Arkib

Archive for Januari 2013

Jentera Pas mahu ulangi kemenangan tahun 1990

Januari 31, 2013 Tinggalkan komen

image

SELEPAS Pilihan raya Umum pada tahun 1990, Johor digemparkan dengan kemenangan calon tunggal PAS di Unit Peti Undi (UPU) Parit Abdul Rahman bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.

Waktu itu, tiada siapa yang menyangka, Allahyarham Tuan Guru Hj Ambok Masek mampu memenangi satu daripada 17 peti undi dalam Dun terbabit.

Usahkan UMNO waktu itu yang lebih dikenali Bahagian Sungai Benut terkedu menerima berita kekalahan mereka, malah jentera PAS Benut turut terkejut.

Penangan Allahyarham membuatkan seteru politik terduduk seolah tidak boleh mengakui kekalahannya itu.

Bagi petugas PAS, tiada apa yang mustahil. Itu semua taqdir yang sudah ditetapkan Allah swt. UMNO harus belajar daripada sejarah bahawa mereka pernah tewas di Johor.

Malam tadi, pembukaan bilik gerakan disempurnakan Naib Yang Dipertua PAS Pontian.

Rata-rata yang ditemui melahirkan tekad untuk melakarkan sekali lagi kejayaan dalam PRU 13 nanti.

Pastinya, ada banyak kejutan yang akan mereka paparkan kepada umum dalam masa terdekat ini.

Maka dengan itu, UMNO Pontian disaran agar jangan terlalu selesa dengan kemenangan lalu dan tidak mustahil penangan 90 an boleh direalisasikan dalam PRU nanti.

Kategori:Uncategorized Tag:

Ghairah mahu kekal kuasa, petanda nak kalah

Januari 30, 2013 Tinggalkan komen

JOHOR BAHRU- Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor memberitahu bahawa Barisan Nasional (BN) negeri telahpun mengetahui peralihan kuasa akan berlaku di peringkat DUN dan Parlimen kepada pembangkang setelah dilihat berhempas pulas ingin mempertahankannya.

Bagaimanapun katanya, keghairahan yang dilihat terlalu yakin untuk mengekalkan pemerintahan itu disifatkan sebagai retorik semata-mata.

“Jadi kata-kata itu hanya untuk menyedapkan hati orang ramai terutamanya kalangan ahli-ahli UMNO kerana bimbang sokongan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, PAS-PR sudah bersedia menghadapi PRU 13 dan persiapan yang dilakukan sejak tahun lalu kini sudah mencapai 75 peratus.

Katanya lagi, kesediaan itu dipengaruhi dengan maklum balas sangat baik yang diterima daripada rakyat melalui aktiviti yang dianjurkan seperti ceramah dan jelajah ke kawasan bertemu rakyat.

“PAS mensasarkan untuk menambah pengundi Melayu kerana sebelum ini sukar menarik golongan ini memandangkan kebanyakan mereka adalah penyokong tegar BN.

“Pengundi Cina tidak berganjak menyokong PAS pada PRU lalu sehingga ke hari ini dengan kekuatan 70 peratus sokongan,” katanya lagi.

Akhbar Sinar Harian sebelum ini menyebut Dr Mahfodz dilaporkan berkata, PAS menyusun strategi memberi tumpuan kepada DUN Gambir dan DUN Tangkak yang dipertandingkan sekaligua berpotensi untuk menang.

“PAS akan bertanding di DUN Gambir, manakala DUN Tangkak akan diisi oleh calon DAP atau PKR,” katanya lagi.

Dr Mahfodz berkata, kegagalan BN menyelesaikan kemelut isu tanah di Sengkang yang sudah berlarutan lebih 10 tahun lalu antara isu yang bakal memberi peluang kepada PAS untuk meraih lebih banyak sokongan rakyat pada PRU kali ini.

Kategori:Uncategorized Tag:

PAR Benut terima aduan jalan rosak

Januari 29, 2013 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut dirujuk atas aduan berhubung masalah kerosakan jalan susur keluar di persimpangan lampu isyarat yang menimbulkan kesukaran kepada pengguna lalu lintas.

Menurut Yang Dipertua PAS Pontian, Raden Sarobo Pono, kerosakan jalan seperti permukaan yang berlopak sering berlaku meskipun sudah banyak kali diturap.

Raden berpendapat, kawasan yang hanya ditampal itu mudah rosak berkemungkinan berpunca daripada kualiti kerja yang tidak menepati spesifikasi.

“Jalan susur keluar di Simpang Benut ini sangat penting kepada pengguna dari laluan simpang Renggam untuk ke Pontian.

“Sehubungan itu, saya berharap agar kerja baik pulih segera dilakukan bagi mengelak kesesakan selepas waktu persekolahan tamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, seorang penduduk, Nan Ismail, 45, pula berharal agar pihak terbabit segera mengambil tindakan membaik pulih dan menurap jalan  berkenaan.

Katanya, masalah jalan berlubang itu tidak seharusnya dipandang mudah kerana boleh mengakibatkan kemalangan jiwa.

image

Kategori:Uncategorized Tag:

Razali bakal terima cabaran sengit

Januari 28, 2013 Tinggalkan komen

MUAR – Penyandang kerusi Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahin dikatakan bakal menghadapi saingan sengit apabila Pakatan Rakyat (PR) berkira-kira ingin meletakkan calon berwibawa dan berpengaruh di situ.

Menurut Dr Mohamad Taslim, ADUN Maharani, PR berkeyakinan bahawa calon yang dipilih dapat membantu meraih kemenangan besar pada Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti sekaligus merampas kerusi Parlimen ini daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, Parlimen Muar adalah salah satu kerusi panas di negeri ini yang menjadi tumpuan PR.

“Kita akan meletakkan calon berwibawa memandangkan kerusi Parlimen Muar ketika ini disandang oleh Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

“PR khususnya PAS sudah bersedia menghadapi PRU 13. Keyakinan ini turut dibantu berdasarkan peningkatan sokongan rakyat terhadap parti ini,” katanga dalam satu kenyataan.

Dr Mohamad berkata demikian pada majlis Ziarah Kebajikan kepada enam penerima sumbangan dekat sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr Mohamad berkata, pihaknya berharap sokongan kaum Melayu, Cina dan India akan berterusan sehingga PRU akan datang untuk membantu PR mendapat kemenangan besar.

“Kita akan memberikan bantuan lebih baik jika mempunyai kewangan mencukupi yang diperoleh menerusi sumbangan orang ramai.

“Stigma rakyat terhadap parti ini sudah berubah ke arah lebih positif. Setiap program yang diadakan mendapat respons baik dan mereka mengalu-alukan kedatangan ke rumah setiap kali menyampaikan bantuan,” katanya lagi.

Katanya, menjelang PRU nanti, PR akan terus bekerja keras mendampingi rakyat menerusi aktiviti turun padang untuk menyampaikan bantuan tanpa mengira ideologi politik.

Pada PRU lepas, Razali mendapat undi 16,986 dengan kemenangan majoriti 4,661 menewaskan calon PKR, Nah Budin dengan undi 12,325.

Bagi DUN Maharani, calon PAS, Dr Mohamad Taslim mendapat kemenangan majoriti 156 dengan undi 5,154 mengalahkan calon BN, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah yang meraih undi berjumlah 7,996.

Kategori:Uncategorized Tag:

Adik Salahuddin sedia terima cabaran

Januari 27, 2013 Tinggalkan komen

TANJUNG PIAI – Ghazely Ayub, Ketua Penerangan PAS Johor dilihat begitu komited membawa wadah pejuangan khasnya di kawasan DUN Kukup.

Meskipun sering dikaitkan dengan abangnya, Salahuddin Ayub, penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Tanjung Piai itu tidak pernah memandang ia sebagai kelebihan untuk dipilih sebagai calon.

“Saya mempunyai perjuangan saya sendiri memandangkan Kukup merupakan tempat asal kelahiran saya dan di sini saya dibesarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengakui PAS di Kukup tidak semeriah kehadiran DAP di Pekan Nenas, namun beliau tetap percaya keyakinan pengundi kepada PAS akan meningkat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ini berdasarkan kepada beberapa kempen dan siri ceramah yang dianjurkan di sini, yang sudah menampakkan impak positif.
“Jika dahulu , orang di sini mungkin  menganggap kehadiran PAS sebagai satu yang biasa, tetapi anggapan itu mula berubah selepas pilihan raya umum ke 12 yang lepas.

“Mereka mula melihat kehadiran pembangkang amat penting dalam memperjuangkan suara dan masalah rakyat di sini,” katanya lagi.

Tidak mahu meletakkan sebarang kemungkinan sama ada menang ataupun tidak, bagi Ghazely perubahan politik sudah mula dirasai di Kukup.

“Isu-isu tempatan terutamanya masalah nelayan yang terjejas pendapatan ekoran masalah tumpahan minyak dan pembukaan loji-loji petrokimia di Tanjung Bin, sering diajukan kepada PAS.

“Penduduk di sini yang kebanyakan nelayan menggunakan medium pusat aduan rakyat PAS sebagai saluran menyatakan masalah yang dihadapi,” katanya.

Jelasnya, perkara ini sudah jelas menunjukkan PAS sudah mula mendapat kepercayaan dari penduduk tempatan sebagai orang tengah bagi menyelesaikab masalah yang dihadapi.

“Kita tidak menghalang pembangunan, namun perlu langkah berkesan bagi membantu nelayan yang kebanyakannya merupakan nelayan pantai keluar dari masalah yang dihadapi,” katanya lagi.

Mengakui, isu-isu tempatan seperti ini mampu memberi kredit tambahan kepada PAS dalam menarik keyakinan pengundi di sini.

“Jangan sangka air yang tenang tiada buaya. Mungkin PAS Kukup agak sepi tetapi saya yakin dengan gerak kerja yang dilakukan selama lima tahun ini, kita mampu memberikan kejutan kelak,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag:

Lambang salib di bendera, satu tindakan terancang?

Januari 26, 2013 1 komen

image

JOHOR BAHRU – PAS negeri mendakwa insiden sabotaj terhadap bendera Pakatan Rakyat di sekiyar daerah Batu Pahat adalah usaha terancang pihak tertentu.

Timbalan Pesuruhjayanya, Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya percaya tindakan tidak bermoral itu dilakukan dengan sengaja dan ia punya perancangan yang teliti kerana tanda berkenaan seakan dicetak dan bukan diconteng, selain dipacak di tempat awam.

Beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parit Yaani berkata, perbuatan sedemikian disifatkan berniat jahat ekoran kira-kira 80 bendera dikesan disabotak  terutamanya di sekitar Jalan Kluang, Parit Raja dan Ayer Hitam termasuk kain rentang  provokasi melampau.

“Perbuatan tidak bertanggung jawab ini telah menimbulkan rasa kurang senang penduduk di situ yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

“Ia merupakan satu tindakan yang bahaya, tidak bertamadun serta berniat jahat yang berkemungkinan ada kaitan dengan isu kalimah Allah sekaligus sengaja dilakukan,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

Aminolhuda berkata, selain bendera PAS, kira-kira 40 bendera PKR yang ditempatkan berdekatan masjid juga disabotaj yang dipercayai dilakukan pada hari Jumaat.

“PAS negeri mendesak sebarang tindakan provokasi tidak dilakukan dengan jaminan pilohan raya dijalankan secara bersih, adil dan aman.

“Kami juga menyeru isu agama tidak diputarbelitkan dan perlu ditangani dengan cara berhemah oleh kerajaan bagi mengelak ketegangan antara agama.

“Pihak bertanggungjawab dan berkuasa perlu mengambil tindakan serta menyiasat perkara ini segera,” katanya lagi.

image

image

image

Kategori:Uncategorized Tag:

Insiden tampar, cara pihak lawan pancing kesabaran

Januari 25, 2013 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor memberitahu bahawa pihak lawan sengaja melakukan pelbagai cara untuk menimbulkan ketegangan dan menyifatkannya sebagai ‘pancing kesabaran’ petugas PAS.

Katanya lagi, serangan seperti aktiviti provokasi yang meruncing ketika ini hanya sekitar 30 peratus sebelum menjelang pembubaran Parlimen.

“Dia nampak gambaran nak kalah. Cari jalan. Dia boleh buat macam-macam seperti isytihar darurat. Hal ini sengaja dilakukan untuk pancing kesabaran.

“Tahniah kepada pemuda ditampar kerana tak lawan. Kalau lawan jadi lain. Kesabaran itu kita kukuhkan dengan kerohanian iaitu munajat kepada Allah,” katanya lagi.

Mazlan berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di majlis Himpunan Petugas Pra Pembubaran Parlimen peringkat Pontian di Markas PAS cawangan Parit Markom, Benut, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr Mumazaini Misri, Timbalan Yang Dipertua PAS Pontian dan Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketua Pemuda PAS Pontian.

Semalam Ibn Bacoks menyiarkan laporan insiden yang melibatkan seorang petugas PAS yang ditampar ketika memasang bendera akan diserahkan kepada peguam untuk tindakan undang-undang.

Menurut Yang Dipertua PAS Pontian, Raden Sarobo Pono, selain satu laporan Polis dibuat, pihaknya turut melantik peguam sebagai peringatan kepada semua pihak agar menghormati hak kebebasan berpersatuan dalam sebuah negara demokrasi yang dijamin oleh perlembagaan.

image

image

Kategori:Uncategorized Tag:

Tampar petugas, pelaku berdepan tindakan undang-undang

Januari 24, 2013 Tinggalkan komen

image

PONTIAN – Insiden yang melibatkan seorang petugas PAS yang ditampar ketika memasang bendera akan diserahkan kepada peguam untuk tindakan undang-undang.

Menurut Yang Dipertua PAS Pontian, Raden Sarobo Pono, selain satu laporan Polis dibuat, pihaknya turut melantik peguam sebagai peringatan kepada semua pihak agar menghormati hak kebebasan berpersatuan dalam sebuah negara demokrasi yang dijamin oleh perlembagaan.

“Insiden semalam dalam pukul 3.00 pagi, petugas kita sedang memacak enam bendera di tempat kejadian. Tak semena-mena datang seseorang dakwa kawasan itu tempatnya, sedangkan jelas ia adalah kawasan awam.

“Berlaku sedikit kekecohan apabila Haniff yang merupakan mangsa ditumbuk di bahagian muka hingga berdarah.

“Kami ingin menjelaskan. Petugas PAS sentiasa ditarbiyyah agar bersabar. Dia pasang bendera kami tak kacau. Malah banner kamipun pernah direntapnya.

“Selain itu, dengan nada angkuh dia cabar buat laporan Polis. Ia kami telah buat laporan malam itu juga,” katanya kepada Ibn Bacoks ketika ditemui semalam.

Katanya lagi, pihaknya menyeru kepada Datuk Ahmad Maslan, ahli Parlimen Pontian agar menjaga tingkah laku anak buahnya kerana insiden ini disifatkan satu provokasi dan tindakan tidak yang matang.

“Kita harap perbuatan kasar dan tidak matang ini tidak berulang lebih-lebih lagi kita berada dalam sebuah negara demokrasi,” katanya lagi.

image

(Haniff mangsa yang dilempang OKU)

image

(Gambar Pak Raden ketika ditemu bual Ibn Bacoks)

Kategori:Uncategorized Tag:

Janji Pemaju ditagih

Januari 23, 2013 Tinggalkan komen

image

JOHOR BAHRU – Sikap pemaju yang tidak menunaikan janji membuatkan penduduk mengadakan bantahan bagi pembinaan projek perumahan menggunakan lot kemudahan awam.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Kempas, Suhaizan Kaiat, penduduk fasa Carnarion Taman Pulai Indah terdorong mengadakan bantahan itu setelah pembinaan itu seperti diwartakan di dalam geran hak milik sementara sejak 2005.

Katanya, pembeli kediaman fasa berkenaan sebelum ini tertarik untuk membeli kediaman di kawasan terbabit kerana kedudukannya yang strategik selain berhampiran dengan pelbagai kemudahan awam seperti dijanjikan pemaju.

Menurutnya, selama hampir lapan tahun mendiami perumahan itu, penduduk terus menunggu pembinaan tadika, balai raya, gerai dan tempat letak kereta sehingga mereka dikejutkan dengan pemasangan cerucuk bagi pembinaan kediaman baru, pada akhir Disember lalu.

“Menurut Rajeli Luta, pengerusi Jawatankuasa bertindak, mereka terkejut kerana lot yang sepatutnya dibina kemudahan seperti yang dijanjikan diubah kepada pembinaan rumah teres dua tingkat sebanyak 60 unit tanpa perbincangan dan notis.

“Pembinaan rumah teres baru adalah bertentangan dengan pelan asal semasa perjanjian jual beli dibuatm kami juga difahamkan kesemua kediaman baru itu telah habis dijual,” katanya dalam satu kenyataan.

Kategori:Uncategorized Tag:

PAR akan atur pertemuan penternak dengan Polis

Januari 22, 2013 Tinggalkan komen

image

PASIR GUDANG – Satu pertemuan yang melibatkan kira 180 Para penternak lembu dengan pihak Polis behubung kes kecurian sejak dua tahun lalu.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Abdullah, pihaknya memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan kerugian lebih puluhan ribu ringgit.

“Kami akan mengadakan pertemuan antara penternak dengan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Shariff pada minggu depan,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang mangsa yang dikenli X Vijayan,31, berkata, dia mengalami kerugian lebih RM20,000 apabila empat ekor lembu tenusu miliknya dicuri dalam kejadian 7 Januari lalu.

Menurutnya, kehilangannya hanya disedari pada awal pagi ketika mendapati pintu pagar ladang dipecahkan dan mendapati lembu tenusu miliknya yang berjumlah 30 ekor hanya berbaki 26 ekor.

“Saya bimbang kejadian sama berulang sekiranya polis tidak mengambil tindakan berkesan kerana pernah ternakan lembu didatangi pencuri sebanyak dua kali dalam kejadian berasingan.

“Lebih membimbangkan apabila kumpulan pencuri ini turut menggunakan senjata tajam, malah pernah ada pekerja yang mengalami cedera parah akibat ditetak,” katanya lagi.

Kategori:Uncategorized Tag: