Arkib

Archive for Januari 2014

Pj edar hamper

Januari 28, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

“SAYA Menyampaikan sumbangan sempena Tahun baru Cina berupa hamper kepada 12 keluarga di sekitar Parlimen Sri Gading bersama Sdr. Mohd Alias Sabu YDP, Sdr.Noor Khalim Sakib Timbalan YDP dan Hj. Salleh NYDP Sri Gading,” kata Aminolhuda Bin Hassan, Pesuruhjaya PAS Johor merangkap Adun Parit Yaani dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized

Sembang santai dapat sambutan

Januari 28, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

image

image

PROGRAM Sembang Santai bersama Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda Malaysia anjuran Pemuda Kawasan Gelang Patah berjaya dilakukan di sebuah warong.

“Alhamdulillah berjaya sembang santai warung kopi dengan abg suhaizan malam ni. Topik malam ni berkenaan kenaikan harga barang. Terima kasih teman2 dari pontian dan amal 4×4 yang turut sama hadir. Ketemu lagi di sesi sembang santai yg lain,” kata sumber dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized

Jom tonton JDT dapat sambutan hangat

Januari 20, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

image

PROGRAM Jom Tonton Perlawanan JDT bersama ANAK JOHOR DARUL TAKZIM di Dataran PR (Warong Harun) bersebelahan Raja Futsal, Parit Raja baru-baru ini.

Hadir sama, Aminolhuda Hassan, Adun Parit Yaani, Mohd Salleh Tamjis, Naib Pemuda Johor dan Mahadzir Mat Zili, Setiausaha Pemuda PAS Johor.

Kategori:Uncategorized

Flash Mod PR di Pasir Gudang

Januari 20, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

image

“FLASH MOB @ psR gdg gabung dgn PKR,” kata Norhisyam Mamat, Ketua Pemuda PAS Pasir Gudang dalam satu kenyataam.

Kategori:Uncategorized

Sinar kunjungi PR Pontian

Januari 20, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

KUNJUNGAN Mesra Sinar Harian Bersama Pakatan Rakyat Pontian sekitar 30 orang rata-ratanya dalam kalangan wartawan.

Program dianjurkan di Pejabat PAS Kawasan Pontian baru-baru ini.

Seramai 10 penerima sumbangan kebajikan yang terdiri daripada 6 orang Melayu dan 3 kalangan Tionghua.

Hadir sama, Mohd Hanafiah Editor Sinar Harian Edisi Johor, Dr Lee, Ketua Cabang Tanjung Piai, YbYeo Tung siong, Adun Pekan Nenas, Ketua Cabang keadilan Pontian, Abdul Rahman Mosman dan Raden Sarobo Pono, YDP PAS Pontian.

Kategori:Uncategorized

Memperkasakan Langkah perjuangan

Januari 15, 2014 Tinggalkan komen

image

Oleh Mazlan Aliman

YB Hj Aminolhuda Hassan, Pesuruhjaya PAS Johor yang baru, telah mengumumkan barisan pimpinan beliau bagi sesi 2013-2015 dalam Mesyuarat pertama pada hari semalam.

Selain berlaku beberapa rombakan penting, kombinasi golongan profesional, Ulama’ dan aktivis memperkukuhkan lagi kepimpinan yang di bina oleh Pesuruhjaya lalu.

Penyertaan kembali bekas Jurutera Daerah, Tuan Hj Khairudin Abd Rahim yang pernah menjadi SU Dewan Pemuda PAS Johor amat di alu2kan.

Beliau dilantik sebagai SU Badan Perhubungan PAS Negeri yang baru dengan misi besar iaitu perpindahan Pejabat PAS Johor di Batu Pahat pada waktu ini ke Johor Bharu.

Ianya adalah resolusi Konvensyen PAS Johor pada 3 nov 2013 lalu. Hj Khairudin adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Pt Sulong dan Calon PAS Parlimen Pt Sulong dalam Pru 13.

Bagi merealisasikan impian untuk mempastikan Pejabat Pentadbiran PAS Johor di Johor Bharu atas bangunan sendiri, Tuan Hj Dzulkifli Ahmad, TPJ 1 dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bangunan berkenaan. Adalah dianggarkan kos yang diperlukan termasuk renovation sekitar sejuta ringgit.

InsyaAllah, dalam tempoh tidak lebih dua tahun, proses perpindahan akan dapat disempurnakan.

Selaras dengan Johor Bharu sebagai Ibu negeri dan berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di Nusajaya; langkah memindahkan Pusat Pentadbiran PAS Johor dari Batu Pahat ke JB adalah sangat tepat dan kena pada masanya.

Satu lagi komitmen terpenting sepertimana di putuskan oleh PAS Johor di penghujung pimpinan Dato’ Dr Mahfodz Mohamed ialah mewujudkan Kompleks Pendidikan PAS Johor.

Waktu itu Hj Aminolnuda diberi tugasan tersebut. Memandangkan beliau telah menjadi PJ dan terdapat beberapa jawatan utama yang automatik disandangnya; maka, saya selaku TPJ 2, di beri amanah yang sangat besar ini.

Tanah sebagai tapak kompleks telah pun ada. Modelnya seperti Muassasah Darul Ulum Kedah akan diguna pakai, selain beberapa sample institusi pendidikan lain.

Perlantikan Hj Pirdaus Mas’od, Lawyer muda, yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Segamat, sebagai TPJ 3, bakal mengisi ruang pelapis pemimpin masadepan.

Hj Pirdaus, Faisol Salleh (Ketua Dewan Pemuda), Anis Afida Azli, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Cikgu Normala Sudirman dan Ust Kherol Muntanazar, adalah antara barisan pemimpin muda PAS Johor yang berpotensi mengisi vakum yang bakal ditinggalkan pemimpin senior hari ini.

Alhamdulillah, PAS Johor semakin berkembang dan melahirkan pimpinan hingga ke peringkat nasional.

Kalau dulu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan UMNO Johor, kini jurangnya semakin kecil.

Moga2 aspirasi menuju ke Nusajaya bukan fantasi lagi.

RAHMAT UNTUK SEMUA

Kategori:Uncategorized

Yb Idris Ahmad di Maharani

Januari 15, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

Fb Mohammad Taslim

AHAD 12.1.14. Ceramah Maulid al-Rasul 1435H Bersama YB Ustaz Idris Ahmad ( Ahli Parlimen Bukit Gantang/AJK PAS MALAYSIA) di Kg Pt Samsu Darat, Muar.

Admin adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Maharani.

Kategori:Uncategorized

Yb BP sampaikan sumbangan

Januari 15, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

Fb Malikfaishal Ahmad 

AHLI Parlimen Batu Pahat Datuk Idris Bin Jusi menyampaikan sumbangan kepada penduduk wargatua di sekitar Jalan Abu Bakar, Batu Pahat.

Kategori:Uncategorized

Siapa Bughah sebenar?

Januari 15, 2014 Tinggalkan komen

image

Fb Mazlan Aliman

LAPORAN Polis ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, mengenai dakwaan menerima sogokan dalam isu tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Puteh semalam, adalah salah satu contoh bagaimana pengkhianatan dan penderhakaan tokoh kanan negara kepada negara.

Meskipun ia suatu dakwaan, namun, keberanian seorang bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, melalui Akuan Bersumpahnya wajar dipuji.

Ada yang membuat spekulasi, ia suatu komplot untuk menjatuhkan Ghani Patail.

Tetapi apa yang sangat penting, ianya soal intergriti yang pastinya mencemarkan nama baik beliau sebagai seorang Peguam Negara.

Ghani Patail mesti membersihkan imejnya yang tercalar dengan teruk. Sekadar memberi respon kepada YB Rafizi Ramli untuk disiasat akaunnya yang didakwa menerima amaun yang besar, tentu tidak dapat membersihkan reputasinya sebagai pegawai kepercayaan Perdana Menteri.

Seharusnya, beliau mengambil tindakan saman kepada Datuk Mat Zain dan pihak2 yang menyebar fitnah dan menjatuhkan nama baiknya.

Saya telah acapkali mendedahkan kes salah laku dan pengkhianatan seperti ini.

Antaranya, sewaktu Muhyiddin Yasin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah memajakkan tanah seluas 21,600 hektar(53,374 ekar) kepada Singapura pada tahun 1988. Ia digunakan untuk membina Empangan Linggiu bagi membekalkan air kepada Singapura.

Siap pada tahun 1994, jadi wilayah ‘autonomi’ yang dikawal ketat. Kalau empangan setinggi 193 meter itu pecah, daerah Kota Tinggi akan tenggelam.

Saya dimaklumlan, Singapura membayar pampasan kepada Johor atas tanah tersebut bernilai RM320 juta selama 60 tahun. Status cukai tahunan atas tanah dan hasil jualan kayu balak yang dikatakan bernilai bilion ringgit tidak diketahui apa ceritanya.

Apa perlunya Johor anugerahkan tanah yang begitu luas kepada Singapura, walhal loji Public Utilities Board Singapura(PUB) telah wujud puluhan tahun di Skudai, Tebrau, Ulu Choh dan Gunung Pulai?

Bagaimana kedudukan tanah PUB di belakang Kem Pulada dan Kg Sungai Telor di Kota Tinggi?

InsyaAllah, siri2 pendedahan mengenai petualang dan penderhaka sebenar negara akan dibongkar dari masa ke semasa. Mereka inilah Bughah yang seharusnya diperangi.

Mereka jual negara, tali barut asing dan bertanggungjawab menjahanamkan negara sendiri!

P/s Sidang Media selepas laporan polis semalam. 

Kategori:Uncategorized

PJ bertandang ke Benut

Januari 15, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

Hj. AMINOLHUDA Hassan, Pesuruhjaya PAS Johor  bertandang ke Benut, Pontian.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Parit Yaani berkesempatan menyampaikan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Cawangan Sanglang, Benut.

Program turut dihadiri kaum Tionghua yang merupakan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian.

Kategori:Uncategorized