Arkib

Archive for Januari 2012

MPPG Amalkan Sikap Pilih Kasih ?

Januari 31, 2012 Tinggalkan komen


PASIR GUDANG – Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dipersoalkan berhubung tindakan  membiarkan banner sebuah parti politik di pasang sekitar bandar itu didakwa seolah-olah telah mengamalkan sikap `double standart’.

Menurut sumber, tindakan itu adalah suatu yang tidak munasabah kerana dakwanya dibiarkan sehingga melebihi tiga hari.

Perkara ini bagaimanapun membuahkan rasa tidak puas hati ramai pihak ekoran dakwanya bila ia membabitkan banner daripada Pakatan Rakyat maka sepantas kilat sahaja diturunkannya.

Sumber turut mendakwa bahawa banner itu merupakan program anjuran Barisan Nasional berikutan lambang yang jelas tertera di situ.

“Banner Pemuda BN Ini dipasang di sekitar parlimen Pasir Gudang dah menghampiri 4 hari.

Kenapa MPPG tidak menurunkan banner ini seperti mana banner PR tidak sampai 2 jam sudah di turunkan? kalau kita baca mesej banner Ini adakah benar BN milik anak Muda?,” soalnya dipetik laman sosial facebook Abusiraj Almuner’s.

Sehubungan itu, pelbagai pihak meminta PBT terbabit bertindak dan bersikap adil bagi menangani situasi seperti ini agar ia tidak berulang lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Maniam Bertekad Menangkan PAS Johor

Januari 30, 2012 Tinggalkan komen

image

KULAIJAYA – M Subramaniam, Ketua Penerangan, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Johor telah menyatakan kesungguhan untuk memenangkan PAS agar beroleh kejayaan dalam PRU.

Menurutnya, DHPP sudahpun menurunkan jenteranya ke setiap kawasan Dun dan Parlimen bagi memberikan penerangan kepada rakyat khususnya masyarakat bukan Islam mengenai PAS.

Seramai 80 orang ujarnya sudahpun dikenal pasti berfungsi sebagai pegawai penerangan dan mereka kini bergerak ke setiap rumah pengundi kerana yakin BN kini tiada berkemampuan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

”Kami akan membawa isu-isu ini kepada rakyat kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat.

”DHPP Johor akan bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan calon PR yang bertanding pada PRU akan datang,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Semalam, 30 Januari, akhbar itu melaporkan beberapa nama dari DHPP sudah disenaraikan sebagai calon bukan Islam yang bakal bertanding di atas tiket PAS.

Penjelasan yang dibuat itu nyata berjaya meneguhkan persepsi bahawa pimpinan PAS mempunyai hubungan erat dengan masyarakat bukan Islam.

Sementara itu, Subramaniam menambah dengan katanya penumpuan gerak kerja lebih terarah kepada kaum India.

Justeru, beliau akan memastikan Dun yang ditandingi calon BN dari parti MIC tidak diberi kemenangan percuma sebaliknya mereka akan menghadapi saingan yang lebih sengit lagi.

”Kami akan bekerja keras di kawasan di mana MIC akan bertanding,” ujarnya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Hasmi Hashim Orang Kuat PKR Johor ?

Januari 30, 2012 Tinggalkan komen

SEMALAM Para juri telah menobatkan Hafiz sebagai vokalis terbaik dan lagu Awan Nano dipilih sebagai lagu terbaik dalam AJL ke-26 ini. Lagu dari M.Nasir dan Liriknya Hasmi Hashim atau nama Pena Buddhi Hikayat.

Namun yang menjadi persoalannya, adakah penulis liriknya Hasmi Hashim atau nama pena Buddhi Hikayat merupakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Batu Pahat ?

Beliau mula menjadi perhatian umum ekoran kejayaannya semalam dan menjadi hangat setelah kecoh dalam laman sosial facebook hari ini dengan dakwaan orang kuat PKR.

Menurut sumber Hasmi hashim juga merupakan kolumnis http://www.jalantelawi.com.

“Saya pernah attend forum pasal kalimah Allah kat dewan perhimpunan Cina KL. Dia one of panel. Tahniah failasuf muzik dan Buddi hikayat,” ujarnya lagi.

Malah ada juga komen bernada sinikal dengan cuba mempertikai kredibiliti penulis lirik itu gara-gara beliau daripada PKR.

“Sidang Media untuk menukar pemenang AJL akan dilakukan apabila mengetahui Hasmi geng keADILan..kah kah kah” katanya lagi.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) memperlihatkan kehebatan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz apabila dipilih sebagai juara di Stadium Putra di sini malam ini.

Berbekalkan lirik lagu yang mantap melayakkan penyanyi itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 beserta trofi.

Kategori:Uncategorized

MBJB Digesa Beri Penjelasan Isu Flet Taman Rinting

Januari 30, 2012 Tinggalkan komen

image

PASIR GUDANG – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) digesa memberikan penjelasan berhubung satu masalah yang dihadapi para penghuni sebuah Flet di Taman Rinting, dekat sini.

Perkara ini disuarakan oleh Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah bahawa pihaknya amat prihatin pada permasalahan penduduk dan akan menjadi orang tengah bagi menyuarakan isu itu kepada pihak berwajib.

Malah desakan daripada pihaknya dibuat agar MBJB menyelesaikan isu ini kerana ia melibatkan kesihatan penduduk ekoran limpahan air najis memenuhi ruang di hadapan kediaman mereka.

”Setakat ini lima pengadu berjumpa saya mengenai masalah kumbahan yang tidak diselesaikan sejak lebih tiga bulan lepas sehingga terpaksa mengambil inisiatif sendiri menjolok saluran utama yang tersumbat.

”Kita juga akan menghantar surat kepada pihak Biro Pengaduan Awam untuk memastikan masalah itu dapat diselesaikan segera.

”Kita rayu pihak bertanggung jawab turun padang melihat kepayahan yang dihadapi di kawasan ini dan mencari jalan penyelesaian agar masalah ini tidak terus dibiarkan berlarutan,” jelas ahli jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Johor itu yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Semalam, 29 Januari, akhbar itu melaporkan seramai 15 keluarga dari Flet Jalan Ketapang Taman Rinting, di sini hidup dalam tekanan apabila saluran kumbahan tersumbat sehingga melimpah ke atas permukaan berhampiran penduduk.

Kesusahan yang mereka alami telah menyebabkan keadaan tidak selesa antaranya seperti menghidu bau busuk dan masalah lalat yang terpaksa dihadapi sejak 3 bulan lepas.

Rata-rata penduduk memohon kerjasama daripada pihak bertanggung jawab untuk mencari jalan penyelesaian.

Kategori:Uncategorized Tag:

Elak Sisihkan Diri Dari Jemaah

Januari 29, 2012 Tinggalkan komen

image

JOHOR BAHRU – Para pelajar yang berjaya menamatkan pengajian agama disaran agar tidak menjadikan pekerjaan yang dijawati nanti sebagai penghalang bagi melibatkan diri dalam gerakan Islam.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan PAS Kawasan (DPPK) Pontian dengan katanya terdapat segelintir golongan agamawan yang gagal berperanan sebagai pendakwah.

Hal ini, kerana katanya ada yang bersikap selesa dengan kehidupannya sekarang.

Malah ujarnya terdapat juga yang bimbang akibat tekanan daripada pihak-pihak tertentu.

”Saya ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

”Harapan saya, semoga mereka menjadikan ilmu sebagai wasilah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat disamping tidak gentar hadapi tekanan,” katanya lagi.

Nazar berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar Sinar Harian 27 januari lepas iaitu seramai 8 pelajar perolehi mumtaz sofi, manakala 305 calon  Maahad Johor lulus dalam peperiksaan tersebut.

Laporan itu turut memetik kenyataan Pengetuanya, Ustaz Anoar Sarimin bahawa 69.9 peratus daripada 438 calon Maahad Johor berjaya melepasi STAM dan mendapat sekurang-kurangnya pangkat maqbul (lulus).

Daripada jumlah itu, 33 pelajar daripadanya berjaya mendapat keputusan mumtaz (cemerlang) termasuk lapan pelajar yang mendapat mumtaz sofi (sangat cemerlang) iaitu semua A dalam sepuluh kertas yang diduduki oktober lepas.

Sementara itu, peperiksaan tersebut turut mencatatkan bagaimana anak kepada Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Ustaz Atan Gombang berjaya meraih kejayaan.

Sehubungan itu, beliau menyatakan harapan agar hal ini terus memberi perangsang dan bukti bahawa melibatkan diri dalam jemaah nyata akan dibantu oleh Allah SWT.

”Berkat tenaga dan masa yang telah diperuntukan oleh Ustaz Atan, Allah maqbulkan doanya. Keputusan STAM  yang baru keluar 26 haribulan baru-baru ini, antara yang dapat 10A mumtaz sofi, anaknya Siti Nabilah Atan.

”Ada keluar kat Berita Harian 27 haribulan, muka surat 6,” ujar beliau lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

MB Johor Diminta Jelaskan Isu Membabitkan Orang ASli

Januari 29, 2012 Tinggalkan komen


JOHOR BAHRU – KERAJAAN Johor dibawah Menteri Besarnya Y.A.B Dato` Abdul Ghani Othman digesa campur tangan gara-gara melambatkan isu yang membabitkan status pemilikan tanah yang didiami orang ASli seluas 36 ekar yang didakwa telah didiami sejak tahun 1960-an.

Gesaan ini turut mendesak supaya kerajaan Johor memberi penjelasan dengan mengadakan perundingan agar tidak dipanjangkan.

Menurut Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Muha­mad Sha’ani Abdullah sewaktu mengadakan sesi dialog bersama komuniti itu berkata, pihaknya bertindak selaku perantara bagi mewujudkan saluran penyelesaian bagi isu yang dibangkitkan.

“Sebarang kerja pembangunan dihentikan. Proses seterusnya ialah Orang Asli dan pihak sepatutnya harus memulakan rundingan dan penjelasan kerana masih banyak persoalan asas masyarakat Orang Asli ini yang perlu dijelaskan.

“Ia perlu dijelaskan supaya tidak terus menjadi satu isu tidak puas hati di kalangan mereka dan juga satu perkara yang boleh memburukkan nama baik kerajaan,” katanya dipetik melalui Sinar Harian.

Semalam, 28 Januari, akhbar itu melaporkan seramai Lebih 100 penduduk Orang Asli Seletar Laut, berang apabila tanah perkuburan nenek moyang mereka didakwa dicerobohi bagi projek pembangunan.

Dalam perkembangan berkaitan, isu ini telahpun disuarakan komuniti itu setelah Orang Asli Seletar berarak untuk mengHantar Memorandum Ke Bangunan Sultan Ismail yang turut menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 15 Dis 2011.

Dalam satu laporan yang disiarkan melalui portal milik pembangkang-Nusajayakini, kira-kira 500 orang Asli Seletar menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bagi membantah pemberi milikan tanah dan kawasan mereka kepada pihak lain.

Mereka juga membantah rancangan pembangunan besar-besaran di bawah Iskandar Malaysia yang menindas hak dan kepentingan Orang Asli.

Kategori:Uncategorized Tag:

Anak Sultan Terajui Bola Johor

Januari 28, 2012 Tinggalkan komen


RAKYAT Johor mungkin boleh menarik nafaz lega berikutan kesediaan
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengendalikan sukan bola sepak negeri itu setelah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Kalau sebelum ini, jawatan itu secara tradisinya dipegang daripada kalangan ahli politik namun dengan pelantikan itu memberi harapan supaya campur tangan politik kepada pengurusan bola sepak negeri boleh dielakkan.

“Tunku Ismail juga menyatakan matlamat untuk menghindar campur tangan politik dalam arena sukan bola sepak,” katanya dipetik Sinar Online semalam.

Malah beliau menambah dengan menyatakan harapan supaya bersama-sama membantu negeri itu memengembalikan kegemilangan bola sepaknya.

Sinar Online 27 Januari lepas turut menyebut Tunku Ismail mahu memperkasa semua sukan di Johor termasuk sukan subjektif.

Pada 2009, barisan kepimpinan PBNJ bertukar tampuk kepimpinan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Belia dan Sukan Negeri Johor, Md Jais Sarday.

Sementara itu, Md Jais ketika dihubungi mengalu-alukan kesediaan Tunku Ismail untuk membantu persatuan itu demi kebaikan rakyat dan anak muda Johor.

“Jika ada yang lebih baik untuk menguruskan, tidak ada masalah dan ia bukan isu, selama ini, kita (pengurusan) telah buat yang terbaik untuk persatuan dan pasukan.

“Saya sedia undur diri dan tidak ada masalah untuk sesiapa menggantikan, tetapi ia perlu dibincangkan,” katanya.

Sehubungan itu, sekalung tahniah diatas pelantikan tersebut.

Kategori:Uncategorized Tag:

Prasarana Untuk Padang Bola Akan dipertingkatkan : Adun Maharani

Januari 28, 2012 Tinggalkan komen

MUAR – Padang bola Sepak Sri Kumbang yang terletak di Muar dekat sini sangat berpotensi untuk dijadikan satu lagi padang bagi sebarang kejohanan dan juga aktiviti sukan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Maharani, Y.B Dr Mohammad bin Taslim daripada PAS.

Ujarnya lagi,pihaknya mengharapkan bantuan daripada pihak berwajib dan orang ramai bagi merialisasikan impian anak-anak muda di situ untuk aktif bersukan.

Hal ini, kerana menyedari bahawa Muar kekurangan padang yang luas untuk aktiviti sukan dan tempat ini sangat sesuai untuk dibangunkan.

“Kampung Asam Kumbang di Jalan Junid Muar mungkin kurang dikenali oleh ramai penduduk Muar kerana kedudukannya yang agak jauh di Jalan Junid bersebelahan Parit Bakar. Kawasan di sebelah laut merupakan kawasan tanah kerajaan yang rasmi dikurniakan kepada penduduk pada tahun 1980an.

“Di kawasan ini telah direzabkan tanah seluas 3 ekar khusus untuk padang permainan yang dinamakan Padang Bola Sepak Sri Kumbang. Ia telah dirasmikan oleh seorang Wakil Rakyat, Allahyarham YB Hj Shahdan Sabtu. Sebuah padang bola, grand stand, tandas dan bilik mandi serta sebuah setor terdapat di sini .

“Ia dikelolakan oleh KRT Desa Wawasan Asam Kumbang. Walaubagaimanapun tiada bekalan air atau elektrik di sini,” ujar beliau menerusi laman blognya dun-maharani.blogspot.com.

Terdahulu beliau berkesempatan menyampaikan sumbangan berupa 5 biji bola sepak, jersi dan kon latihan sebagai bantuan permulaan pada program YB Turun Padang, di Jalan Junid, Muar, di sini, baru-baru ini.

Katanya lagi, Sempena dengan Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS Muar yang dijadualkan berlangsung pada 29 Januari 2012 ini, maka 2 buah pasukan di kampung itu akan ditaja sebagai langkah mengaktifkan kembali aktiviti sukan dan rekreasi pada masa akan datang.

“Insya-Allah beberapa aktiviti akan diaturkan bagi memakmurkan tempat ini,” ujarnya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

GURU Punya Peranan Dalam PAS : Cg. Mala

Januari 27, 2012 Tinggalkan komen


LABIS – “SEKIRANYA tenaga mereka dapat digarap dengan tanzim yang tersusun, ianya mampu memberikan kesan yang amat besar dalam gerakan dakwah dan politik yang diperjuangkan PAS selama ini,” kata Pn. Normala Sudirman Pengerusi Hal Ehwal Parlimen & Dun, Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.

Katanya lagi, satu program yang dijadualkan pada Ahad 29 Januari ini dekat Markas PAS Pt. Pechah Muar yang diberi nama Himpunan Generasi Bermaruah Zon Selatan dipertaruhkan bagi memikat golongan guru hadir untuk mengetahui lebih jelas peranan mereka kepada masyarakat.

Memetik kenyataannya di Harakahdaily hari ini, beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pemanis berkata warga pendidik memainkan peranan sangat penting dalam menggerakkan aktiviti bersifat kemasyarakatan.

Golongan ini juga sangat dekat dengan masyarakat dan sangat dihormati justeru peranan yang disumbangkan dalam membentuk masyarakat selama ini.

Ujarnya, penyertaan adalah terbuka kepada pendidik di semua institusi pendidikan dalam negara ini dan dijangka menarik lebih 1000 orang untuk hadir pada program itu.

“Sasaran pertama kepada Guru yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kedua guru yang berkhidmat dengan Sekolah Agama Rakyat dan Swasta. Ketiga, guru – guru yang berkhidmat di sekolah yang dimiliki /ditadbir oleh NGO. Keempat, guru PASTI,Guru dari Pusat Tahfiz Al- Quran dan Guru KAFA.

“Kelima, Pesara professional pendidikan @ Pesara Guru.Keenam, Aktivis Pendidikan,” katanya di laman sosial facebook.

Program yang bertemakan ‘Bangkit Guru Untuk Rakyat’ ini akan diserikan dengan pelbagai kertas kerja yang akan dibentangkan oleh tokoh pendidik dari PAS.

Selain itu, Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN) Muar dijadualkan akan dilancarkan oleh Dato` Dr Mahfodz Muhammed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.

Turut terlibat adalah Datuk Abu Bakar Bin Chik, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat dan Dr. Halimah Bin Mohd Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Pada sebelah malamnya pula akan diadakan pidato perdana dan ceramah sempena perhimpunan guru ini.

Antara penceramahnya adalah Dr Mahfodz, Datuk Adnan Bin Ibrahim (Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak) dan Cikgu Normala sendiri

Kategori:Uncategorized Tag:

Dukacita Kerana MB Tiada Sewaktu Serah Memo : Dato’ PJ

Januari 26, 2012 Tinggalkan komen

image

NUSAJAYA – ”Dukacita tidak dapat bertemu MB untuk menyerahkan memo kerana tiada di pejabat. Dia di Segamat,” ujar Dato’ Pesuruhjaya PAS negeri Johor, Dr Mahfodz Muhammed.

Beliau berkata demikian sejurus menyerahkan memorandum rakyat berkaitan Isu Pengambilalihan QSR Dan KFCH oleh Jcorp kepada Menteri Besar Y.A.B Dato’ Abdul Ghani Othman di perkarangan pejabat Menteri Besar, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Nusajaya, dekat sini, semalam.

Hadir sama Hj. Aminolhuda Hassan, Timbalan Pesuruhjaya, Hj. Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya, En. Hassan Karim, Timbalan Pengerusi PKR Johor, Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Dewan Ulamak dan Sdr. Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Johor.

Walaubagaimanapun, memorandum itu berjaya juga diserahkan oleh Dr Mahfodz bersama enam daripada kalangan pimpinan lain melalui Ketua Setiausaha Politik Menteri Besar, En. Mohd. Hafiz kira-kira jam 12.15 tengahari.

Terdahulu, sekitar jam 11.25 pagi telah berlaku perbincangan antara Ketua Dewan Pemuda Johor dengan Pegawai Keselamatan dan ini berlanjutan beberapa minit kemudian hasilnya hanya 7 individu sahaja dibenarkan masuk ke pejabat Menteri Besar.

Mtd-Benut.blogspot.com difahamkan, seramai kurang daripada 500 orang rakyat Johor hadir memenuhi perkarangan bangunan kerajaan itu sejak jam 10.00 pagi lagi sebagai tanda sokongan kepada usaha yang dilakukan ini.

Tambahan pula, sebahagian besarnya adalah terdiri daripada kalangan anak muda, nyata memberi signal kepada kerajaan UMNO-Johor bahawa kehadiran itu bakal memberi kejutan dalam pilihan raya akan datang.

Tinjauan turut mendapati, sepanduk berbunyi ‘Selamatkan KFCH dan QSR, Khazanah Rakyat Johor’, ‘Jangan Serahkan KFC dan QSR Kepada Pihak Asing’, ‘Isu Pengambilalihan QSR dan KFCH, MB Berbohong Kepada Rakyat Johor?’ antara kain rentang yang ada dan ia telah dinaikkan bersama iringan laungan takbir seusai sahaja penyerahan memorandum itu dilakukan.

Disamping itu, sekumpulan wartawan turut kelihatan dengan menjalankan tugasnya membuat liputan antaranya seperti stesen tv berbayar Astro Awani, Akhbar Sinar Harian dan Harakah.

Dalam perkembangan berkaitan, Hj. Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjayanya dilaporkan berkata antara tujuan penyerahan itu dilakukan adalah untuk melihat bagaimana cara Abdul Ghani menangani isu ini.

Dakwa beliau lagi bahawa akan wujud agenda politik sekiranya memorandum yang diserahkan itu diabaikan oleh orang nombor satu di dalam pejabat Menteri Besar.

”Kandungan memo, (kita nak tengok) apa respon MB. Kalau diterima, alhamdulillah. Kalau tidak diterima. Ini ada agenda politik. Disamping sebagai batu loncatan untuk dapat keuntungan dunia,” ujar beliau lagi.

Jelas beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Nusajaya bahawa implikasi yang merugikan akan berlaku kepada banyak pihak ekoran dari cadangan pengambilalihan QSR Brands Bhd (QSR) dan KFC Holdings Bhd (KFCH) oleh JCorp melalui kerjasama dengan CVC Capital Partners, sebuah syarikat yang dikuasai Yahudi.

Maka tambah beliau lagi, PAS dan rakyat negeri itu telah menyerahkan memorandum bagi mendesak sekeras-kerasnya supaya Menteri Besar yang selaku Pengerusi JCorp membatalkan cadangan pengambilalihan tersebut berdasarkan lapan hujah yang telah dikemukakan.

”Berdasarkan kepada lapan hujah di atas, maka kami mendesak supaya cadangan pengambilalihan itu dibatalkan serta merta kerana ia jelas tidak menguntungkan mana-mana pihak sama ada JCorp, Kulim (M) Berhad, QSR, KFCH termasuk rakyat Johor,” tegas beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau turut dilaporkan berkata bahawa bantahan yang dilakukan pihaknya ini tidak berakhir di situ dan ia akan diteruskan pada masa mendatang.

”Ini bukan kali terakhir. Ini akan dibuat tindakan susulan,” kata beliau sebelum mengakhiri ucapan.

Kategori:Uncategorized Tag: