Arkib

Archive for Februari 2014

Bangunan PAS dilancar

Februari 26, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

Fb Aminolhuda Bin Hassan

TERIMA KASIH kepada semua pimpinan, ahli dan penyokong serta pendokong PAS kerana telah berjaya dgn lancar melaksanakan program pelancaran sumbangan bangunan baru PAS Johor malam tadi.

Kepada dermawan yg budiman saya doakan agar segala sumbangan yg diberi menambahkan rezeki yang ada, membersihkan rezeki kita serta ianya merupakan jihad disisi Allah swt.

Amin.

Kategori:Uncategorized Tag:

Rakyat perlu dilayan dengan adil

Februari 18, 2014 Tinggalkan komen

image

Oleh Mazlan Aliman

SIDANG Media bersama penduduk Kg Tan Yoke Fong, Kulai, isu status tanah mereka. Alhamdulillah, 55 orang penduduk telah ada dalam rekod Pejabat Tanah Kulai untuk permohonan Hak Milik.

Manakala 12 orang masih dalam proses. 34 orang pula yang sebahagian besarnya melayu adalah pemohon baru.

Turut bersama HIsham Mohd Zin, YDP PAS Kulaijaya dan YB Wong Su Qi, ADUN DAP Senai. InsyaAllah, isu tanah orang melayu di rezab KTM Kulaijaya sedang di tangani. Bagi Pakatan Rakyat, perjuangan adalah untuk semua kaum.

PR sedang memperinci status penduduk yang menumpang atas tanah kerajaan, dalam rezab agensi Kerajaan dan masih belum beroleh hakmilik untuk diselesaikan secepat mungkin. Jika mereka dikehendaki berpindah, mesti mengambil kira penempatan baru terlebih dahulu.

Rakyat mesti dilayan dengan adil.

Kategori:Uncategorized Tag:

PR desak hentikan kerja sedut pasir

Februari 16, 2014 Tinggalkan komen

image

image

Oleh Dzulkefly Ahmad

SAYA Bersama YB LKS dan Steven Chong (PKR) bertemu nelayan di Kg. Ladang Hujung, Gelang Patah berikutan kematian ikan dalam sangkar yg melibatkan kerugian hampir RM1 Juta.

Kejadian ini kemungkinan disebabkan oleh kerja-kerja menyedut pasir dan menambak laut berhampiran Pulau Merambung berhampiran sempadan dgn Singapura bagi membentuk sebuah pulau buatan manusia yg dijalankan oleh sebuah syarikat dari luar negeri.

PR mendesak MB Johor supaya mengeluarkan arahan bagi memberhentikan aktiviti tersebut sehingga siasatan sebab berlakunya kematian ikan dalam sangkar diketahui.

Kategori:Uncategorized

MP UMNO tak ambil berat?

Februari 15, 2014 Tinggalkan komen

image

Oleh Ungku Mohd Noor

WARGA Taiping dan sekitarnya yang majoriti mengundi Pakatan Rakyat beruntung kerana akan menerima khidmat Hospital Pakar tidak lama lagi, berbanding warga Pontian Johor, penyokong tegar BN .

Parlimen Taiping di wakili olih DAP dan Parlimen Bukit Gantang, dalam daerah Taiping di wakili olih PAS, sejak dua pilihanraya lalu .

Menunjukkan ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat berjaya ketengah kan hal yang berkaitan dengan kebajikan dan kepentingan rakyat .

Seperkara lagi adakah kerana Menteri Kesihatan yang tradisi nya di sandang olih Menteri dari kaum Cina lebih peka terhadap kebajikan kaum mereka ?.

Berbanding Menteri dan ahli Parlimen dari kalangan Melayu UMNO.

Sebagai contoh, rancangan untuk membina Hospital Daerah baru di Pontian, bermula ketika Ong Kah Teng sebagai ahli Parlimen nya .

Namun selepas UMNO mengambil alih Parlimen Pontian, projek yang telah melalui fasa pecah tanah olih Ong Kah Teng pada tahun 2007 terus terbengkalai .

Ahli Parlimen Pontian yang di sandang olih Datuk Ahmad Maslan dari UMNO sejak 2008 lalu di lihat tidak memberikan perhatian .

Sementara Daerah Batu Pahat telah lama mendapat Hospital baru, sudah pasti ada kaitan usaha Dr Chua Soi Lek, bekas ADUN MCA bandar Penggaram, kini di menangi DAP ( dalam Parlimen Batu Pahat, kini di menangi PKR ) .

Dr Chua Soi Lek juga bekas Menteri Kesiharan .

Menbuktikan pemimpin Melayu dari UMNO gagal memperjuangkan nasib bangsa nya, berbanding pemimpin Cina dalam BN .

Semoga orang Melayu dapat membuka mata terhadap pemimpin Melayu UMNO yang di sanjung olih mereka selama ini .

Kategori:Uncategorized

Cg Mala sambut Tahun Baru

Februari 15, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

image

image

12 FEBRUARI 2014 yang bermakna dan bersejarah :

Alangkah bahagia dan gembira melihat tetamu hadir bertali arus seawal 6.30 petang ,tidak berhenti hingga hampir jam 10 malam untuk memeriahkan Jamuan Muhibbah Sempena Tahun Baru Cina 2014 di DUN Pemanis.

Rasa terharu atas semangat muhibbah dan ikatan kemesraan yang ditunjukkan..Gong Xi Fa Chai!..Happy New Year !

Kategori:Uncategorized Tag:

Jui Meng edar limau di Segamat

Februari 11, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

image

Fb Yoong Thau

DATO’ Chua Jui Meng ke pasar malam di bandar Segamat, memberikan buah limau dan Ang Pow kepada masyarakat tempatan.

Kategori:Uncategorized

DSAI di BP

Februari 10, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

image

“BERSAMA pimpinan PR Johor dan DSAI disambutan Tahun Baru Cina Parlimen Bt. Pahat petang tadi,” kata Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

Kategori:Uncategorized

Muar pula sambut Tahun Baru Cina

Februari 9, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

image

Oleh Yb Mohammad Taslim

SABTU 8 Februari 2014, JAMUAN TAHUN BARU CINAPAKATAN RAKYATDI PUSAT KOMUNITI BAKRI-BENTAYAN,MUAR

Kategori:Uncategorized

Sepakat menangkan Anwar di Kajang

Februari 9, 2014 Tinggalkan komen

image

Oleh Mazlan Aliman

CERAMAH malam ini di Taman Hijrah, Kota Tinggi, Johor menampilkan Tuan Hj Mohamed Sabu, Steven Chong(Pen Su Agong PKR), YB Dr Boo Cheng Hau(Ketua Pembangkang Johor) sepakat memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat. 

Ia akan dibuktikan menerusi Prk Kajang. Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja mesti menang, tetapi dengan majoriti lebih besar, meskipun berdepan kesukaran.

Saya yakin strategi melaga2kan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya sama sekali.

Dari Kajang ke Putrajaya

Kategori:Uncategorized

Minyak beku dicemari sampah

Februari 9, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

Oleh Ungku Mohd Noor Mahmood

LONGGOKAN sampah di jalan masuk ke Pantai Minyak Beku, Batu Pahat amat memalukan.

Ia menggambarkan imej buruk urus tadbir negara, di mata pelancung luar.

Mentelah 2014 merupakan Tahun Melawat Malaysia.Minyak Beku miliki nilai sejarah negara, kerana terdapat sebuah perigi yang ada kaitan dengan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka .

Kerajaan Johor perlu mengambil tindakan bagi memastikan PBT Batu Pahat tidak mengabaikan nya.

Kegagalan melengkapkan penurapan jalan dalam kawasan pantai amat menghairankan pengunjung .

Sepanjang Jalan Minyak Beku, bermula dari simpang Kg.Petani membawa ke Pantai amat menyedihkan.

PBT sepatut nya berunding dan bekerjasama dengan semua pengusaha syarikat di situ, khusus nya kenderaan berat mereka yang menggunakan laluan tersebut, menyebabkan jalan rosak teruk.

Kategori:Uncategorized