Arkib

Archive for Jun 2012

LUAR NEGARA : Stesen TV Dibom, Syria Salahkan EU

SYRIA hari ini menyalahkan sekatan Kesatuan Eropah (EU) dikenakan terhadap media yang prokerajaan menyebab insiden serangan ke atas agensi penyiaran itu berlaku.

Semalam, serangan terhadap pejabat televisyen satelit prokerajaan dekat bandar raya Damsyik ini membunuh tiga wartawan dan empat pengawal keselamatannya.

Siaran langsung oleh televisyen kerajaan menunjukkan kerosakan teruk studio al-Ikhbariya.

Menurut Menteri Maklumat dan Komunikasi, Omran al-Zohbi, pihak bertanggungjawab telah merempuh pejabat penyiaran itu, meletakkan bahan letupan dalam studio dan meletupkannya bersama peralatan di situ.

”Ini bukan serangan sebarangan,” katanya sambil menyalahkan sekatan EU dikenakan terhadap media yang prokerajaan.

”Semua yang berkempen menentang Syria, sama ada mereka saluran media, pegawai atau Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan khususnya mereka yang tidak menghiraukan kehadiran kumpulan lelaki bersenjata, perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah ini,” ujarnya lagi.

Saluran televisyen prokerajaan yang tidak dikenal pasti antara organisasi terbaru sekata EU terhadap kerajaan Syria.

Dalam perkembangan berasingan, wakil khas PBB dan Liga Arab, Kofi Annan sekali lagi memberi cadangan yang diharap berhasil untuk meredakan ketegangan di syria.

Semalam, Annan mencadangkan penubuhan kerajaan sementara yang akan menggabungkan penyokong Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan pembangkang di negara ini.

Ringkasan pelan tindakan Annan tersebut menyebut kerajaan peralihan itu tidak akan menjejaskan kredibiliti kerajaan atau melemahkan usaha untuk menuju ke arah perdamaian.

Bagaimanapun, menurut diplomat PBB, Assad dan beberapa pemimpin pembangkang mungkin tidak tersenarai di bawah pelan yang dirangka bertujuan untuk menamatkan konflik semakin meruncing di negara tersebut.

Difahamkan, pelan ‘Garis Panduan dan Prinsip Peralihan Pimpinan Syria’ itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar di Geneva pada sabtu ini.

April lau, Syria didakwa gagal mematuhi syarat pelan damai termasuk gencatan senjata yang dipersetujui bersama Annan dan negara tersebut terus dikecam selepas angka korban semakin meningkat setiap hari.

Bashar turut mengakui Syria kini berada di dalam kancah peperangan sebenar selepas tercetusnya konflik yang telah menjejaskan hubungan diplomatik dengan Turki.

Kategori:Uncategorized Tag:

Maniam; Panglima PAS Johor Yang Bakal Gerunkan UMNO

JOHOR BAHRU – M Subramaniam, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Johor disebut-sebut bakal bertanding di salah satu kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam pilihan raya (PRU) 13 akan datang.

Panglima perang PAS Johor yang baru itu, kini dilihat kerap turun ke pelusuk tanah air dikatakan begitu digeruni pemimpin UMNO-Barisan Nasional negeri termasuklah YB Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Paling membanggakan apabila beliau sebelum ini kerap mengungkap ‘Hari ini saya Hindu, malam ini saya Hindu tapi besok belum tentu’ adalah harapan semua pihak agar Maniam diberi hidayah oleh Allah swt kelak.

Pertemuan ibn bacoks dengannya semalam membayangkan, PAS Johor sudah berkira-kira akan meletakkan beliau sebagai antara calon dikalangan bukan Islam selepas Kumutha Raman bagi persediaan parti Islam itu untuk menawan Nusajaya.

”Saya berjuang dalam PAS bukan mahu dicalonkan. Tapi bila diberi amanah oleh pucuk pimpinan, saya terima walau di mana-mana tempat yang ada di Johor,” katanya ringkas seusai program Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor di Dataran Dahlia, dekat sini semalam.

Soalnya, di manakah DUN yang bertuah dan bersejarah itu, nyata hanya Allah, Para pimpinan, beliau dan penulis sendiri yang tahu.

Bagaimanapun, pengumumannya nanti akan memberi satu kejutan lagi selepas pengesahan Salahuddin untuk kembali ke negeri ini.

(Gambar, Maniam bersama Ustaz Nasruddin Tantawi – Murabbiku di Mesir, Sdr. Khairul Faizi, Ustaz Zulhelmi dan Ustaz Ibrahim)

Kategori:Uncategorized Tag:

DISKUSI KITAB : Saya Mestilah Muslim Di sudut Ibadah

IBADAH dalam Islam adalah merupakan kemuncak dari perasaan tunduk dan patuh kepada Allah dan klimaks dari perasaan yang merasakan kebesaran Allah sebagai tempat pengabdian diri.

Ibadah juga merupakan tangga penyambung antara makhluk dan penciptaNya. Selain. Dari itu ibadat mempunyai kesan-kesan yang mendalam di sudut hubungan makhluk dengan penciptaNya.

Tiada perbezaan antara rukun-rukun Islam dalam bidang ini. Solat, puasa, zakat, haji dan semua amal-amal-amal yang dilakukan manusia untuk mendapat keredaan Allah dan memelihara syariatnya adalah sama. Logik Islam menuntut supaya seluruh kehidupan ini adalah ibadat dan taat kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah yang bermaksud :

”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. Aku sekali-kali tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan,” (s, 51:56-57)

Untuk menjadikan saya seorang muslim dalam seluruh peribadatan saya, saya harus melakukan perkara-perkara berikut :

1. Menjadikan seluruh ibadah saya hidup dan berhubung terus dengan Allah sebagai tempat saya mengabdikan diri. Inilah yang dikatakan martabat ehsan dalam ibadah. Nabi saw yang ditanya dengan ehsan baginda menjawab dengan sabdanya :

”Kamu hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya sesungguhnya Dia melihatmu,”

2. Ibadah yang saya lakukan haruslan merupakan ibadat yang khusyuk. Dalam ibadat saya itu, saya haruslah merasa-rasakan kepanasan perhubungan saya dengan Allah dan merasakan kelazatan dari ibadat yang khusyuk.

Dalam hubungan ini, Aishah rah telah menyatakan :

”Selalunya Nabi bercakap dengan kami dan kami bercakap denganya. Apabila sampai waktu solat beliau seolah-olah tidak mengenali kami dan kami tidak mengenalinya,”

Inilah juga telah dinyatakan oleh Nabi dengan sabdanya;

”Berapa banyak orang yang berdiri (melakukan solat, sedang) bahagiannya dari solat itu hanyalah penat dan lelah,”

Juga dibayangkan dalam sabdanya:

”Berapa banyak orang yang melakukan puasa (sedang) bahagiannya dari puasanya itu hanyalah lapa dan dahaga,”

3. Sewaktu melakukan ibadah, saya haruslah menghadirkan diri dan hati (di hadapan Allah), membebaskan diri dari urusan dan kepentingan dunia. Inilah yang dibayangkan oleh Nabi dalam sabdanya:

”Allah tidak melihat solat lelaki yang tidak menghadirkan hatinya bersama badannya,”

Sehubungan dengan itu, telah disebutkan juga bahawa ”solat itu sebahagian dari urusan akhirat, apabila kamu masuk ke dalamnya beerti kamu telah keluar dari dunia,”

Diriwayatkan juga Hasan Basri yang katanya ”setiap solat yang dilakukan tanpa kehadiran hati maka solat itu lebih cepat membawa kepada seksaan,”

4. Dalam melakukan ibadah saya mestilah berasa tamak yang tidak kecukupan dan rakus yang tidak merasa kenyang.

Saya menghampirkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah semata-mata menyahut seruan Allah dalam hadis qudsiNya :

”Sesiapa yang memusuhi waliKu (orang yang menolongku) sesungguhnya Aku telah mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak hambaKu menghampirkan diri kepadaKu dengan (melakukan) sesuatu yang paling Aku sukai selain daripada hambaKu menghampirkan diri kepadaKu dengan (buat) perkara-perkara sunat sehinggalah Aku mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya maka Akulah pendengarnya yang dia mendengar dengannya. Akulah penglihatannya yang dia melihat dengannya. Akulah tangannya yang dia menampar dengannya dan Akulah kakinya yang dia berjalan dengannya. Apabila dia meminta kepadaKu nescaya pasti akan Kuberikan kepadanya, apabila dia meminta perlindunganKu nescaya pasti dia Kulindungi. Tidaklah Aku berasa ragu-ragu (melakukan) sesuatu yang Kulakukan seperti keraguan-keraguanKu untuk (mencabut) nyawa hambaKu yang mukmin yang bencikan mati (sedang) Aku benci menyakitinya,”

Bersambung…

Sumber : Maza Yakni Intimai Lil Islam

Kategori:Uncategorized Tag:

”Malam ini, saya lebih artis daripada sebelum ini,” – Leftenan Adnan

image

JOHOR BAHRU – Hairie Othman, Hero filem Leftenan Adnan memberitahu bahawa sambutan yang diterimanya daripada orang ramai pada kemuncak Himpunan Hijau Ke Putrajaya malam tadi sekaligus menolak dakwaan yang mengatakan sebab penyertaannya dalam PAS kerana sudah ‘tak laku’ dan popularitinya merudum.

Malah Hairie yang baru sahaja berlakon drama Waris yakin penglibatannya dalam PAS bakal menempuhi risiko yang pelbagai dan rezeki yang diperolehinya nanti hanya dianugerahkan Allah swt.

”Buat keputusan ini (menyertai PAS) berat untuk saya sebab ini pekerjaan saya berlakon sejak 20 tahun sampailah hari ini.

”Ramai yang bertanya. Dah fikir habis-habis. Lepas ini kena ban dengan TV3, RTM dan media lain. Kali pertama saya berceramah di Batu Gajah. Saya tanya orang ramai. Mereka kata berceramahlah!.

”Daripada itu, ada orang cakap sebab saya buat begini kerana semakin tak laku dan orang dah tak kenal. (namun) saya terharu dengan keadaan hari ini (malam ini). Orang kata tak laku, tapi hari ini, saya lebih ‘artis’ daripada sebelum ini.

”Saya yakin, bercakap begini, sanggup terima risiko. Kerana yakin beri rezeki bukan UMNO tapi Allah. Hari ini jelas terbukti. Hari ini, orang penuh. (adakah) ini tak laku?” katanya lagi.

Hairie berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya pada Majlis Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor di Dataran Dahlia, Taman Dahlia, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nikmat, Mursyidul Am PAS, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Nasruddin Hassan Tamtawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Pada majlis yang sama, Hairie telah menyerahkan borang untuk menyertai PAS kepada Menteri Besar Kelantan di hadapan puluhan ribu manusia yang memenuhi dataran tersebut.

Dalam pada itu, Hairie turut menambah dengan katanya, penggabungannya dalam gerakan Islam PAS merupakan sumbangan kecil kepada Islam disamping memenuhi tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Justeru, perjuangan yang berlandas kepada al-Quran dan Sunnah katanya merupakan pilihan terbaik bagi menumbangkan pemerintahan yang bercorak sekularisme.

”Saya pelakon Leftenan Adnan. Malah drama terbaru saya berunsur seram ‘Waris’ yang ditayang khamis malam jumaat. Saya jadi hantu.

”(saya nak isytihar) saya tidak mahu jadi hantu bukan setakat dalam filem, di luarpun saya berusaha tidak mahu jadi hantu,” ujarnya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

KISAH : Pengaruh Sanjungan Dalam Hidup

SETELAH Islam berkembang, kini ramailah sahabat-sahabat yang mendampingi Nabi saw. Mereka siap sedia berkorban pada menegakkan Islam menurut kemampuan, tua dan muda, perjuangan mereka itu semata-mata kerana Allah jua.

Sebagai seorang rasul, Nabi saw sedia mengetahui kehendak-kehendak manusia dalam hidupnya dan memahami keperluan jiwa raga mereka.

Diantaranya ialah penghargaan dan sanjungan dalam batas-batas yang wajar merupakan satu keperluan manusia seperti juga perlunya pada makan dan minum.

Lantara itu, baginda sering mengucapkan kata-kata sanjungan kepada sahabat-sahabat menurut keadaan mereka. Kegembiraan mereka menjadi penggerak bagi menyediakan dirinya taat kepada Allah dan RasulNya dan bertambah kuat keimanan mereka. Allah juga memberikan penghargaan kepada hambaNya yang mukmin sepertimana dalam firman-firmanNta.

”Nabi mempunyai dua menteri (pembantu) di langit dan di bumi. Dua pembantu di langit dan di bumi ialah Malaikat Jibrail dan Mikail. Manakala pembantuku di bumi ialah Abu Bakar dan Umar al-Khattab,”

Baginda menyanjungi Abu Bakar sebagai sahabat yang banyak jasa dan sumbangannya kepada baginda dan Islam. Abu Bakar menerimanya dengan jiwa yang tawaduk, merendah diri.

”Syaitan sungguh takut pada engkayu, wahau Umar,”

Demikian sanjungan Nabi kepada Umar sesuai dengan kenyataannya. Umar yang berbadan tegap, besar dan penih hibbah itu sewajarnya syaitan merasa takut kepadanya.

”Aku berasa malu pada Othman, malaikat juga malu kepadanya,”

Penghargaan Nabi kepada Othman bersesuaian sekali dengan sikap dan peribadinya yang pemalu, baik kepada manusia lain, apa lagi kepada Allah.

Kerana pemalunya, beliau telah mengorbankan segala harta bendanya untuk agama Allah melebihi dari yang lain. Memang beliau terkenal sebagai sahabat yang kaya dan ahli berdagang.

”Aku ini gudang ilmu pengetahuan (hikmah), sedangkan Ali bin Abi Tolib merupakan kuncinya,”

Sahabat Nabi yang luas ilmu dan ahli hikmat ialah Ali bin Abi Tolib sehingga beliau mendapat sanjungan yang indah itu. Kata-kata hikmahnya masih dapat kita nikmati hingga sekarang ini, melebihi kepahlawanannya di medan perang.

Khalid al-Walid saifullah (pedang Allah). Demikian pula sanjungan yang diberi kepada seorang manusi yang berani dan berkeahlian dalam peperangan. Dua patah perkataan itu ‘pedang Allah’ benar-benar hidup dalam jiwanya dan dapat disaksikan ketika beliau berada di medan perang. Penghargaan dan sanjungan yang menggerakkan jiwa jihadnya menyala terus menerus hingga akhir hayatnya.

”Abdul Rahman Auf saudagar Tuhan”

Abdul Rahman Auf memang layak diberi sanjungan itu kerana beliau merupakan seorang saudagar yang ulung masuk Islam. Keahliannya berdagang seperti Othman Affan dan begitu juga dengan pengorbanan harta bendanya.

”Suara Abu Talhah lebih berharga dari 1000 tentera di medan perang,”

Pahlawan agung ini mempunyai semangat jihad yang tinggi sehingga suaranya berkesan di medan perang. Sanjungan yang diberi Nabi telah menambah berkobarnya semangat jihad.

Pahlawan agung ini mempunyai semangat jihad yang tinggi, sehingga suaranya berkesan di medan perang. Sanjungan yang diberi Nabi saw telah menambah berkobarnya semangat jihad.

”Jibrail bersama engkau wahai Hasan bin Tsabit, hadapi tentang musuh (dengan syair),”

Penyair ini bukan sahaja seorang pahlawan perang dan saudagar kaya, tetapi beliau memiliki bakat yang hidup dan kuat sehingga kata-kata syairnya dapat membela Islam dan Nabi iaitu tidak kurang tajamnya dari pedang Khalid al-Walid.

Peranan penting yang dimainkan Hasan Tsabit ini ialah susunan dan rangkuman syairnya yang berjiwa iman amat berkesan didengar dalam suasana penuh kedamaian. Ketika Nabi menyanjunginya, Jibrail ada disampingnya.

”Salman al-Farisi, pelopor iman dari Parsi,”

”Bilal pelopor iman dari Habsy,”

”Shuhaib pelopor iman dari Rom,”

Ketiga-tiga sahabat ini tidak berasal dari orang Arab, mereka pendatang dari daerah lain. Mereka datang mencari kemurnian iman sehingga mereka disebut ‘sabiq’ iaitu pelopor iman bagi kaumnya,

Sanjungan yang diberikan amat bergarga kepada ketiga-tiga insan ini maka tidak hairanlah mereka itu telah mempertahankan Islam dengan segala jiwa raga.

”Wahai Khadijah, Jibrail datang menyampaikan salam kepadqa engkau,” demikian sanjungan Nabi pada isteri pertamanya dan sudah tentu Khadijah berasa bangga dan gembira sekali.

Sesungguhnya sanjungan dan penghargaan Nabi kepada sahabat-sahabatnya banyak sekali dan kata-kata itu telah menambahkan kesungguhna mereka beramal dan berjuang. Bagi kita hendaklah pandai mencontohinya kerana sangay buruk sekali kalau orang tidak mahu menghargai usaha teman-teman atau anak buah mereka tetapu mencela sahaja berpanjangan atau terus menindas.

Nabi saw yang memberikan contoh-contoh, tidaklah setiap saat menyanjung sahabat-sahabatnya tetapi sanjungan yang sedikit dan tepat pada masanya dapat menghidupkan roh pengorbanan dalam jwa mereka. Ia seolah-olah satu vitamin tetapi lebih diperlukan dari vitamin. Vitamin sanjungan ini diperlukan oleh jasmani. Nabi telah memberikan contoh-contoh yang baik.

Kategori:Uncategorized Tag:

Derita ‘Mandi Debu’ Setiap Hari, Lagi Aduan Kepada PAR Benut

image

PONTIAN – Pengguna di laluan Jalan Kampung Pt. Makuaseng menghala ke jalan utama Batu Pahat – Pontian terpaksa  ‘bermandi’ debu setiap hari terutama ketika cuaca panas kerana ditampal tanah merah kanan-kiri pada jalan terbabit.

Menurut seorang penduduk, Asmadi Bachok, para penduduk yang melalui jalan tersebut terpaksa berhadapan suasana yang tidak selesa yang mana ia boleh membawa kesan penyakit.

”Simpati terutamanya penunggang motosikal kerana terpaksa berdepan masalah habuk berbanding dengan mereka yang berkereta.

”Ketika cuaca panas debu berterbangan semakin ketara. Jika tidak diatasi debu pasir ini boleh mendedahkan pengguna kepada penyakit asma dan batuk. Bahkan kesian tengok anak sekolah, sampai merah baju dek habuk,” katanya lagi.

Asmadi berkata, pihak terbabit sepatutnya menurap jalan itu sekurang-kurangnya tanah kasar berbanding tanah merah seperti sekarang.

”Kalau nak lebarkan jalan sekalipun, turap aje semuanya. Perkara ini semakin membuatkan penduduk berasa kurang selesa,” katanya lagi.

Asmadi berkata demikian ketika ditemui pada program XPDC Kebajikan di Unit Peti Undi (UPU) Parit Abdul Rahman, dekat sini, baru-baru ini.

Pada program yang sama, peserta program berkesempatan menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan harian kepada seorang pesakit iaitu Andik Karim Andik Mori di kampung Parit Wak Jabir.

Sehubungan itu, aduan telah dipanjangkan kepada PAR Benut sebagai tindakan lanjut.

Kategori:Uncategorized Tag:

LUAR NEGARA : ‘Wanita’ Timbalan Presiden MESIR?

SETELAH berlakunya himpunan menggulingkan rejim zalim Hosni Mubarak, sekali lagi Mesir bakal melakarkan kejutannya apabila salah seorang timbalan presidennya adalah wanita.

Perkara ini dinyatakan oleh penasihat dasar kepada Dr Muhammad Morsi, Ahmed Deif dengan katanya, untuk pertama kali dalam sejarah Mesir, wanita akan diberi kepercayaan untuk bersama presiden baru menerajui negara tersebut.

”Wanita yang dilantik untuk memegang jawatan timbalan beliau itu tidak hanya mewakili suara golongan mereka tetapi akan turut memainkan peranan sebagai penasihat kepada presiden,” katanya.

Memetik laporan Sinar Harian, Morsi sebelum ini pernah melarang penglibatan wanita dalam politik tetapi pendiriannya berubah selepas pillihan raya pusingan kedua pada awal bulan ini.

”Wanita mempunyai hak setaraf dengan lelaki. Jadi, selagi ia tidak melanggar Perlembagaan, tidak perlu wujud jurang antara jantina di negara ini,” kata Morsi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Jalan Tak Berturap, Majukah Johor?

image

KLUANG – Adalah menjadi suatu perkara yang pelik apabila negeri yang berjolokan ‘maju’ oleh sesetengah orang tidaklah indah bagai dikata kerana masih ada jalan di negeri ini tidak berturap.

Seperti yang dilaporkan Sinar Harian, kira-kira 10 keluarga yang tinggal di Lorong Satu, Kampung Maju Jaya, Machap, di sini, merayu pihak berkenaan agar segera menurap jalan masuk ke lorong itu edemi keselesaan dan kemudahan penduduk di situ.

Laporan itu turut menyebut, Kampung yang telah wujud sejak 1968 itu, yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 340 keluarga, hanya Lorong Satu sahaja tidak diturap, sedangkan lorong lain berturap.

Ketua Kampung Seri Maju Jaya, Hashim Misnan dilaporkan berkata, masalah berkenaan sudah lama berlaku dan telah dibawa ke pengetahuan pihak bertanggungjawab tetapi sehingga kini masih juga tiada jawapan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

”Jalan di Lorong Satu itu tidak sampaipun satu kilometer dan ia adalah laluan utama bagi penduduk di lorong berkenaan untuk menjalankan urusan seharian termasuk mengeluarkan hasil tanaman seperti kelapa sawit.

”Meskipun tidak jauh mana, tetapi penduduk di lorong berkenaan dirasakan wajar merasai kemudahan jalan berturap di kawasan lain dan bukannya diturap dengan tanah kasar sahaja kerana apabila hujan jalan tersebut lecak.

”Kami meraskan adalah tidak patut untuk meminggirkan penduduk di Lorong Satu itu, sedangkan penduduk lain di kampung ini menikmati kemudahan yang telah diberikan kerajaan,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

SIRAH : Saki Baki Agama Hanif Dalam Jahiliyyah Arab

PERKEMBANGAN sejarah Arab dari mula hingga akhirnya adalah dalam pangkuan agama Hanif yang lapang dan muda, agama yang diutuskan bapa para Nabi, iaitu Ibrahim as.

Bangsa Arab ini sudah pernah dilimpahi akidah tauhid, pernah disuluhi cahaya hidayah dan iman, tapi kemudiannya mereka menjauhi agama yang benar itu sedikit demi sedikit dengan berlalunya zaman berkurun-kurun lamanya.

Maka keadaan bertukar di mana kegelapan syirik dan pemikiran sesat serta kejahilan yang laksana banjir telah menenggelamkan mereka.

Disampin itu, mereka tetap juga mengekalkan saki baki petunjuk yang benar dari prinsip-prinsip yang tulen yang telah lama tersembunyi dalam perjalanan yang lambat bersama sejarah mereka semakin lemah bersama zaman, semakin kurang para pendokongnya dari tahun ke tahun.

Akan tetapi, manakala bersinar obor agama Hanif dengan kebangkitan Khatamul Anbiyak Muhammad saw tibanya wahyu Ilahi ke setiap yang telah menjadi tebal dengan kesesatan dan kegelapan dalam jangka masa yang panjang itu, maka semuanya itu telah dihapuskan oleh wahyu, diteranginya semula tempat itu dengan suluhan iman dan tauhid dengan prinsip-prinsip keadilan dan kebenaran, tibanya wahyu Ilahi kepada saki baki tersebut yang telah begitu lama dilalui oleh kehidupan bangsa Arab, mengubahkan kehidupan mereka ke tempat pancaran agama yang diutuskan Ibrahim as untuknya, ditetapkan kembali syariah-syariah Ilahiyyah serta diperbaharui dakwah untuk itu.

Tidak ragu-ragu bahawa adalah menjadi perkataan yang tidak dikehendaki kalau kita perkatakan juga perkara-perkara sudah dikenali dan diketahui oleh orang yang telah membaca dan meneliti sejarah pastinya itu merupakan suatu yang tetap dalam batin orang-orang yang telah mempelajari Islam.

Bukanlah kita berhajat hendak menghabiskan banyak masa pada zaman ini dalam menjelaskan apa yang telah jelas iaitu setelah kita melihat dengan mata kepala kita bagaimana sesetengah manusia dapat ditundukkan ‘itikad mereka semata-mata kerana keinginan dan kegemaran yang ada dalam diri-diri mereka.

Ya, memang ada jenis manusia seperti itu yang hidup di dunia ini, mereka ini tidak pernah ambil kisah bahawa akal mereka telah dibelenggu seketat-ketatnya dengan rantai penghambaan, otak pemikiran mereka dijajah dan diperhambakan.

Betapa besarnya perbezaan antara bahawa iradah kemahuan anda ada di belakang akidah anda dengan adanya akidah di belakang iradah kemahuan anda, betapa jauhnya beza antara keduanya di segi ketinggian dengan kerendahan antara kemuliaan dan kehinaan.

Apa yang kita katakan tadi adalah jelas dengan bukti dan keterangannya, betapa kedapatan manusia-manusi yang berkata -Bahawa sejak zaman Jahiliyyah – di masa hampir dengan kebangkitan Nabi saw, sudah ada kesedaran untuk kembali ke jalan yang betul yang layak diikutinya, lalu pemikiran orang-orang Arab pun mula memberontak terhadap syirik dan penyembahan berhala dan seumpamanya yang berupa dongengan-dongengan jahiliyyah dan kemuncak kesedara dan pemberontakan pemikiran itu muncul menjadi kenyataan dengan kebangkitan Nabi dan dakwahnya dalam bentuk dan rupa baru.

Sedangkan konsep dakwah itu seperti yang jelas kepada anda. Bahawa sejarah perkembangan jahilliyyah adalah semakin meningkat penguasaannya ke atas hak-haka tauhid dan nur hidayah, ini berlaku dalam edaran zaman yang begitu panjang.

Atau ertinya semakin jauh mereka dari zaman Ibrahim melalui sekian kurun semakin hampir kembali kepada prinsip-prinsip agama Ibrahim dan dakwahnya hingga sampailah kehampiran itu ke tahap yang terakhir iaitu saat-saat kebangkitan Muhammad saw.

Adakah begitu ukiran sejarah, atau ukiran tepat dari sejarah adalah pada keseluruhannya sebalik itu, kenyataan sejarahnya begitu mudah difahamkan semudah menyebut ‘Lif dan Ba’nya yang begitu jelas difahamkan.

Setiap pengkaji dan penyelidik sejarah yang bebas, tahu bahawa zaman di mana Muhammad saw adalah zaman Jahiliyyah yang paling jauh dari hidayah atau petunjuk Nabi kalau dibandingkan dengan semua zaman dan saki baki runtuhan yang ada pada orang Arab ketika kebangkitan Nabi saw itu sebenarnya saki baki petunjuk dan prinsip agama Hanif.

Ia dapat dilihat pada imbasan-imbasan dalam upacara yang telah ditetapkan oleh Islam. Saki baki runtuhan itu kegara sekali kerana sejak sekian kurun tidak sampai sepuluh peratus yang tinggal.

Kalau itu dijadikan panduan oleh golongan manusia yang menganggapnya seperti di atas terhadap konsep Nubuwwah atau kebangkita Nabi itu sepatutnya sudah berada atau sudah dibangkitkan Nabi saw beberapa kurun atau beberapa generasi sebelumnya.

Bersambung…

Sumber : Sirah Ramadhan Al-Buthi

Kategori:Uncategorized Tag:

KISAH : Menyelesaikan Kesulitan Yang Menyayatkan

KEMENANGAN gemilang di perang Badar sungguh mengembirakan Nabi saw. Ramai yang ditawan dan diantaranya terdapat menantu baginda iaitu Abul As, suami kepada puterinya Zainab.

Zainab telah beriman kepada Allah dan Rasul tetapi suaminya itu masih musyrik. Beliau menyertai orang-orang quraisy dalam perang Badar dengan kaum muslimin yang dipimpin oleh baginda saw.

Perkara Abu As ditawan dalam perang itu telah diketahui Zainab dan beliau perlu menebus suaminya yang sangat disayanginya itu. Beliau tidak mempunyai harta yang banyak dan dilehernya terdapat kalung pemberian ibunya Khadijah sewaktu beliau berkahwin dengan Abu As dulu. Kerana tiada pilihan lain maka kalung itu dikirimkan ke Madinah bagi menebus suami menurut oeraturan tawanan perang ketika itu.

Kini kalung itu berada di tangan Nabi. Baginda segera dapat mengenalinya dan merasa amat terharu melihatkan kalung Khadijah itu. Betapa sebaknya jiwa baginda tidak dapat dibayangkan kerana kalung itu sekaligus menumbulkan kenangan lama baginda bersama Khadijah.

Perang Badar telah menyebabkan kalung itu telah dimiliki oleh puterinya Zainab bertahun-tahun lamanya kini berada di tangan untuk menebus suaminya dari tawanan ayahandanya sendiri. Bagaimanapun Abu As dibebaskan dan dikembalikan kepada Zainab.

Semasa keadaan itu berlaku Allah telah menurunkan ayat kepada Nabi saw:

”Wahai orang Mukmin. Bila datang kepadamu wanita beriman yang ikut hijrah maka ujilah (keimanan) mereka. Allah lebih tahu dengan keimanan mereka. Maka jika kamu tahu mereka beriman maka tidak boleh lagi mereka kembali kepada (suami mereka) yang kafir. Mereka tidak halal lagi bagi mereka,” (Mumtahanah : 10)

Dengan turunnyat ayat itu, Zainab harus berpisah dari suaminya, beliau tidak boleh berada di tangan orang Musyrik. Nabi segera memberitahu ini kepada Abu As walaupun pahitnya kerana memisahkan kasih sayang mereka sebagai suami isteri.

Abu As cuba memujuk Nabi tetapi baginda tidak boleh tawar menawar dan harus lakukan walaupun mengenai anak kandungnya sendiri.

Abul As pun kembali ke Mekah dengan disertai dua orang Ansar iaiti Zaid Haristah dan seorang lagi untuk melaksanakan kehendak ayat. Sampai mereka di Mekah, maka diberitahu segera kepada Zainab akan pesanan Nabi bahawa beliau hendaklah bercerai dengan suaminya. Sebagai wanita mukminah dia taat kepada perintah Allah dan Rasul walau betapa duka lara yang dialami.

Zainab berangkat ke Madinah dengan hajat bersama Nabi dengan ditemani Zaid dan seorang lagi. Seorang saudara suaminya bernama Kananah bin Rabi’ ikut menghantar atas permintaan suaminya.

Keluarlah rombongan Zainab ke Mekah menuju ke Madinah. Tetapi belum pun jauh perjalanan mereka dikejar oleh segolongan quraisy dengan kemarahan yang amat sangat.

Zainab telah dipukul Habar Aswad sehingga beliau jatuh ke batu. Zainab yang ketika itu sedang mengandung terkejut apabila terkena tombak dan terjatuh ke batu menyebabkan kandungannya gugur. Sakit yang amat sangat terkujur menahan derita yang dialami Zainab telah memaksa Kananah melawan bagi membelanya, tapi Abu Sufian dari quraisy segera membisikkan kepadanya jalan keluar yang baik.

”Keluarlah malam hari, kerana keluar siang sangat memalukan quraisy, ia suatu penghinaan. Kami tidak melarang Zainab untuk tinggal bersama bapanya,”

Bisikan Abu Sufian itu pada mulanya tidak mahu diterima oleh Kinanah, tetapi memandangkan Zainab dalam kesakitan yang amat apatah lagi gugur kandungannya, maka cadangan itu diterimanya.

Rombongan itu kembali semula ke Mekah dan dapatlah Zainab berehat seketika. Pada malamnya mereka berangkat semula tanpa sebarang halangan. Dengan izin Allah mereka selamat tiba dan bertemu Nabi.

Rasul turut marah setelah dikhabarkan peristiwa tadi dan ramai yang turut mengutuk dan menyatakan simpati kepada Zainab. Betapa pun keadaan, hukum Allah tetap berlaku dengan tegas walaupun dengan risiko yang berat. Maka tinggallah Zainab di Madinah di tengah saudara-saudara Islam yang lain.

Pada suatu masa yang lain, sekali lagi baginda menghadapi masalah dengan Zainab iaitu berpunca dari bekas suaminya Abu As yang masuk ke Madinah dan dilindungi Zainab. Kafilah dagang yang dipimpin Abu As telah ditawan dan mereka enggan pulang ke Mekah sebaliknya beliau lari ke Madinah dan bersembunyi di tempat Zainab tanpa diketahui Nabi.

Perbuatan Zainab akhirnya diketahui dan baginda mencela Zainab kerana berbuat demikian kerana itu boleh mendatangkan fitnah dalam masyarakat dan beliau sepatutnya bermusyawarah dengan Nabi terlebih dahulu.

”Wahai puteriku. Muliakanlah tempatnya (sambut beliau dengan baik), engkau tidak halal lagi baginya, beliau haram dari mendekatimu,”

Nabi memberikan peringatan itu sebab keduanya berpisah dalam kasih sayang, masih ada hubungan keluarga maka pergaulan dalam melindunginya haruslah dibatasi.

Akhirnya Nabi memberitahu kepada orang ramai akan hal Abu As berada di Madinah dan menyebutkan tentang barang dagangannya yang jatuh ke tangan muslimin.

Demi menghormati Zainab dan baginda Rasul Allah, maka rampasan kafilah yang telah menjadi hak mereka itu dikembalikan semula. Tetapi waktu diajak beliau masuk Islam dia menolaknya. Dengan membawa barang dagangan itu Abu As kembali semula ke Mekah dan membahagikan kepada pemiliknya.

”Adakah sesiapa lagi yang belum menerimanya?” tanyanya lagi.

”Jika tidak?” jawab mereka.

”Jika tiada, dengarlah baik-baik : saksikanlah sekalian bahawa aku mengucapkan : Asyhasu an la ilaja illah Lah wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah,” demikian katanya.

”Demi Allah. Diharap tiada yang mencariku setelah aku Islam melainkan khuatir aku kamu nanti menyangka aku ini akan memakan hartamu dan selesailah tugas aku dan hari ini aku peluk Islam.

Hari ini juga aku akan berangkat ke Madinah bagi mendapatkan apa yang selama ini telah luput dalam diriku bagi berjihad bersama kaum muslimin dibawah pimpinan amin Muhammad” katanya lagi

Berangkatlah dia ke Madinah membawa imannya. Bergembiralah penduduk Madinah menyambutnya lebih’lebih lagi Zainab dan Nabi sendiri.

Dulu dia menolak dan hari ini membawa imannya. Maka Nabipun mengembalikan Zainab dengan pernikahan menurut Islam kepada Abul As.

Bermulalah hidup mereka dengan lebih bahagua di bawah cahaya Islam, inilah salah satu suka duka dalam keluarga Nabi dalam baginda mematuhi Allah dan kerasulannya.

Kategori:Uncategorized Tag: