Arkib

Archive for Mei 27, 2012

Sambutan Hari Guru PASTI Johor

SAMBUTAN Hari Guru PASTI Peringkat Negeri Johor berjaya dianjurkan oleh Jabatan PASTI Negeri Johor di Dewan SJKC Jagoh, Bandar Putra Segamat, dekat sini, semalam.

Bertemakan Guru Memacu Kemenangan Ummah melakarkan satu tekad dan semangat para pendidik dikalangan guru-guru PASTI untuk mencurahkan ilmu tanpa mengira penat dan lelah.

Sekalung tahniah buat pihak penganjur di atas usaha murni ini sebagai saluran meraikan tenaga penggerak guru-guru di seluruh negeri ini.

Kategori:Uncategorized

Teori 62 % Akan Kekal Untuk Kuasai NUSAJAYA

image

KULAIJAYA – Pakatan Rakyat (PR) menaruh Keyakinan sekiranya momentum 2008 yang berpihak kepada mereka maka Nusajaya bakal dikuasai dengan teori simple majoriti iaitu 62 : 38.

Menurut Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PPAS Negeri Johor (DPPNJ), negeri ini yang memiliki 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 26 Parlimen dipercayai mempunyai pengundi campuran yang berpihak kepada PR.

”Bertuahnya di Johor kerana mempunyai pengundi campuran terbesar iaitu 46 peratus kawasan campuran, 38 peratus majoriti Melayu dan 16 peratus kawasan Cina.

”Kita yakin boleh menguasai 62 peratus iaitu DUN campuran dan majoriti Melayu. Hal ini kerana dalam pilihan raya umum (PRU 12), kawasan campuran dan majoriti Cina cenderung kepada PR.

”Kalau ada usaha dan iltizam yang kuat 62 peratus boleh kita kuasai DUN dalam PRU 13,” katanya lagi dalam satu kenyataan. 

Tambahnya lagi, pihaknya membayangkan untuk meraih kemenangan adalah suatu yang tidak mustahil setelah kajian yang dibuat menunjukkan sokongan masyarakat Cina naik mendadak ke paras 80 peratus.

”PRU 12 purata bagi sokongan orang Melayu 26 peratus, disusuli Cina 35 peratus. Manakala India pula 34 peratus menyokong kita.

”Pada PRU 13 nanti, kalau PR menguasai 40 peratus daripada orang Melayu, 70 peratus Cina. Disamping India masih mengekalkan sokongannya 34 peratus maka PR memerintah Johor dengan simple majoriti, 30 kerusi DUN.

”Adakah mustahil PR tidak boleh tambah 15 peratus sokongan orang Melayu?” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag: