Arkib

Archive for Mei 21, 2012

BBQ Menyambut Salahuddin


PULAI – Bagi meraikan kepulangan YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pulai melalui badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkannya iaitu Kumpulan Anak Muda Pulai (KAMP) telah mengadakan program Jamuan BBQ dan Kopi O Kaw-Kaw di Jalan Rambutan, Kampung Pasir, Tampoi, dekat sini, baru-baru ini.

Ketibaan Salahuddin telah disambut dengan paluan kompang, kolaborasi daripada gabungan KAMP, Junior KAMP dan Srikandi Pulai.

Pada program yang sama, Amni Jagat, Sasterawan muda Johor telah mendeklamasikan sebuah sajak semakin menceriakan lagi majlis santai tersebut.

Disamping itu, program turut dianggap berjaya kerana mengumpulkan peserta daripada segenap lapisan masyarakat malah ia turut disertai ahli-ahli bermotor daripada KAMP.

Kategori:Uncategorized

Pemuda Perlu Kuasai Media Baru

image

KULAIJAYA – Pemuda PAS disaran supaya mampu menguasai media baru bagi menyakinkan masyarakat tentang peranan PAS sebagai satu gerakan politik dan dakwah kerana ia selari dengan perkembangan semasa, kata Ghazely Ayub, Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Johor.

”Media baru adalah kerja Pemuda. Itu hari ini kerana ia selari dengan arus tersebut,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, dekat sini, semalam.

Katanya lagi, keikhlasan merupakan asas kepada perjuangan bagi mengelak daripada mudah gugur dan ‘letih’ dipertengahan jalan.

”Dato’ Hassan Ali. Datang tempat saya berceramah di Benut, Pontian. Yang panggil (Datuk) Ahmad Maslan. Kenapa jadi begitu?.

”Kerja kena ada motivasi dan kerja kena ada ikhlas. Kalau bekerja kerana orang lain, kita akan letih, bukan kerana Allah.

”Dalam PAS bukan mata benda yang dicari tapi keikhlasan. Mudah-mudahan diberkati. Saya teringat 12 tahun lepas sewaktu Tok Guru Nik Aziz Nik Mat Berceramah di Kota Tinggi. Tol Guru kata, kalau baca Quran, Allah akan turunkan Malaikat rahmat.

”Kerja kita nak terjemahkan quran dalam masyarakat walaupun kerja tampal poster. Sekalipun guna facebook untuk yakinkan masyarakat,” tegas beliau lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Kuasai Nusajaya – Suhaizan

image

KULAIJAYA – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dilihat begitu komited bekerja untuk menawan Nusajaya setelah ucaptama ketuanya diperbahaskan pada majlis Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke 40 dekat sini dengan berpaksikan ‘Kuasai Nusajaya’ berjaya menarik perhatian para pimpinan Pakatan Rakyat (PR), perwakilan, wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak media,

Bercakap kepada para muktamirin, Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata ada empat agenda utama yang diberi tumpuan oleh sayap kanan PAS Johor itu menjelang Pilihan raya Umum (PRU 13) nanti.

”Suka ingin saya tegaskan, tugas pemuda Johor dalam PRU 1 ialah Pengurusan media baru dan media konvensional bagi tujuan promosi calon, semarakkan aktiviti anak muda bagi tujuan mendekati golongan itu melalui aktiviti kegemaran mereka.

”Disamping itu, penyelidikan bagi tujuan memahami kecenderungan politik masyarakat setempat dan K10 bertujuan menggerakkan kempen dan kawalan pengundi secara sistematik,” katanya lagi di IOI Palm Villa Golf & Country Resort Bandar Putra, Kulai, di sini, semalam.

Hadir sama, YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor, Hj Ghazely Ayub, Ketua Penerangan PAS Johor, Nazri Ismail, ketua AMK PKR Johor, Johari Osman, Pengarah Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM), Norhayati Bachok, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Wakil NGO Suaram, Rakan Rakyat Tertindas Pengerang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Setinggan Kempas dan anak muda mahasiswa GAMIS.

Sementara itu, Salahuddin Ayub telah diberi penghormatan untuk memeriksa pembarisan lebih 50 anggota Jabatan Amal Johor sebelum menyempurnakan perasmian Muktamar.

Pada majlis yang sama, Salahuddin turut menyampaikan anugerah perlantikan pangkat kepada empat daripada anggota Amal iaitu Mohd Zaki Abd Kadir, Nor Azrin Sakib, Nor Azhar Atan dan Idris Jiat.

Sepanjang sesi perbahasan ucaptama, Pengerusi Tetap, Jamaluddin Hussin telah berjaya mencuit hati para perawakilan kerana menggamatkan suasana disebalik gelagatnya yang ligat melontar kata-kata lucu dan petah berpantun.

Majlis yang berakhir jam 7.00 malam itu nyata memiliki semangat juang sebagai persediaan kepada ahlinya dan pecutan terakhir bagi melangsaikan agenda ke arah membebaskan pentadbiran Nusajaya daripada kebobrokan kuasa UMNO-Barisan Nasional.

Kategori:Uncategorized Tag: