Utama > Uncategorized > Terminal Bas pula bermasalah

Terminal Bas pula bermasalah


image

PONTIAN – Selepas Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang mendedahkan nasib penduduk rumah Pangsa Taman Seri Api-Api, dekat sini berkaitan kebocoran air najis yang mengalir dari tingkat satu ke bawah blok tersebut beberapa minggu lalu namun dipandang sepi.

Bagaimanapun, satu lagi insiden dikesan membabitkan para peniaga yang menyewa premis Majlis Daerah Pontian di Terminal Pengangkutan Awam Pontian.

Penyelianya, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, menpersoalkan tindakan Majlis Daerah Pontian (MDP) yang dikatakan kurang peka kepada masalah berbangkit sehingga banyak masalah yang diutarakan tidak mendapat tindakan yang sewajarnya.

“Kebocoran air najis di syiling pintu masuk tandas awam tersebut telah berlaku lebih setahun, telah di laporkan berkali-kali, namun tidak jua diambil tindakan.

“Yang paling menjijikkan, air yang menitis tersebut pernah jatuh mengenai pakaian mereka dengan bau nya yang busuk, juga menganggu mereka untuk mengerjakan solat . 

“Apa sudah jadi dengan unit penyelenggaraan MDP? Adakah mahu menunggu sehingga syiling runtuh ?” katanya lagi bernada sinikal.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan itu digesa bertindak bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Kategori:Uncategorized Tag:
  1. Jun 2, 2013 at 2:31 am

    Dalam lawatan kami semalam 02/06/2013 , pihak MDP telah pun bertindak perbaiki “leakage” dari tandas di tingkat atas tersebut , malang nya menurut peniaga yang di temui semalam , mereka gagal tukar syiling lusuh yang menyemakkan pandangan , mentelah Pontian merupakan destinasi pelancong luar .

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen