Arkib

Archive for Mei 20, 2012

FEQH MUNAKAHAT : Soal Jawab Nikah Kahwin

SOALAN 1

Apakah erti nikah?

Nikah mempunyai dua pengertian. Pertama dengan makna lughawi, iaitu berkumpul dan berhimpun. Kedua dengan makna syar’i iaitu akad yang mengandungi rukun dan syarat yang menghalalkan perhubungan jenis.

Soalan 2

Apakah hukum berkahwin atau bernikah?

Hukum asalnya adalah harus, tetapi boleh berubah mengikut keadaan, iaitu ada kalanya:

– Wajib : bagi mereka yang mampu lahir dan batin serta yang menambah taqwa kemudian menjauhkan diri dari melakukan zina.

– Haram : bagi mereka yang tidak mampu lahir dan batin.

– Sunat : bagi mereka yang mampu lahir dan batin, tetapi mereka masih sanggup mengawal dirinya dari melakukan zina.

– Makruh : bagi mereka yang tidak mampu lahir dan batin, tetapi tidak memberi bahaya kepada isteri kerana isterinya kaya tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan jenis.

– Harus : bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorong dirinya berkahwin.

Soalan 3

Bagaimana kalau seseorang itu membujang seumur hidup?

Islam melarang hidup membujang. Sabda Rasulullah saw bermaksud.

”Tidak ada hidup membujang. Mereka yang hidup membujang adalah seperti rahib (hidup bertapa) dan mengharamkan yang halal.

Soalan 4

Bagaimana kalau seseorang itu tidak mampu berkahwin?

Jika tiada kemampuan berkahwin, hendaklah berpuasa. Sabda Rasulullah saw bermaksud,

”Wahai pemuda, barangsiapa yang telah mampu melakukan hubungan kelamin hendaklah berkahwin. Maka sesungguhnya berkahwin menutup pandangan dan memelihara kemaluan dari melakukan zina. Kalau tidak mampu, berpuasalah kerana puasa itu menjadi perisai (penghalang) baginya.

Soalan 5

Bagaimana kiranya seseorang itu ada kemampuan untuk berkahwin tetapi dia tidak mahu berkahwin?

Mereka itu tidak suka kepada sunnah Nabi saw. Sabda Rasulullah saw bermaksud,

”Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepadaNya. Tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; aku juga kahwin dengan perempuan. Barangsia tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikut aku,”

Soalan 6

Apakah hikmah berkahwin?

Berkahwin mempunyai hikmah yang banyak. Di antaranya untuk mententeramkan jiwa, menutup pandangan dari melihat wanita yang bukan mahram, mengikat kasih sayang dan untuk membiakkan ummah.

Soalan 7

Bagaimana memilih isteri?

Memilih isteri hendaklah mengikut apa yang dianjurkan oleh Rasulullah saw yang bermaksud:

”Kahwinilah wanita itu keran empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat,”

Soalan 8

Apakah yang dimaksudkan dengan wanita beragama. Adakah yang mengetahui cara mendalam dan meluas pengetahuan agamanya?

Yang dimaksudkan dengan wanita yang beragam ialah wanita yang taat kepada Allah dan Rasulnya serta berpegang teguh dengan perintahnya dan melahirkan simpati ajaran agama.

Soalan 9

Bagaimana kalau mereka berkahwin kerana agama?

Mereka yang berkahwin kerana agama akan dikurniakan Allah akan harta (rezeki yang lumayan). Sabda Rasulullah saw bermaksud :

”Seseorang lelaki yang mengahwini wanita kerana agamanya akan dikurniakan oleh Allah akan harta,”

Soalan 10

Bagaimana kalau mereka itu berkahwin semata-mata mengharap harta isterinya?

Mereka yang berkahwin kerana hanya mengharapkan harta isterinya akan menjadikan dirinya papa. Sabda Rasulullah saw bermaksud :

”Mereka yang mengahwini seseorang perempuan kerana hartanya, tidak akan bertambah hartanya, malah menjadikan dirinya papa,”

Soalan 11

Bagaimana pula kalau kahwin kerana kejelitaan dan kecantikan isterinya?

Mereka yang berkahwin kerana semata-mata keturunan tidak akan bertambah kemuliaan dan kehormatannya. Sabda Rasulullah saw bermaksud :

”Mereka yang mengahwini seorang perempuan kerana kebangsawanannya, Allah tidak akan menambahkan kemuliaannya, kecuali kehinaan.

Bersambung…

Sumber : 400 Soal Jawab Nikah Kahwin (Hj Said Hj Ibrahim)

Kategori:Uncategorized Tag:

Muktamar Pemuda PAS Johor Bermula Pagi Ini

image

KULAIJAYA – Tepat jam 9.30 pagi telah bermula Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke 40 diadakan di IOI Palm Villa Golf & Country Resort, Bandar Putra, Kulai dekat sini, hari ini.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alua-aluan daripada Pengerusi Tetap, Abd Hamid Misbah, bekas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah menarik perhatian para exco dan muktamirin daripada seluruh kawasan di negeri ini.

Antara pimpinan yang terawal dilihat berada di dewan muktamar ialah Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Mohd Faizul Salleh, Naib Ketua Pemuda Johor dan beberapa pimpinan Dewan Pemuda yang lain.

Muktamar turut dijangka dihangatkan dengan perbahasan daripada perwakilan kerana tema yang dipilih pada tahun ini iaitu Kuasai Nusajaya’.

Difahamkan, acara perasmian yang akan disempurnakan oleh YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS dijadualkan pada jam 10.30 pagi ini akan memeriksa perbarisan daripada anggota Jabatan Amal Johor yang sudah bersedia menanti kedatangannya.

Berita akan menyusul kemudian.

Kategori:Uncategorized Tag:

Isu Kg Sri Dungun : Ahmad Maslan didakwa Berlakon

image

PONTIAN – Kedatangan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia bersama dengan ‘janji’ penempatan baru buat penduduk Kampung Sri Dungun ke Rimba Terjun dalam Majlis Mesra Pemimpin bersama Rakyat dekat sini, baru-baru ini didakwa sekadar lakonan semata-mata.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, UMNO terpaksa menganjurkan program itu secara tergesa-gesa setelah pemberitahuan tentang satu program Dialog bersama penduduk akan dibuat di mana pihaknya bertindak sebagai penganjur.

”Memo penduduk yang dirakamkan dalam Sinar 15 Mei lepas isu Kampung seri Dungun oleh Datuk Ahmad Maslan sekadar lakonan, dakwa penduduk.”

”Sebenarnya penduduk Kg Sri Dungun telah menghantar memorandum yang turut ditanda tangani oleh Ahmad Maslan, ADUN Pulai Sebatang, PAS Pontian, Sdr Hassan Karim, Naib Pengerusi PKR Johor, Ketua Kampung seawal bulan Jun 2011, ke Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

”Tetapi tidak dilakukan sesuatu sehingga pihak kami bersama Badan Kebajikan TERAS menetapkan tarikh 28 Mei bagi Majlis Dialog bersama pihak berwajib. Apabila mereka menerima surat jemputan untuk dialog 10 Mei, maka secara tergesa-gesa mereka mengadakan Majlis Mesra Pemimpin bersama Rakyat pada 12 Mei.

”Kami percaya mereka bertindak sedemikian kerana bimbang akan kehilangan sokongan pengundi menjelang PRU yang semakin hampir.

”Tapi kami yakin mereka akan menafikan. Biasalah ! Walaupun memorandum asal Jun 2011 hampir setahun lalu itu masih berada dalam simpanan kami.

”Tahniah ! Untuk semua rakan pejuang nasib rakyat. Teruskan perjuangan !,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk satu laporan akhbar berkenaan masalah hakisan pantai yang sering menghantui 41 buah keluarga di Kampung Seri Dungun di sini, sejak lebih 40 tahun bakal berakhir tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata, masalah terbabit akan dibawa kepada Menteri Besar dan Perdana Menteri untuk diselesaikan.

Sementara itu, Ungku Mohd Noor berpendapat, isu tersebut hampir ke penghujung setelah desakan daripada pihaknya dibuat disamping tindakannya itu mendapat sokongan daripada penduduk dan badan bukan kerajaan (NGO) sekitar Pontian.

”Alhamdulillah setelah sekian lama isu penempatan baru Kampiung Seri Dungun terpinggir, Lil (kerana) PRU, bukan Lillahi Taala (kerana Allah). Atas asakan demi asakan, akhirnya memaksa mereka turun membuat janji akan ditempatkan di Rimba Terjun. Kepada pejuang-pejuang tegar, isu ini banyakkan bersyukur dan bertasbih memuji Allah swt. Takbir !”

”Ingat ! Jangan leka. Dia kata akan selesai. Bukan sudah selesai. Janji musim PRU kena rajin kejar selalu ya!” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag: