Arkib

Archive for Oktober 9, 2012

Siasat Ejen Suaram : Pak Ungku Bersimpati Dengan Kakitangan Kerajaan

Oktober 9, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang melahirkan rasa simpati terhadap kakitangan awam yang dikatakan ‘terpaksa’ dikerah untuk melakukan tindakan ke atas pihak yang tidak sehaluan dengan hala tuju kerajaan UMNO.

Malangnya, Penyelianya, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood berkata, perkara seumpama ini tidak berlaku kepada pemimpin UMNO yang terlibat dalam sebarang kes salah guna kuasa dan sebagainya.

”Bersimpati dengan semua agensi penguatkuasaan kerajaan di bawah kerajaan BN terpaksa bergegas bertindak cepat terhadap golongan yang tidak sebulu dengan kerajaan.

”Sedangkan kes yang melibatkan pemimpin UMNO -BN tidak begitu. Benarlah apa yang pernah diucapkan oleh mantan KPN Musa Hassan-Orang Politik dan KDN sering ganggu urusan PDRM ” .

”Tahniah ! kepada Para Hakim yang sudah berani buat perubahan. Semoga berjaya program GTP Kerajaan BN. Insya Allah akan musnahkan tuannya sendiri,” katanya lagi.

Pak Ungku berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berhubung kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, kes SUARAM akan disiasat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jumaat lalu, media melaporkan kenyataan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang mendakwa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suaram untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998.

Kategori:Uncategorized Tag:

MCA Pontian Dicabar Anjur Program Seumpama PAS Benut

Oktober 9, 2012 Tinggalkan komen

PONTIAN – Barisan Nasional (BN) terutama MCA pastinya akan berasa gerun dengan kehadiran kaum Tionghua ke satu majlis anjuran PAS DUN Benut baru-baru ini.

Sepatah kata Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut, pihaknya mencabar MCA Pontian menganjurkan program seumpama ini jikalau mereka dianggap masih relevan di Parlimen ini.

Kategori:Uncategorized Tag:

Kereta Lesap : Mangsa Buat Aduan Kepada PKR

Oktober 9, 2012 Tinggalkan komen

image

JOHOR BAHRU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor melalui Biro Guamannya menerima aduan berhubung kereta yang dimiliki seorang mangsa telah dijual melalui seorang broker bagaimanapun lesap sejak Februari lalu.

Jimmy Puah Wee Tse berkata, kes seperti ini kerap terjadi kerana mangsa tidak mempunyai dokumen penyerahan.

”Saya nasihatkan, jangan mempercayai orang persendirian untuk kes seperti ini, sebaiknya menjual kenderaan kepada syarikat yang ditauliahkan yang mempunyai rekod dokumentasi bagi sebarang tuntutan.

”Kita juga akan membantu Pak Leong untuk mendapatkan kenderaanya semula,” katanya lagi

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media berkaitan kes Yi Pak Leong, 30, mendakwa kenderaan jenis Honda Stream yang bernilai RM105,000 telah diserahkan kepada seorang broker untuk dijual bagaimanapun tiada perkembangan yang mengembirakan malah gagal menghubungi ‘orang tengah’ berkenaan, dekat sini.

Pak Leong dilaporkan berkata, perkenalan antara dia dengan broker terbabit adalah melalui abangnya beberapa tahun lalu dan sewaktu penyerahan kenderaannya itu, dia telah memberikan wang RM5000 bagi pembayaran tiga bulan ansuran kenderaan itu.

”Bagaimanapun sejak kereta diserahkan, saya gagal menghubungi broker terbabit malah difahamkan dia tidak bekerja di syarikat jual kenderaan itu sejak Mei lalu.

”Kenderaan terbabit masih didaftarkan atas nama saya dan kenderaan itu telah dua bulan tertunggak wang ansuran. Saya khuatir kenderaan itu digunakan untuk perkara yang tidak baik yang akan menjejaskan nama saya,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Pak Leong berharap broker terbabit dapat mengembalikan kenderaannya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

Kategori:Uncategorized Tag: