parlimen Ledang memanglah salah satu kerusi yang ada peluang,” lapornya lagi.

Kategori:Uncategorized

Peristiwa JOHOR Sana-sini (Today)

JOHOR BAHRU – Facebook Keadilan Johor melaporkan Naib Pengerusi Keadilan Johor Hassan Karim berkata, mereka mengikut prosedur menyaman.

“Issue ini merupa isu segera, Defenden boleh mohon bantahkan kes ini, tapi kami akan terus lawan.” Kata Hassan Karim.

Ketua Biro Guaman Jimmy Puah kata pihak berkuasa Johor telah bagi surat pada Julai dan memberitahu mereka akan ambil balik 4 tanah perkuburan di sana demi melaksanakan projek RAPID.

 

 

SIMPANG RENGGAM – Di Hari Lebaran masih ada yang bersimpati. Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor menyampaikan sumbangan kerana rumah dilanggar ribut di Simpang Renggam.

 

 

GELANG PATAH – Piala Futsal Demi Rakyat merupakan anjuran Team Demi Rakyat Gelang Patah.

Lebih 40 pasukan yang akan berentap untuk merebut satu TROFI FUTSAL DEMI RAKYAT.Lebih banyak aksi yang dtonjolkan.Semangat pasukan yang tinggi menentukan siapa lebih hebat.

“Ayuh hubungi kami. Urusetia untuk dhubungi: Manan: 019 7122729, Ismael: 019 7587652, Arif : 013 7413829. Dapatkan borang segera / satu team 7 orang. Rm 100 utk satu penyertaan,” kata pemilik akauan facebook Arif Progresif.

 

 

LEDANG – PKR Ledang bagi risalah dekat toll. 1000 lebih salinan habis diagih dalam tempoh 1 jam.

 

SIMPANG RENGGAM – Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Simpang Renggam melaporkan Masjid-masjid di Parlimen itu telah diperuntukkan kira-kira 18 helai jubah di setiap masjid.

“Ada masjid hanya memperolehi 3 helai dan ada masjid dpt 1 helai. Tak kan lah jubah masjid pun nak songlap. Malu lah sikit,” katanya lagi.

 

 

JOHOR  BAHRU – “Mengucapkan selamat hari raya aidilfitri di pasar ramadhan tmn suria sambil berceramah politik bersama dgn rakan dari PAS..

“kami membawa pembesar suara bergerak dan menggunakan Hilux sebagai pentas 在tmn suria的演讲,” kata Andrew Chen Kah Eng, Setiausaha Pemuda DAP Johor.

 

 

JOHOR BAHRU – “Selepas 55 tahun Malaysia merdeka, masih ada penduduk di Kampung Majidee, Johor masih mengguna perigi untuk kegunaan seharian. Ehh, bukankah Johor negeri kelahiran Umno? Kononnya kubu kuat Umno?,” kata Facebook Keadilan Daily.

Bekas penyanyi, Dayangku Intan menziarahi penderitaan mereka, katanya lagi.

Kategori:Uncategorized

Isu Pengerang : Kerajaan Johor Bakal Berdepan saman

JOHOR BAHRU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor menerusi Naib Pengerusinya, peguam Hassan Karim dan Ketua Biro Guamannya, Jimmy Puah mengfailkan semakan kehakiman dan injunksi interim di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Hal ini dilakukan kerana ingin membantu mangsa-mangsa pengambilan tanah di Pengerang yang terlibat dengan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas.

Memetik laporan itu daripada Facebook Keadilan Johor, akhbar Nanyang Siang Pau memberitahu penduduk telah menerima bantuan daripada PKR dengan memfailkan saman kepada kerajaan Johor supaya menghalang RAPID mengambil balik tanah di sana.

“Orang Pengerang Johor dengan bantuan daripada Naib Pengerusi PKR Johor Hassan Karim, Ketua Biro Guaman Jimmy Puah dan satu lagi peguam bebas en. Sia, hari ini mengfailkan saman kepada Kerajaan Johor supaya menghalang RAPID mengambil balik tanah di sana,” lapornya lagi.

Sementara itu, Jimmy Puah turut dilaporkan berkata, para penduduk Pengerang telah membuat permohonan itu kepada Jabatan Warisan Negera supaya mengklasifikasikan ke empat-empat tanah perkuburan bersejarah yang berusia lebih 100 tahun dan beberapa kuil mahupun tokong sebagai warisan budaya negara.

“Selain itu, Kerajaan tidak memberitahu orang Pengerang terlebih dahulu perlaksanaan projek RAPID, tanah perkuburan baru yang dicadangkan oleh Kerajaan belum disiapkan, dan laporan oleh Petronas telah mendedahkan projek ini akan bawa kesan besar kepada masyarakat. Sebab-sebab ini memaksa orang Pengerang sue Kerajaan,” katanya lagi.

Akhbar sebelum ini melaporkan kerajaan akan membangunkan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas bernilai RM60 bilion serta jangkaan pelaburan berbilion dolar oleh syarikat Taiwan dan Jerman.

Dalam pada itu, sebuah syarikat petrokimia Taiwan akan membuat pelaburan di kawasan itu bernilai US$10 juta hingga US$12 juta bagi menampung keperluan RAPID.

Kategori:Uncategorized Tag: