Arkib

Archive for Januari 2012

Hanyut Dengan Dunia, Manusia Jadi Alpa : Bob Lokman

Januari 17, 2012 Tinggalkan komen

image

DI KAMPUNG saya, tahun 1971-1975 tak pernah berlaku kecurian satu helai kainpun yang berada  di ampaian. Satu hari satu kampung heboh. Hilang kain yang biasa, heboh satu kampung. Tanya kain apa yang hilang- seluar levis. Jean kain tebal. Harga RM167. Patutlah hilang sebab RM167. Orang yang curi tak ada kerja tapi nak pakai jean. Jalan singkat, curi walaupun belum kering.

Kita dibesarkan dengan kehendak jiwa.

Dulu tahun 60 an, kita buang air. Janji boleh duduk. Sekarang buat gali lubang, tandas curah. Hari ini benda berubah.

Hari ini kehendak manusia tempat itu bernilai RM250.000 bilik air eksklusif. Manusia nak jadi semakin mahal. Kalau seperti pencuri jean tapi tak mampu lalu dia cari kehendak dia. Dia terpaksa …  Masa untuk kerja kuat. Kedua, fikir untuk tipu untuk dapat untung. Sama dengan saya.

Pagi pukul 4.00 dah bangun. 5.40 azan tak berapa dengar … Tak boleh bangun. Kerana diri dah biasa dengan kehendak nafsu susah bangun solat.

Dalam perbuatan itu, bab tauhid riddah. Perbuatan murtad kerana pentingkan benda lain daripada Allah kerana negara kita perlu rakyat yang punya pendapatan hebat seperti negara luar.

Untuk jadikan rakyat sama dengan negara maju, rakyat harus kuat bekerja untuk hadapi 2020. Itu kata-kata (menyebabkan) saya jadi bersemangat cari duit.

Sedutan Ucapan Bob Lokman, Selebriti terkenal dalam ceramahnya di Parit Raja baru-baru ini.

Kategori:Uncategorized Tag:

Pejuang Islam Malaysia Sama Nilai Pahalanya Dengan Di Palestin

Januari 16, 2012 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Para ahli gerakan Islam PAS yang berjuang untuk memartabatkan Islam di dalam negara ini dianggap sama nilainya dengan mujahidin di Palestin. Kata Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut.

”Kita bagi bantuan (Aktiviti kebajikan). Itu berjuang sesuaikan dengan waqie (suasana) di Malaysia (pendekatan aman). Ia sama (nilai) dengan darah (mati syahid) seperti di Palestin.

”Kita terjemahkan atas kemampuan yang kita miliki,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Simpang Renggam berkata, Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya dengan pelbagai bebanan tugas kerana mengetahui tahap kemampuan yang dimilikinya.

Justeru, adalah disarankan supaya penyenaraian tugas perlu dilakukan sehingga kepada menunjukkan tingkah laku yang baik juga merupakan jihad dalam Islam.

”Ini (budi pekerti mulia) paling asas. Berorganisasi politik untuk memudahkan kerja.

”Semua gerak kerja tidur, makan contohnya adalah jihad dan akan mendapat pulangan pahala daripada Allah.

”Paling simple hantar bantuan. Paling penting, rekodkan secara terperinci, adakah pengundi atau tidak.

”Allah lihat kerja itu akan beri pulangan. Para malaikat akan bersama memberi kemenangan. Kita beri satu, Allah balas beribu,” terang beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di program kuliah maghrib di Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Kategori:Uncategorized Tag:

Pembangunan Hebat, Tapi Membebankan Rakyat

Januari 15, 2012 Tinggalkan komen

image

BATU PAHAT – Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN)  diselar kerana kurang prihatin terhadap nasib rakyat dengan menyogok pelbagai alasan bagi membenarkan sesuatu pembangunan yang ingin dilakukan.

Menurut Hj. Aminulhuda Hasan, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Johor bahawa banyak kejayaan yang bersifat pembangunan telahpun dilakukan namun yang menjadi persoalannya ialah mampukah rakyat memiliki dan menikmatinya?

”Pembangunan di Johor. Kota Iskandar memang hebat. Tapi siapa yang dapat? Kalau rumah berkembar satu tingkat harganya RM5000 lebih. (itu) setingkat !

”Banglo pula sejuta lebih. Siapa yang mampu beli? Bukan nak menghina.

”Berapa ramai orang di JB (Johor Bahru) dihalau. Rumah setinggan banyak yang musnah (dirobohkan) ditolak, musnah orang Melayu yang sudah duduk berpuluh tahun.

”(Kerajaan) Pusat, dia kata hebat pengurusan ekonomi. Singapura, satu dollar sekarang sama dengan RM2.40. Ada orang kata, baguslah. Duit kita kecil sebab orang Singapura boleh beli barang kita! Perhabis (kesudahannya) kita tidak bertanah!

”Inilah kejayaan Barisan Nasional. Dulu duit sama nilai tapi sekarang?” soal beliau lagi.

Sementara itu, beliau turut mengecam pendirian pemimpin UMNO yang selama ini memburuk-burukkan segala pembaharuan yang telah dilakukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Sebaliknya dakwa beliau lagi setelah melihat keberkesanan sesuatu dasar itu dilaksanakan maka mereka pula mencedoknya lalu diamalkan di peringkat Pusat.

”Yang kita nak ialah buang pemimpin UMNO bukan kakitangan kerajaan. Contoh kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat.

”Kelantan. Awal pemerintahan iaitu tahun pertama pada 90 an. Sebelum itu apa? Waktu itu, perpecahan UMNO. Ada Team A dan B. (UMNO) suka berpecah, bukan PAS.

”Tok Guru (Hj. Nik Abdul Aziz Nikmat) buat, kakitangan diberi cuti bersalin wanita daripada 42 hari kepada 60 hari. Bila tukar, kerajaan Pusat kata tak produktif. Mana kerajaan negeri (boleh buat sebab) tak ada duit. Siapa tiru siapa? BN tiru tak?

”Cuti 5 hari. Sebelum itu 5 hari setengah kena kerja. 5 hari kerja (adalah amalan) negara maju. 2 hari untuk rehat. Pusat (BN) kata, macam kutuk. Hari ini, berapa (hari) kerja? Siapa tiru siapa?

”Kerajaan PR banyak benda baik untuk rakyat. Itu baru perintah negeri.

”Kelantan tidak kaya. Ada program Kifalah. RM2500 untuk waris si mati. Itu yang dikatakan miskin. Kerajaan Johor yang kaya bagi apa?” soal beliau lagi bernada sinikal.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya pada majlis ceramah umum di perkarangan Markas PAS Tongkang Pechah, Batu Pahat, dekat sini, baru-baru ini.

Kategori:Uncategorized Tag:

Berasa PANAS Kerana Tidak Sebulu Dengan Dasar

Januari 14, 2012 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Mereka yang mempunyai fikrah dan pendirian tersendiri yang tidak selari dengan dasar parti akan berada dalam zon ‘panas’ dan tidak selesa menyebabkan tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan akan berlaku.

Perkara ini ditegaskan oleh Prof. Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, mantan Bendahari Badan Perhubungan PAS negeri Johor dengan katanya golongan seperti ini harus menilai diri bahawa kedudukan dan kebijaksanaan yang dimiliki hanyalah anugerah Allah untuk menguji kalangan hambaNya.

”Proses seperti ini tak boleh lama dalam PAS kerana panas kerana tak ikut arus pemikiran perdana. (golongan ini) ia tak boleh pergi yang ikut fikrah sendiri.

”Ini ujian kita bila masuk PAS. Allah uji dengan lebih tinggi ilmu kena lebih tawaduk. Bila ilmu tinggi dan rasa diri tak polular maka ada rasa lain. Rasa kemegahan itu ialah tempat syaitan,” tegas beliau lagi.

Beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (Zon) Pulai Sebatang melihat golongan ulamak dalam  PAS telah memainkan peranan besar sehingga gerakan Islam itu digeruni pihak lawan.

Justeru katanya lagi dengan disiplin mahupun tarbiyyah juga adalah asas kepada sebuah kejayaan yang diidam-idamkan.

”Usrah dan peranan ustaz sangat besar yang boleh menyebabkan PAS itu kukuh walaupun ada yang lari. Kita bukan semata-mata berjuang dalam politik.

”Tarbiyah berterusan dan pertingkatkan kerohanian. Inilah yang menjadikan asas kemenangan kita.

”Kena tingkatkan kerohanian. Kita ingat, kita dah terkecuali. Inilah peranan yang perlu dibuat,” terang beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada Taklimat Gerak kerja Pilihan Raya di Markas Unit Peti Undi (UPU) Sanglang, Dun Benut, di sini, baru-baru ini.

Kategori:Uncategorized Tag:

JOHOR Terkebelakang Berbanding Negeri Dibawah PR : Teo

Januari 13, 2012 Tinggalkan komen

image

BATU PAHAT – Pengerusi DAP Cawangan Taman Soga Batu Pahat, En. Teo Cheng Teck mempersoalkan kemampun UMNO-Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri Johor yang dakwanya sedikit kebelakang berbanding dengan di negeri Pakatan Rakyat (PR).

”Selangor ada air percuma. Apa pula dengan Johor? Kita kaya sumber alam tapi apa yang dibagi? Air di Johor mahal. Dengan Penang 3 kali ganda,” ujarnya lagi.

Katanya, walaupun pemerintahan PR baru meniti ke usia empat tahun namun pencapaianmya cukup memberangsangkan.

Malah menurutnya, apa yang membanggakan banyak bantuan yang disalurkan kepada rakyat nyata jauh lebih baik daripada apa yang diberi oleh kerajaan Barisan Nasional.

”Walaupun 4 tahun perintah, Penang contohnya Kerajaan Pakatan Rakyat DAP, kita bagi bantuan kepada orang tua RM200. Beri RM1000 kepada orang yang berpendapatan kurang RM4000 Sebulan.

”Macam-macam bantuan untuk orang susah. Jadi ini bukti walaupun empat tahun (perintah) kita mampu urus wang negeri Penang,” terangnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menambah dengan melahirkan keyakinan bahawa mood rakyat kini berpihak kepada PR hasil kerjasama politik yang dijalinkan selama ini.

”Yakin dengan kerjasama Pakatan Rakyat. Kerjasama yang baik kita boleh dapat sokongan bukan Cina, Melayu dan India.

”Kita sudah tunjukkan permerintahan (yang baik). PR berkebolehan memerintah,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis ceramah umum di perkarangan Markas PAS Tongkang Pechah, Dun Parit Yaani, Parlimen Sri Gading, Batu Bahat, di sini, baru-baru ini.

Kategori:Uncategorized Tag:

Markas Dibina, Petanda Sokongan Meningkat

Januari 12, 2012 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Mungkin UMNO-Barisan Nasional Bahagian Pontian semakin ‘panas’ ekoran percambahan cawangan dan Markas PAS yang begitu memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

Hal ini membuktikan bahawa sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi dan peningkatan itu ternyata mampu membantu menaikkan imej pembangkang di negeri Johor.

Perkara ini turut diakui oleh Sdr. Zainuzabha Baharom, Setiausaha Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut dengan katanya banyak program berupa penerangan yang dirangka telah mendapat sambutan dan masyarakat sedar bahawa BN sudah tiada taringnya lagi untuk dinobatkan sebagai juara rakyat.

Sebaliknya, beliau mendakwa istilah juara rakyat itu hanyalah sandiwara bagi menutup segala lompang-lompang kesalahan dengan harapan rakyat masih menyokong mereka.

”Mereka (UMNO) dakwa merekalah ‘juara rakyat’. Sebelum ini kehadiran lebih 8000 orang dalam majlis bersama YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun lepas memberi gambaran bahawa rakyat masih menyokong mereka.

”Sedangkan yang hadir itu adalah seperti pelajar sekolah yang tak boleh mengundi lagi dan orang-orang kampung yang disediakan bas sebagai pengangkutan ke program mereka. Seolah-olah ini tidak berbaloi dengan perbelanjaan yang dilaburkan. Sudah tak praktikal,” ujarnya lagi.

Sedangkan katanya, program penerangan anjuran PAS dilihat sentiasa menepati citarasa dan sasaran apabila lapisan rakyat hadir tanpa disogok dengan wang ringgit.

”Ceramah yang kita anjurkan tidaklah sampai RM1000. Tapi yang hadir alhamdulillah. Sebab rakyat dah sedar,,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui Mtd-Benut.blogspot.com pada Majlis Pecah Tanah bagi Pembinaan Markas PAS Cawangan Parit Tengah Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian telah diberi penghormatan menyempurnakan upacara majlis tersebut.

Kategori:Uncategorized Tag:

Malaysia Negara Yang PELIK Kalau BN Tidak Boleh Tumbang – MAT SABU

Januari 11, 2012 Tinggalkan komen

image

BATU PAHAT – Tn. Hj. Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS menyifatkan bahawa rakyat negara ini adalah antara masyarakat yang pelik di dunia ini jika UMNO-Barisan Nasional (BN) tidak berjaya ditumbang dalam Pilihan raya akan datang.

Hal ini, kerana katanya proses perubahan dan peralihan kuasa pada zaman ini sedang berjalan di seluruh dunia sehingga regim yang dahulu dianggap zalim telah kecundang akibat desakan rakyat.

”Di Malaysia, PAS boleh menang ke? Kalau tak menang, (masyarakat Malaysia) manusia paling pelik di dunia. (sebab) regim yang zalim(pun) boleh tumbang,” katanya bernada sinikal.

Katanya lagi, di Timur tengah sebelum ini nyata telah mengamalkan pemerintahan bercorak kuku besi. Manakala kemenangan pula dianggapnya mudah setelah mengungguli kejayaan lebih 90 peratus daripada kerusi Parlimen yang telah dipertandingkan.

Tambahan pula, tekanan politik turut dikenakan kepada parti pembangkang utama sehingga ada pemimpinnya  yang dipenjara dan ada yang terpaksa menjadi imigran di negara lain.

Namun, tegasnya lagi penghargaan harus diberikan kepada anak-anak muda yang telah memainkan peranan penting dalam proses menumbangkan regim yang zalim kerana arus perubahan itu tidak boleh disekat lagi.

”Walaupun demokrasi tidak sempurna tapi Parti Islam menang besar di Mesir-Tunisia dan lain-lain tempat.

”Ikhwanun Muslimin menang 40% kerusi mendahului parti lain dalam pusingan ke 3,” terangnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya pada majlis Ceramah Umum di perkarangan Markas PAS Pekan Tongkang Pechah, Parlimen Sri Gading, Batu Pahat, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Tn. Hj. Aminulhuda Hassan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, En. Ghan Chok Peng, Penolong Setiausaha DAP Johor, Hj. Hashim Jusoh, Yang Dipertua PAS Kawasan Sri Gading.

Dalam pada itu, Johor dianggapnya amat berpotensi bagi mencipta sejarah baru kerana tempias perubahan yang bermula di Timur Tengah itu mula dilihat menjalar dan menyusup masuk ke dalam pemikiran rakyat negara ini.

”Dua minggu lepas, saya pergi ke Kaherah (Mesir). Berceramah di hadapan mahasiswa Malaysia di sana. Ada pelajar mengatakan, ceramah saya adalah paling ramai kehadirannya. (petanda) Pelajar di sana sudah berani kerana perubahan sudah berlaku.

”(Pelajar) yang ramai, pertama, Kelantan. Kedua, Selangor. Ketiga, Johor ! Nak cari yang UMNO, nak buat ubatpun tak ada.”

”(sejumlah) 11.000 orang pelajar, separuh ambil bidang kedoktoran. Separuh lagi bidang agama.

”Pelajar berani kerana Mesir (amalkan pemerintahan) kuku besi boleh tumbang. Malaysia tak mustahil,” tegas beliau lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Khidmat Rawatan PERCUMA PAS Pontian

Januari 10, 2012 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – PAS Pontian telah berjaya menganjurkan program Rawatan Perubatan Alternatif secara percuma sebagai satu inisiatif untuk memperkenalkan PAS kepada masyarakat.

Program yang mengambil masa sepetang itu telah melibatkan beberapa pengamal perubatan seperti Dr Mumazaini Misri, Pengamal Homoeopathic, Sdr. Abd. Wahab Taib, Pengamal Urutan Refleksi dan Ust. Fadhil Pengamal Perubatan Islam As Syifa’.

Menurut setiausaha programnya, Sdr. Zainuzabha Baharom, program itu telah dirancang selain membolehkan masyarakat setempat membuat pemeriksaan kesihatan, ia turut menerangkan tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dengan baik.

”Program ini dibuat sebagai khidmat sosial kami kepada masyarakat. Ada juga yang kami temui bertanyakan tentang bayarannya namun kami menyatakan ini adalah pertolongan kecil sebagai kebajikan yang mampu kami berikan,” ujarnya ketika ditemui Mtd-Benut.blogspot.com di Pekan Parit Sikom, Pontian, dekat sini, ahad lepas.

Sementara itu, bagi pesakit jantung, Hatipah Dahlan, 73, berkata program seumpama ini amat baik buat dirinya dan ia patut diteruskan pada masa mendatang.

”Makcik ucapkan terima kasih sebab sudi periksa. Rawatan ini bagus. Selalunya pergi klinik kena bayar, tapi hari ini diberi percuma,” ujarnya lagi.

Saiful Marie, 36, yang menerima rawatan urutan refleksi dan As Syifa menyifatkan program ini amat bermanfaat buat orang awam sepertinya.

Tambahan pula ujarnya, Klinik Kesihatan biasa jarang menyediakan perkhidmatan seperti itu dan menyarankan supaya PAS Pontian membina satu premis tetap bagi memudahkan orang ramai membuat pemeriksaan sebagai saluran perubatan alternatif.

”Harapan saya, sebulan sekali buat program macam ini. Ia amat bagus untuk orang awam dapatkan rawatan. PAS kena ada pejabat (Pusat Rawatan) di Pontian,” katanya lagi.

Tinjauan mendapati, tidak kurang 50 orang daripada masyarakat Kampung Parit Sikom menerima khidmat pemeriksaan kesihatan tersebut. Manakala Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Pontian merupakan penganjur bersama bagi memperlicinkan lagi program yang diadakan.

”Program susulan akan dilakukan di Kampung Kayu Ara Pasong dalam masa terdekat lagi,” kata Zainuzabha yang juga merupakan Setiausaha Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut.

Hadir sama, Hj. Ungku Mohd. Noor Ungku Mohammad, Bendahari Badan Perhubungan PAS negeri Johor merangkap bakal calon PAS DUN Pulai Sebatang, Parlimen Pontian.

Kategori:Uncategorized Tag:

Isu Dr Hassan ali, Usah Peduli Dan Ahli Disaran Tumpukan Perjuangan

Januari 9, 2012 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Para pendokong gerakan Islam (PAS) negara ini disaran tidak gelabah dan sibuk membicarakan kemelut yang melanda parti itu ekoran isu terbaru yang membabitkan Datuk Dr Hassan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

Perkara ini dinyatakan oleh Ustaz Ramli Abu Bakar al-Hafiz, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan dengan katanya kerana hal sedemikian boleh menyebabkan proses dan penjanaan ke arah kejayaan akan terbantut dan menjadi lambat.

Sehubungan itu, penumpuan kepada gerak kerja harus dilakukan dan masalah itu merupakan cabaran semasa yang perlu dilalui oleh PAS.

”Ini cabaran daripada Allah nak memperlihatkan sejauh mana kekuatan, iltizam dan semangat untuk terus berjuang.

”Sebagai contoh. Bila kita meredah belukar, semak samun. Kita terpaksa hadapi kemuncup, duri dan sebagainya. Biarkan saja kemuncup dan duri yang melekat diseluar. Kalau ditanggalkan ia akan melambatkan tempat yang kita nak tuju.

”Kalau ambil masa nak peduli ia melewatkan kita menuju kejayaan. (Perkara) Ini memberi kekuatan pada kita sebab perjuangan pasti ada cabaran,” terang beliau lagi.

Media arus perdana semalam melaporkan PAS pada mesyuaratnya memutuskan mengikut perkara 82(9) iaitu memecat Dato’ Dr Hassan Ali daripada ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Sementara itu, beliau menambah dengan katanya bahawa Allah SWT tidak menilai amalan seseorang melalui jawatan yang dipegangnya. Akan tetapi dengan keikhlasan tugas dan kerja yang dilakukannya.

Sebarang ujian yang dihadapinya itu ujarnya lagi memerlukan tindakan yang konsisten dan ia tidak ada istilah pencen dalam kamus perjuangan.

”Muhasabah diri. Yang dinai bukan jawatan tapi kerja (ikhlas). Apapin dugaan, kita kena teruskan perjuangan. Ia sampai mati dan tak ada had masa. Ia dinamakan korban.

”Itu yang kadang-kadang terkorban. Tapi kita belum sampai ke tahap itu lagi. Kita baru nak berkorban maa dan harta benda.” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah bulanan di perkarangan bangunan Unit Peti Undi (UPU) Sanglang, DUN Benut, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Hj. Ungku Mohd. Nor Ungku Mohammad, Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri johor merangkas bakal calon PAS Dun Pulai Sebatang Pontian.

Kategori:Uncategorized Tag:

Risalah Provoke VS Risalah Nasihat

Januari 8, 2012 Tinggalkan komen


PONTIAN – Pada penghujung tahun 2011 yang lalu, Parlimen Pontian telah dikejutkan dengan edaran risalah berbentuk provokasi yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu kerana bimbang dengan sokongan rakyat yang mula berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Namun, bagi pihak PAS Pontian pula, pendekatan bijak telah diambil dengan turut mengedarkan bahan risalah namun ia berbeza dari sudut pengisiannya. Umum sudahpun maklum bahawa PAS bukan sekadar sebuah parti siasah, akan tetapi lebih dilihat pada imej dakwahnya.

Tiada siapa yang mahu menyangkal bahawa tugas ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ sememangnya amat sinonim dengan parti itu.

Tambahan pula, perkataan Islam yang terselit pada namanya sudah jelas memberi erti bahawa kesungguhan untuk melaksanakan perintah Allah SWT merupakan prioriti yang tiada penghujungnya.

Perkara ini telah dinyatakan secara tegas oleh Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian yang katanya sebagai sebuah gerakan Islam sudah pasti perlu kepada suatu tindakan yang tegas jika ia membabitkan krisis keyakinan mahupun kerosakan moral dalam sesebuah masyarakat.

Menurutnya, kadangkala tindakan itu dianggap tidak popular bagi sesetengah pihak, namun untuk tidak mahu mendapat kemurkaan Allah SWT maka ia harus dilakukan.

”Sebagai contoh. Petang nak sambut tahun baru, kami telah mengedar risalah berbentuk nasihat di sekitar bandar Pontian bertujuan supaya masyarakat khasnya anak muda tidak melakukan sesuatu yang merosakkan imej agama mahupun maruah diri.

”Disamping itu, kami ingin sarankan agar budaya barat ketika menyambut tahun baru yang lebih kepada hiburan yang melampau dan percampuran bebas antara lelaki dan perempuan dapat dielakkan,” tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas program XPDC Dakwah sempena dengan sambutan tahun baru 2012 di Bandar Baru Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Mtd-benut.blogspot.com difahamkan, program itu juga telah melibatkan sayap kanan PAS Pontian seperti Dewan Pemuda, Nisa’ dan Dewan Muslimatnya.

Turut kelihatan Sdr. Abd. Rashid Taib, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Pn. Hjh Zabedah, Ketua Dewan Muslimat dan Cik Nor Asyikin Badrul Hisham, Ketua Nisa’ PAS Pontian.

Katanya lagi, program ini merupakan aktiviti berkala dan ia sebahagian dari agenda penting dalam melaksanakan misi dakwah kepada masyarakat.

”Sebelum ini, waktu malam sambutan kemerdekaan negara, kami (DPPK) turut mengadakan aktiviti yang sama. ”Secara kebetulannya terserempak dengan pasukan penguatkuasa tempatan seperti Polis, Jabatan Agama dan lain-lain yang sedang melakukan operasi pencegahan maksiat di sekitar hotel-hotel bajet di Pontian ini.

”Harapan kami pada masa akan datang ialah dapat bekerja sama dengan agensi kerajaan berkenaan bagi sama-sama cegah kemungkaran yang ada,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag: