Arkib

Archive for Disember 2013

Ke mana tokoh yang boleh kritik pemimpin korup?

Disember 29, 2013 Tinggalkan komen

image

Oleh Mazlan Aliman

PANGKAT, harta dan wanita adalah ujian yang selalu melalaikan manusia kepada Jalan Allah.

Pemimpin yang berkuasa dan dibuai kemewahan tidak akan merasa bersalah mendera rakyatnya dengan segala bebanan hidup.

Janji manis sebelum menang pilihanraya, adalah lakonan semata.

Naikkan harga minyak, tarif elektrik, tol, tambang bas, mansuhkan subsidi gula, perkenal GST dan berbagai kenaikan; menambah derita rakyat.

Mandat yang diberi dikhianati.Pemimpin guna alasan sama. Kenaikan tidak dapat dielakkan. Masih rendah jika dibandingkan negara lain.

Rakyat kena berjimat cermat dan bekerja lebih keras untuk majukan diri.Le ni muncul pakar motivasi dan tokoh berpengaruh.

Selalu keluar di kaca tv atau artikelnya di media. Guna Firman Allah dan Hadis Nabi.

Semuanya sudah ditentukan Allah. Jangan lawan pemerintah, derhaka…Kita kena positif, positif, positif…..Tiada keberanian untuk menegur sang pemerintah, bimbang terjejas pulusnya!

Hakikatnya, bila dunia kita berubah, kerap hilang pertimbangan.

Keselesaan hidup boleh merosakkan pemikiran dan persepsi kita terhadap masyarakat. Maklumlah, pendapatan puluhan ribu setiap bulan.

Rumah bak istana, lengkap segala2nya. Apa nak dipandangnya orang kebanyakkan tanpa harta.Seronok dipuji dan disanjung manusia.

Slot di kaca tv, jutaan manusia yang menontonnya. Persetan dengan pesawah padi, penoreh getah dan pemandu teksi….Berapa kerat pemimpin dan tokoh berpengaruh menerobos kehidupan marhaen?

Hatta, sewaktu banjir besar baru2 ini turun padang tanda kebersamaan dengan sengsara rakyat?

Berapa ringgit wang mereka dibelanjakan untuk disumbang kepada mangsa banjir?Inilah tembok besar yang memisahkan kita dengan masyarakat.

Kedaifan nelayan atau buruh binaan yang masih termenung memikir kos anak yang mula bersekolah 1 Jan ini; jauh bezanya dgn si kaya yang berbelanja sakan di Pusat membeli belah dengan pakaian berjenama. 

Saya semakin bimbang dengan trend masyarakat hari ini. Jurang semakin melebar.

Hidup mementingkan diri sendiri. Tahap kepedulian luntur. Golongan elit terpisah jauh. Bicaranya menyakitkan hati rakyat yang duka dan terseksa dek hidup yang sukar. Isteri pemimpin luar biasa seleranya.

Anak menteri membeli kondo ratusan juta. Duit PPRT di sapu, projek lembu masuk tembolok anak beranak menteri…

Bila rakyat amarah, oooh, nak guling kerajaan!Di tangkapnya anak muda yang bangkit.Dinyahkan kritikan rakyat.

Mana perginya tokoh berpengaruh dan pakar motivasi yang sedia mengkritik pemimpin korup?

Kita ketandusan tokoh berprinsip dan bersama denyut nadi rakyat.

Lebih ramai yang jadi pengampu dan pembodek.

Komennya merapu, terasa pedih hati rakyat mendengarnya.

P/s Sukarelawan AMAL, berAMAL kerana Allah.

Kategori:Uncategorized

TKP sampaikan sumbangan

Disember 27, 2013 Tinggalkan komen

image

image

image

image

USTAZ Mohd Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan di Mersing.

“22 orang pelajar golongan kurang bekemmpuan…. di Surau Haji Ali Uda Mersing Kanan Dun Endau,” kata Ustaz Azam lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Jom naik sekolah

Disember 26, 2013 Tinggalkan komen

image

PROGRAM Jom naik sekolah bersama anak yatim & kurang mampu 25.12.13 anjuran Lajnah kebajikan PAS Kaw. Pontian di pasaraya ku bermula jam 11.00 pg.

Ia dimulai dgn pendaftaran anak2 seramai 55 org bersama ibu/ pejaga masing2 , diikuti dgn ucapan pengarah program, penyelia pasaraya ku caw. Ptn, tazkirah oleh KDPPP U. Faizul Hakim.

Program telah dirasmikan oleh sdr. Shamsudin Jaafar Naib YDP PAS Kaw. Ptn. merangkap ketua Lajnah Kebajikan & penyerahan kupun RM 50.00 setiap seorang  utk perbelanjaan.

Akhir program peserta & keluraga diberi jamuan tgh hari & sesi bergambar ………

Bagi pihak penganjury mengucapkan jutaan terima kasih semua yg hadir , para dermawan seluruh jentera PAs Kaw. Ptn. Termasuk pengurusan pasaraya ku dlm menjayakan program tersebut mudah2an mendapat keberkatan & rahmat dari Allah SWT. ….. Amin takbir tk.

Razali Limat
Setiausaha Lajnah Kebajikan

Kategori:Uncategorized Tag:

Pemuda rai Ajk Ijtimak Tarbawi

Disember 24, 2013 Tinggalkan komen

image

image

image

image

JAMUAN Meraikn Petugas IJTIMA TARBAWI 3.0 di Mahad Tahfiz Muhamadi,Kndang Ulu, Pagoh pd 24-12-13 (Selasa).

Menu Kambing golek disediakan kepada para tetamu.

Antara yang hadir Suhaizan Kait, Ketua Pemuda Malaysia, Aminolhuda Hassan, Pesuruhjaya PAS Johor.

Kategori:Uncategorized Tag:

Back to School

Disember 23, 2013 Tinggalkan komen

image

Oleh Aminolhuda Bin Hassan

PROGRAM “back to school” DUN PT.YAANI.

Seramai 58 peserta anak2 dari keluarga berpendapatan sederhana menerima bantuan.

Antaranya ialah 3 beradik yatim piatu yang bapanya arwah Supian meninggal dipatuk ular.

HJ. Aminolhuda adalah Pesuruhjaya PAS Johor merangkap ADUN Parit Yaani – ibn bacoks.

Kategori:Uncategorized Tag:

Ahad pakai baju batik

Disember 22, 2013 Tinggalkan komen

image

Oleh Mohammad Taslim

SELAMAT DATANG TAHUN 2014:

Pemakaian Baju Batik di Johor ditukar ke hari Ahad mulai1 Januari 2014.

Dr Mohammad adalah ADUN Maharani – ibn bacoks

Kategori:Uncategorized Tag:

Arak berleluasa di jual Puteri Harbour Nusajaya

Disember 20, 2013 Tinggalkan komen

image

Oleh Dr Ungku Mohd Noor

DALAM keghairahan menarik kemasukan pelayar antarabangsa sebagaimana Singapura, kerajaan turut menyediakan pub dan gerai menjual arak secara terbuka.

Dalam tinjauan ke lokasi, ia turut menjadi laluan keluarga dan anak-anak yang melewati kawasan itu .

Sempat mendengar suara seorang kanak-kanak bertanya kepada ayah nya, “air apa ayah”, lalu di jawab olih ayah nya, “air setan” .

Kita tunggu puting beliong bergerak ke kawasan ini pula, in sya Allah.

Kategori:Uncategorized

PAS di hati rakyat

Disember 17, 2013 Tinggalkan komen

image

Oleh Mazlan Aliman

SEPANJANG lawatan dan ziarah yang saya lakukan di Mersing, Kuantan, Jengka, Jerantut, Temerloh, Paya Besar dan Kemaman; adalah jelas, Sukarelawan PAS yang menguasai medan.

Anggota AMAL dari seluruh negara yang dipecahkan kepada daerah2 yang dilanda banjir dengan uniform resmi berwarna merah sekali lagi mengulangi kecemerlangan mereka sebagaimana banjir besar di Johor tahun 2006/2007.

Bezanya kali ini jumlah anggota AMAL jauh lebih ramai dan peralatan yang dibawa lebih lengkap. Apa jua tugasan mampu dilakukan.

Mangsa banjir memuji2 peranan anggota AMAL. Masyarakat seluruh negara juga begitu mempercayai untuk menyalurkan sumbangan melalui PAS.

Buktinya, banyak Ngo dan badan2 Amal serta institusi Masjid Surau yang datang ke Markaz Operasi seliaan PAS untuk menyumbang bantuan.

Mereka yakin PAS dapat menyalurkan sumbangan dengan amanah dan sampai ke semua mangsa banjir tanpa mengira idealogi politik.

Semalam dan hari ini sahaja dianggarkan hampir seribu lima ratus sukarelawan tempatan dan luar sedang melaksanakan operasi besar2an di daerah Kuantan, Temerloh dan Kemaman yang paling teruk dilanda banjir.

Kerja utama ialah pembersihan rumah ibadah, kawasan rekreasi dan rumah2.

Sukarelawan tidur di masjid surau manakala muslimat di rumah ahli PAS. Bermula seawal jam 8 pagi bertungkus lumus bekerja hingga berhenti rehat untuk makan dan solat Zohor.

Di Surau Sg Isap dan Masjid AlFatah sahaja menempatkan sukarelawan dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan yang jumlahnya hampir 400 orang.

Memandangkan masa depan mangsa banjir yang menyedihkan ekoran kemusnahan harta benda, apatah lagi berdepan penggal baru persekolahan 2014; saya telah mencadangkan kepada kepimpinan PAS Kawasan yang terlibat, pimpinan negeri dan badan Ngo seperti Yayasan Amal, Muslim Care dll, menggerakkan satu lagi usaha mengumpul dana dan peralatan sekolah untuk pelajar2.

Sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban ibubapa yang berdepan kesukaran yang amat sangat menghadapi hari2 mendatang.

Sudah sampai masanya Gerakan Kebajikan seperti ini dipertingkatkanhingga kepada suatu tahap; jika Kerajaan yang memerintah gagal menangani keperluan mangsa banjir secara efisien, secara automatik, PAS sedia ambilalih.

InsyaAllah, penubuhan suatu badan seperti Pusat Bencana PAS Malaysia atau apa nama sekalipun yang bersifat kekal, terancang dan diurus secara profesional, akan merealisasikan hasrat meletakkan sepenuhnya kerja2 kebajikan bagi membantu rakyat jelata.

BerAMAL kerana Allah.

RAHMAT UNTUK SEMUA

P/s menyerahkan sumbangan PAS Kawasan Kulaijaya kepada YDP PAS Kawasan Kemaman, Ust Alias Abd Hamid. Turut bersama Sdr Aziz Jaafar dan sukarelawan PAS Kulaijaya dan Sdr Jamulidin Elias, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Msia.

Kategori:Uncategorized Tag:

Samsudin berjaya jumpa Mazlan

Disember 17, 2013 Tinggalkan komen

image

Oleh Mazlan Aliman

KETIKA membuat ziarah di 8 buah rumah peneroka Felda Jengka 15 yang menjadi mangsa banjir, sdr Rosdi memaklumkan kepada saya ada seorang peneroka tambahan di Felda tersebut yang ingin bertemu saya.

En Samsudin Omar, 57 tahun, terlibat dalam suatu kemalangan di tempat kerja sejak 21 tahun lalu. Beliau lumpuh dan bergerak dengan kerusi roda.

Seorang yang sangat tabah. Meluangkan masa dengan membaca dan salah seorang pengguna media baru.

Bayangkan pengorbanan isterinya selama ini dalam menjaga beliau. Bukan calang2 isteri yang setia berkhidmat dalam tempoh yang amat panjang.

Tahniah buat isteri dan anak2 beliau.

Alhamdulillah, beliau dan isterinya telah menunaikan Fardu Haji dengan sempurna dan mendapat layanan baik sebagai seorang OKU.

P/s Bersama Ust Aris Faizol, Ust Rahim dan peneroka tempatan. Saya hadiahkan buku ‘ Tragedi Felda Lembah Klau’ kepadanya.

Kategori:Uncategorized

Timb. KP sampai sumbangan banjir

Disember 7, 2013 Tinggalkan komen

image

image

image

image

image

“SEKARANG ana bersama Mazlan, Zaki onway ke Kuantan…slps prgrm Ziarah dan Sumbngan mangsa di Kg Sri Lumpur Mersing,” kata Ustaz Azam, Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor.

Kategori:Uncategorized Tag: