Arkib

Archive for Julai 2014

Kembara Tarbawi Pemuda

Julai 22, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

image

image

image

image

image

KEMBARA Tarbawi Pemuda PAS Johor telah disempurnakan oleh Ustaz Nushi Dr Mahfodz dalam Taujihatnya di Kompleks PAS Kawasan Batu Pahat, Rengit.

Majlis dimulakan dengan Tadarus Al Quran sementara menantikan saat berbuka puasa secara Jamaie.

Antara pengisian program ialah Tazkirah Maghrib oleh Ustaz Mohd Zulhelmi Rohani, Ketua Penerangan Pemuda Johor, Tazkirah Terawih oleh Ustaz Mohd Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Pemuda Johor.

Menariknya, Ketua Pemuda Johor, Mohd Faizul Salleh dan Naib Ketuanya, Mohd Salleh Tamjis telah mengelapai solat maghrib, Isyak dan Terawih.

Kategori:Uncategorized

Sabotaj disebalik Kebakaran?

Julai 13, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

Fb Aminolhuda Bin Hassan 

SAYA menziarahi rumah Sdri Anis Afida Naib Ketua DMPNJ di Bandar Penawar bersama Tn. Hj.Dzulkefly Ahmad dan menyampaIkan sumbangan dari PAS Johor atas musibah terbakar di rumah arwah bapanya.

Menurut forensik bomba ada unsur sabotaj kerana jumpa barang mudah terbakar dlm bilik hadapan dimana kebakaran bermula.

Semoga Anis sekeluarga diberikan kesabaran dalam menempuhi tribulasi sepanjang perjalanan dakwah. Amin.

Kategori:Uncategorized

PJ lancar Yayasan Kebajikan

Julai 13, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

image

image

YB Haji Aminolhuda Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Yaani berkenan melancarkan Yayasan Kebajikan Keluarga kurang berkempuan dan anak Yatim daerah Pontian.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Johor turut menyampai sumbangan kebajikan kepada 100 keluarga termasuk saudara baru dalam satu majlis anjuran PAS Pontian.

Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian dan Shamsudin Jaafar, Naib Yang Dipertua.

Kategori:Uncategorized

Kit Siang di Bazar Ramadhan

Julai 13, 2014 Tinggalkan komen

image

Fb Khairul Faizi Kamil

SAYA sebenarnya agak terkejut kerana kunjungan YB Lim Kit Siang disambut mesra oleh peniaga dan pengunjung bazar Ramadhan di taman Makmur, Kluang.

Ramai peniaga dan pengunjung yang minta untuk mengabadikan gambar bersama penasihat DAP ini.

Ada peniaga yang berseloroh ” nak edar kurma ni ada surat ke”.Apapun, orang Kluang memang sporting. Bangga menjadi anak jati Kluang.

Kategori:Uncategorized

Demo 4 Gaza

Julai 13, 2014 Tinggalkan komen

image

image

image

image

image

image

SEKITAR Demontrasi membantah kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin.

Program anjuran Pemuda PAS Johor itu diadakan sejurus solat Jumaat di hadapan Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Kategori:Uncategorized

Sidang DUN : Berapa bajet bersih longkang?

FB Aminolhuda Bin Hassan

SEBAHAGIAN dari soalan lisan di sidang DUN bulan Jun 2014

YB Dato’ Timbalan Speaker : Lain. Ini bagi chance ini… YB Parit Yaani.

YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’Timbalan Speaker. Soalan saya soalan nombor 2.Berapa peruntukan tahunan untuk senggara pembersihan longkang atau parit bagi DUN Parit Yaani dan berapakah kekerapan pembersihan dilakukan?

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar : Bismillahir rahmannir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebanyak RM169,000.00 diperuntukkan setiap tahun bagi kerja-kerja pembersihan parit yang pihak JPS memberikan kerja- kerja tersebut dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di kawasan Parit Yaani.

Kerja pembersihan ini dibuat 4 pusingan setahun. Selain itu, kerja-kerja penggalian juga dibuat dengan kos RM300,000.00 setahun.

YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) : Soalan tambahan Dato’ Timbalan Speaker.
Pertama sekali, apabila berlaku akhir tahun biasanya, kita dapati bahawa akhir-akhir tahun hujan, yang memang menjadi lumrah di negara kita.

Di mana apabila akhir tahun ini hujan, ada beberapa tempat di kawasan ataupun DUN Parit Yaani, khususnya satu Perumahan Peladang, Batu 7.

Majoritinya rumah yang berkenaan adalah rumah kakitangan Kerajaan. Setiap kali hujan, tak sampai masa musim hujan pun dah banjir.

Persoalan saya, apakah bila akhir tahun ini selalu dah habis peruntukan dan untuk membersihkannya jadi masalah.

Persoalannya, apakah langkah yang perlu diambil oleh JPS ataupun JKR, yang memang saya tahun JPS dan JKR ini satu agensi yang boleh dibahagikan tabik, hebat. Bila kita adu, dia akan turun pegawainya, ambik gambar bersama.

Memang Alhamdulillah, tahniah pada JPS dan JKR. Tapi dia akan menjawab dia kata, YB peruntukan dah habis.

Jadi apa yang boleh dilakukan sekiranya peruntukan habis. Tapi masalah rakyat kita nak bantu. Sekian, persoalan. Terima kasih.

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar :

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, terima kasih kepada Parit Yaani kerana satu-satunya Wakil Rakyat yang ucap tahniahlah secara terus kepada JPS.

Jadi kita oleh kerana dah beri tahniah tu insya-Allah kita akan beri tumpuan tentang isu yang dibangkitkan oleh Parit Yaani. Insya-Allah kita akan beri peruntukan khas kepada Parit Yaani. Terima kasih.

Kategori:Uncategorized

Mazlan ziarah Pakcik Utoh

image

image

image

FB Mazlan Aliman 

SALAH seorang anggota masyarakat yang senantiasa dalam ingatan Pusat Aduan Rakyat Dun Bkt Permai ialah Pakcik Utoh Dahlan, 84 tahun dari Kg Melayu Sedenak, Kulaijaya.

Kami ziarah beliau petang semalam. Cekal dan tabah meskipun menempuh kesukaran hidup.

Moga Allah merahmatinya.

Kategori:Uncategorized

TKP bertaujihat

image

image

image

image

USTAZ Mohd Azam Abd Razak, Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor menyampaikan taujihatnya di majlis Ihya Ramadhan Pemuda peringkat Zon Barat Daya.

Majlis anjuran Pemuda Pontian itu turut dihadiri ahli daripada Pemuda Tanjung Piai dan Gelang Patah.

Program sulung dibawah Lajnah Tarbiah itu diadakan di pekarangan PASTI al Hirak Pekan Tampok, Benut, Pontian.

Kategori:Uncategorized

Yb DAP, Kurma dijadikan alas perut

image

FB Tan Hong Pin 陈泓宾

“HARI ini akan berbuka puasa bersama-sama keluarga Sdr Mazlan Aliman, seorang tokoh PAS yang saya hormati. Sementara menunggu dia membawa kami ke rumahnya saya berbuka dahulu dengan air dan buah kurma selepas azan Maghrib tadi,” katanya lagi.

Tan Hong Pin adalah ADUN Mengkibol, Kluang – ibn bacoks

Kategori:Uncategorized

Yb dan JPS tinjau kawasan banjir

image

image

image

Fb Aminolhuda Bin Hassan 

(SAYA) Meninjau kawasan yang sering dilanda banjir apabila hujan lebat di beberapa lokaliti dalam DUN Pt. Yaani pagi tadi bersama2 pegawai JPS Batu Pahat.

Terima kasih atas sokongan semua pihak berikan kemudahan kepada mereka.

Kategori:Uncategorized